"Jom lah teman saya keluar Fiza...kita keluar sekejap aje.Kawan saya ajak jumpa lah.Kita pun dah lama tak lepak kat luar kan,lagipun awak belum sarat mengandung lagi,so sekarang ni lah masanya kita nak pergi berjalan sakan.Kalau awak dah sarat nanti,mesti awak dah tak larat nak pergi ke mana-mana..."Pujuk Hanis.
"Ishh...yalah,saya teman awak keluar.Awak tunggu sini kejap,sana nak pergi bersiap."Kata Fiza mengalah akhirnya.Langkah kakinya dihayun malas menuju ke bilik bagi menyalin pakaian yang lebih sesuai.
Hanis mengeluarkan telefonnya lalu menghantar mesej pada Mikhail menggunakan aplikasi whatsapp.
Hanis
-plan brjln lncr
-Fiza tgh bersiap
-Otw ke sana jp lgiMikhail
-tq sbb tlg syHanis
-wc,Mikha
Hanis memasukkan telefon bimbitnya ke dalam handbag.Kemudian,dia hanya berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.Fiza keluar dari bilik sambil memegang handbag kecilnya.Mukanya juga dibiarkan kosong tanpa sebarang solekan.Biarlah,bukannya dia mahu pergi berjumpa dengan kekasih hati.Setakat keluar berjalan-jalan dengan Hanis sambil melepak,rasanya tak perlu kot nak berlawa sangat.
"Jom,Hanis.Saya dah siap ni.Alang-alang kita keluar ni,nanti kita singgah Baskin's Robbin ya,tekak macam mengidam pula nak makan."Kata Fiza sambil mengurut lembut tekaknya sambil menelan air liur,biasalah kan,orang mengandung.
"Oh,awak nak makan Baskin's Robbin ya?Okey,nanti kita sana ya.Tapi lepas saya jumpa kawan saya tau.Kesian dia dah tunggu kita lama sangat dari tadi.Nanti dia merajuk pula sebab tak tahan asyik tunggu kita."Kata Hanis,padahal dia cuma kasihankan Mikhail yang dari tadi asyik gelisah menanti kedatangan mereka berdua.Maklumlah,orang dah tak sabar nak jumpa isteri tercinta.
"Okey,Hanis.Tapi,awak yang belanja tau,hehehe...sekali-sekala belanja orang mengidam kan?"Kata Fiza sambil membuat mimik muka kasihan dan comel habis memandang Hanis dihadapannya.
"Yalah,Fiza.Nanti saya belanja ek?Jom kita gerak sekarang.Nanti lambat pula."Kata Hanis.
