Semenjak dapat tahu Fiza sedang mengandung,seluruh ahli keluarga Dato'Tengku Zainal kecuali Datin Fazrina begitu ambil berat akan kesihatan Fiza.Qashri juga turut sama menyibukkan dirinya dengan menyediakan pelbagai makanan yang Fiza mengidam nak makan.Fiza telah memaklumkan kepada Qashri bahawa dia tidak ingin menyusahkan Qashri untuk mencari semua makanan yang dia idamkan itu,namun Qashri berkeras ingin menyediakan semua itu kerana menurutnya ini adalah salah-satu cara untuk dia berbakti kepada abang serta kakak iparnya.Tambahan pula,Fiza sedang mengandungkan anak saudaranya yang pertama.Jadi,wajarlah jika Qashri teruja ingin menyambut kelahiran bayi tersebut.Wah,wah,wah!Nampak gayanya macam Qashri pula yang bakal menimang cahaya mata.
"Kak Fiza,oh kak Fiza.Mari datang dapur jap!"Laung Qashri memanggil Fiza yang berada di ruang tamu."Ya,jap.Akak datang lah ni."Sahut Fiza sambil berjalan menuju ke dapur.Sesampainya di dapur,terus terbuntang mata Fiza melihat pelbagai jenis kek cawan yang berada di atas meja.Fiza terus melajukan langkahnya dan duduk dihadapan Qashri yang sedang tersenyum senang melihat reaksi Fiza sebentar tadi.
"Wah...banyaknya cupcake yang kamu beli ni,Qash.Terima kasih sebab sudi belikan akak semua ni.Susahkan kamu aje."Kata Fiza berterima kasih sambil tangannya laju pula mencapai sebiji kek cawan berperisa coklat yang ada di atas meja.Tidak sampai beberapa minit,kek cawan itu sudah selamat mendarat ke dalam perut Fiza.Gembira sungguh rasanya apabila dapat melepaskan rasa terhadap makanan yang kita idamkan.
"Alah,akak tak payah risau lah.Hal kecik je ni.Setakat pergi belikan akak cupcake ni semua,tak luak pun duit Qash dalam bank tu.Akak jangan risau,Qash belanja.Ni,kalau akak ada rasa nak makan benda lain akak bagitau je dekat Qash.Qash akan cuba dapatkan makanan yang akak idamkan tu."Ucap Qashri penuh ikhlas.Maklumlah,tak lama lagi dia bakal mendapat anak saudara.
"Ewah,ewah...bukan main lagi kau ya?Habis tu,kalau semua yang Fiza teringin nak makan kau sediakan,apa lah guna aku jadi laki dia?Kalau macam tu,baik kau je yang jadi laki dia.Hah,pergilah kahwin dengan dia.Aku tak kisah pun."Balas Mikhail yang baru selesai Mandi kepada Qashri.Wajahnya juga habis bertukar cemberut jadinya apabila mendengar kesanggupan Qashri untuk menyediakan setiap makanan yang Fiza idamkan.Haih...dengan adik sendiri pun nak cemburu ke,Tengku Mikhail?
Apa lagi,habis terhambur keluar segala gelak tawa Fiza dan Qashri apabila mendengar ayat terakhir Mikhail itu.Amboi,cemburu ya cik abang!
"Betul ke aku boleh kahwin dengan Fiza?Wah,happy nya aku!Dapat bini,lawa pandai masak,baik pula tu.Terima kasih lah sebab bagi aku kebenaran nak kahwin dengan bini kau.Tapi tulah,kau kena ceraikan Fiza dulu lah,lepas korang dah bercerai barulah aku boleh kahwin dengan Fiza."Balas Qashri nakal.
Apalagi,terus meledak kemarahan Mikhail dibuatnya.Tak guna punya adik!Ada hati kau nak rembat bini aku?Heh,kalau nak mati awal cuba lah!
"Kalau kau nak kahwin dengan Fiza boleh...tapi tu pun lepas kau langkah mayat aku dulu lah!Ada hati nak rembat bini aku?Kau tunggu,siap kau nanti aku patah-patahkan tulang belulang kau.Baru padan dengan muka kau tu.Asyik nak menggatal aje kerjanya!"Balas Mikhail.
Serentak itu,terburai tawa Qashri dan Fiza serentak,sampai terkeluar air mata mereka dibuatnya.Aduh lah,Mikhail...tahu pun takut hilang bini!
"Hahaha...apa lah kau ni,Mikha.Aku gurau aje kot.Kau ingat aku ni dah gila ke nak rembat bini kau?Aku dah anggap Kak Fiza ni macam kakak kandung aku sendiri,kau tahu tak?Lagipun,tak nak lah aku cari gaduh dengan kau ni.Elok-elok sihat walafiat,tiba-tiba esok aku masuk wad sebabkan kau."Balas Qashri sambil menepuk lembut bahu abangnya.
"Entah,Abang ni.Qashri bukannya buat salah pun,dia cuma nak kurangkan beban Abang je.Tak lebih dari tu."Sokong Fiza pula.
"Okey lah,Abang percaya.Ni,sayang larat ke nak habiskan semua cupcake ni?Macam banyak sangat je."Kata Mikhail sambil mencuri pandang ke dalam kotak kek cawan tersebut.Boleh tahan banyak juga kek cawan yang Qashri beli ni.Semuanya nampak sedap pula tu.Bila Mikhail menjenguk ke dalam plastik tersebut,baru lah dia dapat melihat dengan jelas nama kedai yang tertera.Famous Amos,salah satu kedai biskut yang agak terkenal di daerah Kuala Lumpur ini.
"Eh!Mesti lah saya boleh habiskan.Tapi,kalau saya tak boleh nak habiskan semua cupcake ni,Abang dengan Qashri kan ada?Korang lah yang kena habiskan.Boleh,kan Abang?"Balas Fiza yakin."Mestilah boleh!"Jawab Qashri teruja.Respons terlebih gula-gula yang ditinjukkan oleh Qashri sebentar tadi,sedikit sebanyak menerima jelingan daripada Mikhail.Sibuk betul lah si Qashri ni,yang ditanya aku yang menjawab dia.Haih...sabar je lah Mikhail.Nasib baik adik sendiri,kalau orang lain ni,dah lama dah K.O jawabnya.
_____________________________
Pada malam itu,Mikhail dan Fiza diminta oleh daddy untuk bermalam di rumah daddy saja.Lagipun,sudah lewat malam.Tak elok ibu mengandung keluar malam-malam buta macam ni.Itulah apa yang daddy katakan pada mereka berdua.Fiza pula dengan senang hati menerima pelawaan daddy itu.
Mikhail sudah lama dibuai mimpi,penat sangat barangkali.Fiza pula asyik bertukar-tukar posisi tidur dari tadi.Namun,entah mengapa dia masih tidak dapat melelapkan mata.Dia mengerling pada jam loceng yang berada di atas meja.Jam 1:47 a.m.Fiza mengeluh kecil,hari sudah lewat namun matanya masih tidak dapat dilelapkan.Dia memalingkan wajahnya ke arah Mikhail.Seraut wajah Mikhail yang sedang lena diperhatikan.Jika dilihat secara dekat,wajah Mikhail memang sempurna.Alis matanya yang terukir sempurna,bersama hidungnya yang mancung ditambah lagi dengan bibirnya yang seksi.Memang ciri-ciri jejaka idaman Malaya.Perlahan,jari-jemari Fiza mula menyentuh wajah sempurna Mikhail.Bibirnya juga turut mengukirkan satu senyuman penuh kebahagiaan.
"Terima kasih,sebab cintakan saya dan sayang saya sepenuh hati awak."Tutur Fiza perlahan sebelum melelapkan matanya.
____________________________
"Cepat fikir Lina!Fikir!Apa yang aku perlu buat untuk gugurkan kandungan perempuan tak guna tu.Kalau dia gugur,mesti Mikha dah tak sayang dia lagi,lepastu Mikha mesti akan ceraikan dia.Hah,masa tu boleh lah aku kahwinkan Mikha dengan Helena,menantu pilihan aku.Huh,kau ingat kau mengandung aku akan lembut hati?Aku akan terima kau sebagai menantu?Dalam mimpi lah!"Kata hati kotor Datin Fazlina.Kejam sungguh dirinya ingin menggugurkan kandungan Fiza.Kalau betul pun dia bencikan Fiza,tak perlu lah libatkan anak tak berdosa yang ada dalam kandungan Fiza tu.Bukannya anak orang lain,cucu sendiri juga.Ish,ish,ish...
"Hah!Aku tahu,Aku akan letak pil gugurkan kandungan dalam sarapan dia esok pagi.Nasib baiklah aku memang ada simpan pil tu dalam bekas barang kemas aku.Heh,kau tunggu lah nasib malang kau esok,perempuan jalang!Hahahaha!"Kata Datin Fazlina lalu tertawa jahat.
Tanpa disedari,ada seseorang yang telah mendengar segala rancangan jahat yang dirancang oleh Datin Fazlina disebalik pintu.