Bab 49

940 33 0
                                    

    Fiza dan Mikhail kini dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.Sejurus sahaja semua urusan mereka di hotel selesai,mereka terus bergerak menuju ke lapangan terbang sambil dipandu oleh Uncle Steve.

       ~skip~
      "Baiklah,uncle dapat hantar korang sampai sini je tau.Maaflah,sebab lepas ni uncle ada hal nak buat."Kata Uncle Steve sambil memeluk Mikhail erat.Rasa sayu lah pula nak berpisah dengan anak saudara baru nya ini.Sudahlah mereka tinggal jauh di Malaysia sana.Memang susahlah nak berjumpa lepas ni.

     "It's okay uncle.We understand that you must in hurry.Therefor we want to thank you so much because you willing to drive us here.You don't worry,If we had a free times,we gonna back here again."Kata Mikhail sambil membalas pelukan Uncle Steve itu.

      "Alright.If you already reach Malaysia,don't forget to give me a call or text me.I got to go now.Take care."Balas Steve sebelum berlalu meninggalkan Fiza dan Mikhail.Mereka berdua melambai Steve sebelum check-in.

       Sedang seronok Fiza dan Mikhail berjalan-jalan di sekeliling lapangan terbang,Fiza terpandang akan kedai cenderamata yang terletak tidak jauh di hadapan mereka.Langkahnya dilajukan menuju kedai tersebut.Mikhail yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut saja isteri tercintanya itu.

        Fiza berasa seakan-akan berada di kayangan setelah kakinya melangkah masuk ke dalam kedai.Terdapat banyak anak patung comel yang tersusun rapi di rak tersebut.Tiba-tiba matanya terpandang patung yang diminati di satu sudut yang lain.Fiza terus meluru ke sana tanpa pengetahuan Mikhail.

       Mikhail yang langsung tidak sedar akan ketiadaan isterinya melihat patung-patung yang ada di situ.Tiba-tiba matanya terpandang sebuah anak patung teddy bear berwarna putih dengan bentuk hati di tengah yang bertulis'I LOVE YOU'.Tangannya terus laju mencapai teddy bear itu sambil bibirnya mengukirkan senyuman."Mesti Fiza suka dengan teddy bear ni".Kata hati Mikhail.Mikhail terus berpaling ke belakang sambil memegang teddy bear itu di tangan.Namun,Mikhail terperanjat melihat Fiza tidak ada bersamanya.Ke mana pula isteri kesayangan pergi?Mikhail terus mencari Fiza di sekitar kedai tersebut sambil bersusah hati.Bimbang apa-apa terjadi pada isterinya itu.Tiba-tiba Mikhail terlihat Fiza sedang leka bermain dengan sebuah anak patung froggy dihadapan ruang cenderamata berasaskan froggy.Mikhail terus laju melangkah ke arah Fiza.

      "Kat sini rupanya isteri Abang ni.Risau Abang bila tak jumpa sayang tadi tau."Kata Mikhail dengan wajah yang penuh dengan kebimbangan di hadapan Fiza.

         Fiza hanya tersengih manja sambil membuat tanda 'peace' kepada Mikhail.

    "Maaf,Abang.Tadi,saya nampak patung froggy comel ni.Tu yang saya terus meluru ke sini."Kata Fiza sambil menunjukkan patung yang dimaksudkan pada suaminya.

      "Abang nak belikan sayang teddy bear ni.Sayang suka tak?"Kata Mikhail pula sambil menunjukkan teddy bear yang berada dalam tangannya.

        "Bukannya saya tak suka dengan hadiah abang ni...tapi saya lagi suka dengan froggy ni.Boleh tak kalau abang belikan froggy ni untuk saya?Lagipun,dah lama rasanya saya tak beli patung froggy ni.Sekali-sekala,nak juga froggy yang baru."Kata Fiza sambil membuat mimik wajah comelnya.

     "Oh,sayang abang ni minat kat froggy eh?Baru Abang tahu hari ni.Haihh,nampaknya sepanjang kita honeymoon ni,banyak yang Abang dapat tahu tentang isteri kesayangan Abang ni."Kata Mikhail sambil mencuit manja hidung isterinya.

       Mereka berdua terus berlalu ke kaunter bagi membayar harga barang yang dibeli di kedai itu termasuklah patung froggy kesayangan Fiza itu.Setelah itu,mereka terus keluar dam mencari restoran berdekatan bagi mengisi perut yang lapar.Mikhail membawa Fiza ke sebuah restoran yang berada tidak jauh dari situ.Ketika mereka sudah sampai,tiba-tiba perut Fiza meragam.Sakit betul rasanya,habis berkerut muka halus Fiza dibuatnya.

     "Err,Abang...saya rasa saya nak pergi ladies kejaplah.Abang tunggu kat sini ya?"Pesan Fiza pada Mikhail sebelum terus meluru ke tandas.Sakit betul tu gamaknya.

        Tanpa pengetahuannya,seseorang sedang mengikutinya di belakang.Sikit saja lagi,dia dapat membereskan tugasnya.

          Fiza keluar dari tandas dengan perasaan lega.Nasib baik sakit perutnya tidak terlalu teruk.Kalau tak,alamatnya mahu berjam jugalah dia di tandas ni nanti.Fiza mencuci tangannya di singki sambil memeriksa wajahnya.Manalah tahu kalau ada apa-apa yang melekat pada wajahnya itu.Setelah berpuas hati dengan kebersihan dan kekemasan wajahnya,Fiza pun melangkah keluar dari tandas tanpa mengesyaki apa-apa.

      Malang tidak berbau,mulut Fiza ditekup menggunakan sapu tangan oleh seorang lelaki.Tidak lama kemudian,Fiza pun pengsan.Lelaki itu tersenyum memandang Fiza yang sudah tidak sedarkan diri.Dengan pantas,dia terus membawa Fiza pergi dari situ tanpa dijejaki sesiapa.

     Sementara itu,di restoran...

        Mikhail semakin gelisah menanti Fiza.Sudah hampir sejam lamanya isterinya menghilang di tandas.Entah mengapa,Mikhail berasa tidak sedap hati.Seolah-olah,perkara buruk telahpun berlaku.Nasib baik Fiza membawa handphone bersama semasa pergi ke tandas.Tanpa membuang masa, Mikhail terus mendail nombor telefon Fiza dan menunggu sekiranya Fiza mengangkat panggilan.Namun harapannya punah,kerana operator telefon yang menjawab panggilannya.Mikhail berasa tidak puas hati lantas dia cuba menghubungi Fiza sekali lagi.Namun,hasilnya tetap sama.Sungguh,Mikhail benar-benar gelisah ketika ini.Ke mana isterinya menghilang?Di manakah isterinya yang tercinta berada?Ya Allah,kau bantulah hamba-Mu ini...
    

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now