Bab 75

1.5K 41 7
                                    

    Setelah beberapa jam menaiki grab,Fiza dan Hanis akhirnya tiba di tempat yang dijanjikan.Hanis sempat mengirim whatsapp kepada Mikhail supaya Mikhail membelikan aiskrim Baskin's Robins terlebih dahulu.

     Mikhail menghantar lokasinya kepada Hanis lalu meminta Hanis dan Fiza untuk datang secepat mungkin.Mikhail turut menyediakan sejambak bunga mawar merah yang segar untuk isterinya yang tercinta.Dia memakai topi bagi menutup wajahnya agar tidak disedari oleh Fiza nanti.Mikhail tidak ingin rancangannya gagal,sudah lah tempat ni jauh kalau dia gagal untuk memujuk Fiza pulang ke rumah,sia-sia lah usahanya itu.Buang duit aje isi minyak banyak-banyak...eh,jap.Kau ni dah kenapa Mikhail?Kau sedar tak semua ni salah kau?Ada hati pula nak mengomel macam mak nenek pasal duit minyak segala.Bini kau lagi pentinglah,setakat duit minyak...bukannya luak pun harta kau yang berjuta tu.Takkanlah tak boleh berkorban sikit untuk Fiza tu.Ish,Ish,Ish....

       "Hah,tu pun dia kawan saya!Jom lah Fiza,cepat sikit jalan tu.Kejap lagi awak sambunglah makan aiskrim tu,kesian dia mesti dia dah penat tunggu kita berdua dari tadi."Suara Hanis semakin menghampiri kedudukan Mikhail.Jantung Mikhail juga sudah berdetak memainkan melodi cinta dan rindu yang teramat sangat buat Sang isteri.Genggaman tangan pada jambangan bunga mawar di tangannya turut dikemaskan.

      "Assalamualaikum,awak.Maaf sebab kami lambat.Kawan saya ni mengidam nak makan Baskin's Robbins pula."Kata Hanis masih lagi berpura-pura.Sedialah Mikhail,Satu...Dua...Tiga...

         Mikhail memalingkan tubuhnya menghadap Fiza dan Hanis sambil menyuakan jambangan bunga itu ke arah Fiza sambil memberikan panahan mata yang sungguh mengharap akan keampunan dari Fiza.Fiza yang terperanjat akan kemunculan Mikhail yang sungguh tak disangka itu hampir saja menjatuhkan aiskrim di tangannya di atas lantai.Matanya berkaca-kaca menahan sebak.Biarpun dia terasa hati,namun rasa rindu yang dipendam selama ini meleburkan segala kesakitan yang dipendamnya selama ini.

      "Sayang...Abang rindukan sayang sangat-sangat.Please...pulanglah ke pangkuan Abang semula,sayang.Abang janji apa yang sayang nampak hari tu cuma salah faham belaka.Abang memang takde niat nak menduakan sayang pun selama ni sebab sayanglah satu-satunya wanita yang Abang cintai seumur hidup Abang.Please,forgive me..."rayu Mikhail dengan suara yang agak sebak.Matanya juga kelihatan berkaca menahan air mata daripada menitis keluar.

      Fiza yang tidak dapat menahan rasa di hati berlari memeluk tubuh Mikhail dengan linangan air mata.Pelukannya turut dieratkan seolah-olah dia tidak rela berpisah dengan suami yang amat dicintai sepenuh jiwa dan raganya itu.

     "Maafkan saya sebab dah tinggalkan awak...saya tahu saya bukan isteri yang baik pada awak.Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi,saya betul-betul rindukan awak."Kata Fiza sambil tersedu-sedan dalam pelukan Mikhail.

       Mikhail melepaskan pelukannya dan menyapu air mata yang mengalir pada wajah Fiza yang putih mulus itu.Bibirnya juga menerbitkan senyuman penuh kesyukuran di atas penyatuan kembali dirinya dan Fiza pada hari ini.

         Hanis yang menjadi penonton setia penyatuan dua jiwa yang saling mencintai itu turut terasa sebak dan gembira kerana rumah tangga sahabatnya akan pulih seperti sediakala.

       "Sayang...selama sayang pergi tinggalkan Abang,Abang rasa hidup Abang dah tak bermakna lagi.Abang tak boleh fokus pada kerja Abang,Abang tak ada selera nak makan...sebab Abang terlalu risaukan sayang yang menghilang entah ke mana.Tapi,hari ni Abang bersyukur sangat dapat jumpa dengan sayang semula.Sayang jangan tinggalkan Abang lagi,okey?"Kata Mikhail penuh lemah-lembut sambil mengusap kepala isterinya.

     "Baik,Abang.Oh,ya...macam mana Abang boleh tahu saya ada dekat sini?"Soal Fiza hairan.

      "Hehehehe...Abang Qri yang bagitau.Abang dah tak sabar nak jumpa sayang,tu sebab Abang datang secepat yang mungkin.Manalah tahu,lepas ni sayang nak lari tempat lain pula,dah melepas Abang dibuatnya."Gurau Mikhail sambil mencuit manja hidung isterinya.

         "Jadi,Abang dengan Hanis dah rancang benda ni dari awal ek?Jahatlah korang ni!Tak nak lah kawan.Sampai hati awak tipu saya."Rajuk Fiza manja.

           "Alah,kalau bagitau awal-awal tak suprise lah sayang.Kan,best macam ni?"Pujuk Mikhail pula.
     
         "Yalah,dimaafkan."Kata Fiza sambil tersenyum.

           "Sampai hati,awak tipu saya Hanis.Tadi kata nak jumpa kawan,padahal nak ajak saya jumpa dengan Mikhail."Sambung Fiza lagi.

            "Hehehehe...sorry ya,bukannya sengaja nak mainkan awak ni.Dah jangan muncung-muncung bibir tu.Nanti tak pasal-pasal anak awak dalam perut tu lahir bibir muncung macam itik dibuatnya.Hahahaha..."Gelak Hanis.

            "Anak?Sayang...sayang mengandung ke?Betul ke ni?Abang tak mimpi kan?"Soal Mikhail tak percaya dengan apa yang baru dia dengar dari mulut Hanis sebentar tadi.

            "Ya,Abang.Saya dah mengandung anak kita sebulan."Kata Fiza sambil mengusap lembut perutnya yang semakin membesar kerana anak yang dikandungnya.

            "Alhamdulillah...ini hadiah paling bermakna yang pernah Abang terima.Bukan je dapat jumpa sayang,tapi Abang dapat jumpa anak Abang sekali.Thank you so much,sayang!"Kata Mikhail terharu.Dia tidak menyangka yang dia bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi.

             "Sama-sama,Abang.Oh,ya boleh tak saya nak tahu,bila kita akan balik rumah ya?Saya pun tak sabar nak sampaikan berita baik ni kat semua orang."Soal Fiza pada Mikhail.

               "Kita balik esok ya,sayang.Malam ni,kita tidur dulu kat sini.Lagipun,Abang teringin nak jumpa dengan keluarga Hanis.Abang nak ucapkan terima kasih kat keluarga diorang sebab dah jaga sayang dengan baik selama ni."Kata Mikhail.

            "Oh,kalau macam tu,baiklah.Saya ikut aje.Apa kata Abang ikut saya tinggal kat rumah keluarga Hanis?Bolehlah Abang berkenal-kenalan dengan keluarga Hanis nanti."Cadang Fiza.

            "Okey,sayang."Balas Mikhail lalu menghadiahkan satu kucupan pada dahi Fiza.
     

      

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now