Bab 39

935 37 0
                                    

      Dato' Tengku Zainal,Tengku Qashri Iskandar,Encik Abdullah,Puan Haslinda dan Fiqri datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk menghantar pasangan pengantin dua sejoli itu berlepas ke Kota London,England.

       "Hah,Mikhail masa dekat sana nanti,kamu jaga isteri kamu ni baik-baik.Kalau kamu nak berkepit 24 jam pun papa tak kisah."Kata Encik Abdullah membuatkan mereka semua tertawa mendengarnya.

       "Hah,Abang.Ingat,kau tu dah ada bini yang cantik.Jangan sibuk nak menggatal dengan minah saleh dekat sana pula.Lainlah kalau kau nak bawa balik calon isteri untuk aku yang masih bujang trang tang tang ni."Seloroh Qashri lagi.
  
         "Ishhh,kau ni.Ke situ pulak.Hei,aku ni nak pergi bercuti dengan bini aku tau.BINI aku.Takde maknanya aku nak menggatal dengan minah saleh kat sana.Lagipun,aku ni bukan macam kau.Pantang nampak perempuan lawa sikit,dah mengayat.And,sekali lagi aku bagi tahu kau,kalau kau nak cari calon isteri,kau cari sendiri ya,Iskandar."Perli Mikhail kerana Qashri memanggilnya "abang"sebentar tadi.Tak pernah-pernah nak panggil abang selama ni.Buang tabiat ke apa?

          "Kau panggil aku apa tadi?Iskandar?Eii,nama aku Qashri okey."Balas Qashri ego.

          "Habis tu,Iskandar tu bukan nama kau ke hah,Tengku Qashri Iskandar?"Perli Mikhail lagi.

          Mereka semua tertawa melihat karenah dua beradik itu.Macam budak-budak.Sebentar kemudian terdengar pengumuman dari pembesar suara,

             "Attention to all passengers of MH 479,MH 479 please get in to the plane now,because we're about to left."

            "Hah,kitorang dah kena sekarang ni.Kami pergi dulu ya,Daddy,Papa,Mama,Abang Fiqri..."kata Mikhail sengaja berhenti seketika lalu memandang ke arah Qashri kemudian menyambung,"Iskandar".

              "Eiiii,kau ni kan!Aku tumbuk nak!Kang tak pasal-pasal korang cancel flight ni."Kata Qashri sambil melayangkan penumbuknya dihadapan Mikhail.

                 "Aku gurau aje lah.Tu pun nak sentap.Dah lah kami gerak dulu,Assalammualaikum."Pamit Mikhail lantas menarik tangan Fiza untuk naik ke pesawat.

                

         

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now