Fiza tersenyum memandang cincin pertunangan yang terletak elok pada jari manisnya.
Fiqri yang sedang asyik menikmati Maggi Pedas Giler perisa ayam bakar mengalihkan pandangan kepada adiknya.
"Adik ni dah kenapa?Angau dengan Encik Tunang?"Kata Fiqri sambil menahan rasa pedas yang menyengat pada bibir dan tekaknya.Itulah pasal,kalau dah tahu tak tahan pedas tu,tak payahlah acah-acah tahan.Kan dah merasa?Hehehehe..
"Alah,Abang Qri ni....sibuk aje.Suka hati adik lah nak ingat kat siapa pun.Takde kena mengena pun dengan life Abang tu.Yang dia tu,asyik nak menyibuk dengan hal kita jer.Orang suruh cari calon isteri,tak nak."Sindir Fiza kembali.
"Alah,pasal tu nanti-nanti lah Abang fikir.Hah,daripada asyik termenung tak tentu pasal ni,apa kata adik tolong ambilkan fresh orange kat dapur untuk Abang.Abang tak tahanlah makan mi segera ni.Pedas nak mampus rasa dia!"Rayu Fiqri sambil menayangkan wajah meminta simpati kepada Fiza.
"Tulah...orang dah kata tak payah nak gatal sangat makan mi segera tu.Haihh,nasiblah Abang kesayangan kalau tak...biar jer dia tanggung pedas tu sorang-sorang.Abang tunggu kejap,adik pergi dapur dulu buatkan air Bandung cincau sejuk special untuk Abang.Kejap ek?"Kata Fiza sebelum berlalu ke dapur bagi menyediakan air bandung cincau abangnya.
Ekor mata Fiqri hanya mengikut langkah Fiza yang kemudiannya menghilang di sebalik dapur.
"Untunglah kau,Mikhail....dapat bini yang serba-serbi boleh macam adik aku ni.Aku tak tahulah kalau kau tak pandai nak hargai isteri solehah macam adik aku ni."Monolog hati Fiqri.Dia hanya mampu mendoakan agar rumah tangga adiknya sentiasa dalam keadaan yang bahagia satu hari nanti.
Fiza akhirnya tiba sambil membawa segelas besar air bandung cincau buat Abangnya.Fiqri terus minum air tersebut dengan rakus kerana sudah tidak mampu menahan rasa pedas yang semakin menggila.
Sedang Fiza ralit melihat abangnya menghabiskan air,tiba-tiba telefon Fiza berbunyi menandakan ada whatsapp yang masuk.
Mikhail😎
-Hai cik tunang,Watpe tu?
Fiza👸
-X watpe.Tgh teman
Abang Qri makan😊Mikhail😎
-😯Esok bz x?
Fiza👸
-X bz pun.Knp???Mikhail😎
-Yes!Sy nk bwk awk kluar arh...
Mikhail😎
-Boleh x????
Fiza👸
-😯 👌👌👌
Mikhail😎
-Tq,awk....
-Jumpa esok tw
Assalamualaikum...
Bye😘💕💕
Fiza👸
- Ya,Waalaikumussalam____________________________