Fiza dan Mikhail tiba di sebuah restoran makanan England bertaraf lima bintang.Restoran yang telah ditempah khas oleh Dato' Tengku Zainal sempena makan malam romantik mereka berdua.
Fiza terpana sebentar dengan keindahan restoran tersebut.Bukannya dia tidak pernah hadir ke restoran seperti ini sebelumnya,namun suasana malam ini cukup romantis bagi pasangan yang baru berkahwin seperti mereka.Alunan biola yang dimainkan mengasyikkan telinga yang mendengar.Haruman bunga mawar asli di dalam restoran turut menaikkan lagi aroma romantis pada malam tersebut.
Mikhail yang sedar Fiza sedari tadi seakan-akan asyik dengan suasana tersebut,menyapanya penuh romantis.
"Sayang,do you like It?"
Fiza yang tersedar sapaan dari Mikhail itu,terus senyum sampai telinga dibuatnya.Mana taknya,orang dah seronok layan perasaan tu lah jadinya.
"Saya suka sangat,Abang.Thanks sebab sudi bawa sayang dinner kat tempat ni.Abang ni macam tahu-tahu jer sayang suka tempat yang romantik macam restoran ni."Balas Fiza pada Mikhail.
"It's okay,Sayang.Anything For you."Tutur Mikhail sepenuh hati.Tidak lama kemudian muncul seorang pelayan bagi mengambil pesanan mereka.Setelah selesai membuat pesanan,Mikhail kembali berbicara bersama Fiza."Sayang,Abang nak ucap ribuan terima kasih kat sayang sebab sudi jadi isteri Abang dan terima Abang dengan seikhlas hati sayang.Abang tahu,yang Abang dah tipu sayang tentang status Abang yang sebenarnya sebelum ni.Tapi,Abang buat semua tu sebab Abang saja nak tengok sejauh mana keikhlasan sayang pada Abang.Abang tak nak sayang jadi macam perempuan lain kat luar sana tu,yang nak dekat dengan Abang sebabkan Abang ni ada rupa yang kacak dan berharta.Abang cuma harap sayang sudi terima setiap kekurangan dan kelemahan Abang sebab Abang pun manusia biasa yang tak sempurna dan ada kelemahan.Abang juga nak sayang tahu bahawa sayanglah cinta pertama dan terakhir Abang seumur hidup.Takde perempuan yang dapat gantikan tempat sayang dihati Abang dan takde siapapun yang boleh pisahkan kita kecuali ajal dan maut sahaja.I love you sayang,for the rest of my life."Luah Mikhail lalu mengucup kedua-dua belah tangan Fiza sambil merenung anak mata biru cerah milik isterinya itu.
Fiza tersenyum penuh kegembiraan dan dalam diam dia mengucapkan rasa syukur pada yang Maha Esa,kerana telah menghadirkan seorang lelaki sesempurna Tengku Mikhail Dato' Tengku Zainal sebagai pemilik rasa cinta yang semakin mekar di dalam taman hatinya saat ini.
"I love you too,Abang.My love is only for you till the end of our life."Balas Fiza sambil mengalirkan air mata,bukan air mata kekecewaan namun air mata yang penuh dengan kebahagiaan.
_________________________
Chakk!
Hehehehe...macam mana best tak chapter ni?Sorrylah sebab author tengah kekeringan idea ni,tambahan lagi sekarang ni bulan Ramadhan.Biasalah,idea datang lambat sikit.Hah,tapi Mikhail dengan Fiza belum boleh happy lagi.
Ingat lagi tak Bab 21?
Yang ada orang tengah bincang pasal nak culik perempuan tu?
Korang rasa siapa yang nak kena culik tu eh?Apa pula yang akan jadi dalam hubungan Fiza dan Mikhail ni?
Mana perginya Helena yang tergila-gilakan Mikhail tu?
Apa dah jadi kat bekas kekasih Fiza,Raffiqi yang senyap tanpa khabar berita?
InshaAllah,tak lama lagi semua persoalan korang tu akan terjawab.Terus setia layan'Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?'sampai ke penghujungnya!
*psst...kalau boleh,rajin-rajinkanlah diri untuk komen cerita ni dan yang pasti jangan lupa vote ok?Jangan risau semua komen yang diberi tidak akan dikecam oleh author sebaliknya akan jadi pembakar semangat author untuk terus lakukan yang terbaik pada masa yang akan datang...Inshaallah
