Hari yang di nanti-nantikan pun tiba.Fiza disolek secara sederhana oleh Mak Andam di dalam bilik tidurnya.Debaran di dada sedikit sebanyak menambahkan rasa ragu-ragu dalam diri Fiza.Almaklumlah,hari ini merupakan hari pertunangannya bersama Mikhail.
Mak Andam tersenyum puas melihat hasil kerjanya.Fiza yang sememangnya cantik,bertambah seri di wajahnya apabila disolek sedemikian rupa.
Pintu bilik Fiza diketuk dari luar sebelum ada suara yang mengatakan,
"Syafiza,pihak lelaki dah sampai."Fiza pun keluar diiringi mama menuju ke ruang tamu.Apabila Fiza tiba di situ,pihak lelaki telahpun terpacak menantikan dirinya.Sempat juga Fiza mengerling ke arah Mikhail sekolah.Hari ini,Mikhail hanya berpakaian kasual namun tetap mengekalkan kekacakkan wajah yang dimiliki olehnya.
"Baiklah,kalau semua dah sedia,apa kata kita mulakan majlis sekarang?"Cadang Encik Abdullah sebelum memulakan majlis dengan serangkap pantun.
Gadis muda di pohon cemara,
Indah wajah cantik berseri,
Jujur lidah menutur bicara,
Apa tujuan tuan hamba kemari?"Saya sebenarnya tak pandai sangat nak berpantun ni,tapi saya cuba ya."Kata Dato Tengku Zainal membuatkan para hadirin tergelak mendengarnya.
Pergi ke kedai membeli kicap,
Pergi bersama anak Si Leman,
Niat tulus ingin diucap,
Ingin memetik bunga di taman."Okeylah,kalau semua dah setuju.Keluarga kami amat berbesar hati menerima pinangan dari pihak lelaki.Fiza pun dah memberi kata putus.Jadi,apa kata kita sarungkan cincin pertunangan?"Kata Encik Abdullah.
Fiza yang sedang duduk di tepi ibunya terus beralih ke hadapan.Wakil dari pihak Mikhail menuju ke arahnya bagi menyarungkan cincin pertunangan pada jari manisnya.Setelah selesai,jurugambar mengambil beberapa keping gambar Fiza.Mikhail turut dipakaikan cincin pertunangan oleh Fiqri sendiri.Setelah itu,Fiza dan Mikhail menangkap gambar bersama di sisi pelamin mini yang disediakan.Mulai saat ini,Fiza telahpun rasmi menjadi tunangan Mikhail.
Para hadirin nenjamu selera dengan hidangan ringan yang telah disediakan oleh Mak Tam dan Puan Linda sendiri.Mereka semua berbual mesra sesama sendiri.Dalam hati,masing-masing mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga kerana majlis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Mikhail yang duduk disamping Fiza tidak henti senyum dari tadi.Akhirnya,impiannya ingin beristerikan Fiza bakal tercapai tidak lama lagi.Tidak perlulah dia berasa terlalu bimbang jika ada sesiapa ingin merampas Fiza darinya.
Fiza yang sedar akan senyuman Mikhail mencuitnya perlahan.
"Mikha,awak ni dah kenapa?Dari tadi saya perhatikan awak.Awak asyik senyum jer memanjang.Ada apa?"Soal Fiza sedikit berbisik.
"Saya senyumlah,sebab sekarang ni awak dah jadi tunang saya yang sah.Lepastu,tak lama lagi,awak akan jadi isteri saya.So,saya tak perlulah risau kalau awak pergi ke mana-mana.Yalah,mana tahu ada lelaki yang nak mengorat tunang saya,awak tunjuk je cincin tunang kita kat diorang.Saya jamin,diorang tentu tak berani nak dekat punya!"Balas Mikhail panjang lebar.
Fiza hanya tersenyum manis mendengarkan pengakuan jujur yang terucap daripada mulut Mikhail.Sungguh,dia rasa bertuah kerana telah berjaya memenangi tempat dihati Mikhail.