Bab 83

1.1K 35 0
                                    

      "Sayang,hati-hati jalan tu.Jangan lah jalan laju sangat,bahaya lah."

       "Sayang,kan Abang dah kata,sayang tak perlu buat household ni semua.Biar Abang je yang uruskan semuanya."

       "Sayang tak payah masak.Mulai saat ni,sampailah sayang bersalin nanti,biar Abang je yang masak untuk kita.Sayang cakap je sayang nak makan apa,Abang boleh buatkan."

       "Sayang,jangan lupa makan vitamin-vitamin yang doktor bagi tu,bagus untuk perkembangan baby dalam kandungan tu."

        "Sayang,kalau sayang rasa penat,sayang pergi lah tidur kat bilik dulu.Nanti kalau kerja Abang dah siap,Abang naik temankan sayang pula ya."

        Fiza hanya mampu menggelengkan kepala saja melihat sikap Mikhail yang terlalu melindunginya itu.Memang bagus kerana Mikhail berniat ingin melindunginya,tapi Fiza jadi bosan berada di rumah kerana dia tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja kecuali makan,mandi dan berehat.Pergi kerja?Awal-awal lagi dah masuk dalam list "DILARANG".

     "Abang..."lembut suara Fiza memanggil suaminya yang sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja pejabat di dalam bilik kerja.

        Serta-merta,Mikhail menghentikan kerjanya dan memandang Fiza yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa  secawan air.Sedar tak sedar,dah masuk tiga bulan usia kandungan isterinya.Biarpun perut Fiza semakin membesar ,namun itu tidak mencacatkan kecantikan Fiza di mata Mikhail,malah Fiza lebih comel begitu.

        "Abang,ni saya ada bancuhkan air Nescafé untuk Abang.Minumlah."Kata Fiza sambil menghulurkan cawan itu kepada Mikhail.

        "Thanks,sayang.Susah-susah je.Ni,sayang kenapa tak tidur lagi ni?Kan dah lewat malam.Tak baik untuk baby dalam perut tu."Tegur Mikhail, namun dengan suara yang lembut sekali.

         "Takpe lah.Lagipun,Abang takde kat sebelah saya.Tu yang tak boleh tidur tu."Balas Fiza manja sambil melentokkan kepalanya pada bahu Mikhail.

           Mikhail yang mendengar jawapan balas dari Fiza itu terus tergelak dibuatnya.Alahai...isteri siapalah yang comel sangat ni?Isteri Tengku Mikhail lah,siapa lagi?

          "Alalalala...so sweet of you my dear.Okey Abang siapkan kerja Abang sikit lagi, lepastu kita masuk tidur ya."Kata Mikhail sambil mengelus lembut kepala isterinya.

           "Okey,Abang.Saya tunggu sini sampai Abang siap kerja ya."Kata Fiza lalu tersenyum.

                ______________________
     
       "Huarghh!Penatnya.Nasib baik dah siap kerja,bolehlah aku nak rehat lepas ni."Kata Mikhail sambil menguap tanda kepenatan.Dia mengalihkan pandangannya ke arah Fiza yang sedang lena disebelahnya.Tak sampai hati pula rasanya nak kejut isterinya yang sedang lena beradu itu.Mikhail bangun lalu mencempung tubuh Fiza dengan berhati-hati dan mengangkat Fiza sehingga sampai ke bilik mereka.
    
      Setelah membaringkan Fiza di atas katil,Mikhail turut berbaring menghadap isterinya.

        "I love you sayang..."

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now