Bab 72

994 27 1
                                    

     Mikhail tidak membazirkan peluang yang ada.Sebaik sahaja mesyuaratnya bersama Raffiqi selesai,Mikhail terus pulang ke rumah.Tambahan pula,hari ini dia tidak mempunyai apa-apa temu janji dengan sesiapa.

        Setibanya di rumah,Mikhail terus mengemaskan pakaiannya kerana dia ingin bercuti di Mersing.Kalau betul apa yang Raffiqi katakan tadi,tidak salah rasanya untuk Mikhail pergi ke sana untuk bercuti.Kalau ada kesempatan,bolehlah dia berjumpa dengan Fiza dan mereka boleh berbaik-baik seperti biasa.Tidak semena-mena handphone Mikhail berdering.Ternyata ianya panggilan daripada Abang Qri.Mikhail terus mengangkatnya segera.Mana tahu,Fiqri ada apa-apa informasi terkini mengenai keberadaan Fiza.

     "Assalamualaikum,kenapa Abang tiba-tiba call Mikha ni?Abang ada apa-apa maklumat pasal Fiza ke?"Soal Mikhail sedikit hairan.

       "Waalaikummussalam.Hah,angkat pun.Ya,Abang memang ada maklumat pasal isteri kamu.Sekarang ni,Fiza ada kat Kuala Terengganu.Fiza stay dengan bestfriend dia,Hanis.Hah,nanti Abang whatsapp alamat rumah Hanis kat Mikhail ya.Okeylah,selamat memujuk isteri.Hehehehe....Assalamualaikum,bye."kata Fiqri.

     "Terima kasih,bang.Waalaikummussalam."Kata Mikhail dan meletakkan panggilan.Kini,tujuannya untuk pergi bercuti telah bertukar menjadi misi memujuk isteri.Wajahnya ceria bersinar-sinar.Fiza,tunggu Abang datang sayang...Abang janji akan selamatkan rumah tangga kita!

     

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now