Fiza,Maria dan Hasrul masuk ke pejabat semula setelah waktu lunch mereka tamat.Namun,kedengaran seperti kekecohon sedang berlaku di dalam bilik Mikhail.Mereka semua memandang wajah sesama sendiri dengan riak tertanya-tanya.Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Fiza memberanikan diri untuk membuka pintu sementara Maria dan Hasrul setia berdiri di belakang Fiza.
"Abang,apa yang Abang dah buat ni?!!"Soal Fiza yang terkejut melihat apa yang terjadi di dalam bilik Mikhail.Kelihatan Helena sedang terduduk di atas lantai sambil memeluk kedua-belah lututnya.Pakaiannya juga dalam keadaan koyak di beberapa bahagian.Dirinya kelihatan seperti tidak terurus sambil air matanya teresak-esak kedengaran.
Mikhail yang terperanjat dengan kemunculan Fiza yang tidak diduga itu terus panik jadinya.Badannya terketar-ketar ketika menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Fiza.
"Sayang,dengar dulu apa Abang nak cakap ni.Abang boleh jelaskan."
"Abang nak jelaskan apa lagi???Saya dah nampak semuanya dengan mata kepala saya sendiri.Saya belum buta lagilah,Abang?!!"Jerit Fiza kecewa.
"Mikha...Mikha nak rogol I Fiza.I,I takut."Kata Helena sambil tersedu-sedan.Jari telunjuknya lurus ke arah Mikhail.
Hancur luluh hati Fiza tatkala mendengar kenyataan yang meluncur keluar dari bibir munggil Helena itu.
"What??!!Apa kau merepek ni hah,betina?Bila masa pula aku nak rogol kau??!!Sayang,listen to me.She's lying!Please...trust me."Rayu Mikhail dengan wajah yang sayu sekali.
"Saya tak sangka Abang sanggup buat macam ni kat saya...saya ingat Abang betul-betul ikhlas sayangkan saya...cintakan saya.Tapi,rupanya tak."Kata Fiza sambil air matanya mengalir deras dari tubir mata.Fiza terus meluru keluar dari bilik Mikhail dan menuju ke lift.Fiza menahan sebuah teksi dan terus pergi jauh dari syarikat Mike And Co.
Mikhail berlari keluar dari biliknya dan cuba mengejar Fiza.Namun,semuanya sudah terlambat kerana teksi yang membawa Fiza sudah pergi jauh dari situ.
