Deruan ombak kedengaran jelas di pendengaran.Sesekali,angin pantai menerjah halus pada wajah yang penuh keperitan.Derapan tapak kaki seseorang melangkah perlahan di belakangnya namun diabaikan saja.Tidak lama kemudian,terasa seperti bahunya disentuh seseorang.Dia berpaling untuk berhadapan dengan insan itu.
"Fiza,awak buat apa kat sini seorang diri?"Soal Hanis yang baru saja tiba.
"Oh,Hanis rupanya.Fiza ingat siapa yang datang tadi.Buat orang cuak aje."Kata Fiza lantas menepuk halus bahu Hanis.
"Fiza buat apa dekat sini?"Soal Hanis sekali lagi.
"Takde apa.Saja je,nak tenangkan fikiran sekejap.Banyak betul masalah yang datang menimpa sejak akhir-akhir ni."Kata Fiza lalu tersenyum paksa.Nampak jelas kepahitan dalam senyuman yang diberikannya itu.
"Sabarlah Fiza...saya tahu sekarang ni awak hadapi dugaan yang agak besar.Lepas apa yang awak ceritakan pada saya,saya tahu awak mesti down teruk.Tapi,saya rasa apa yang berlaku ni hanya salah faham.Saya yakin suami awak tak bersalah dalam hal ni.Dan,saya pasti suami awak tu kena perangkap."Kata Hanis bersungguh-sungguh.Dari gaya percakapannya,sepertinya Hanis lebih memihak kepada Mikhail berbanding sahabat baiknya sejak sekolah menengah ini.
"Awak tak kenal Mikhail tu macam mana,Nis."Kata Fiza tidak puas hati.Dia datang sini kerana dia memerlukan seseorang untuk mengadu.Tapi,sebaliknya pula yang terjadi.Tak sia-sia dapat tazkirah free dari sahabat baik sendiri.
"Ya,saya mengaku yang saya tak kenal Mikhail tu macam mana.Tapi,merujuk kepada cerita awak sebelum ni,saya yakin yang suami awak ni lelaki yang paling sempurna pernah hadir dalam hidup awak.Dan,kalau awak betul-betul sayangkan dia mestilah awak lari dari rumah kan?Sebab awak tu jealous bila nampak suami awak dengan perempuan lain."Kata Hanis serkap jarang.
Fiza terkedu sejenak.Kepalanya ligat memutarkan semula segala kenangannya dengan Mikhail bermula sebagai seorang kenalan biasa sehinggalah mereka sah menjadi pasangan kekasih dan mereka mendirikan rumah tangga bersama.Meskipun usia perkahwinan mereka masih baru,namun Mikhail benar-benar menyayanginya sepenuh hati.Mikhail sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya.
"Entahlah Hanis.Saya tengah buntu sekarang ni.Saya keliru..."keluh Fiza lalu tidak semena-mena air matanya menitis perlahan.Hatinya diruntun sayu ketika ini.
Hanis menarik Fiza ke dalam pelukannya dan mengusap belakang sahabatnya penuh kasih sayang untuk mententeramkan perasaan Fiza yang sedang berkecamuk saat ini.
"Awak jangan risau,Fiza....satu hari kebenaran pasti akan terbongkar jua dan saya akan sentiasa berada di sisi awak dan sokong awak."Pujuk Hanis.Rasa sayang pada sahabat baiknya ini setinggi gunung dan seluas lautan.Fiza temannya ketika susah dan senang.Kini,tiba masanya untuk membantu sahabat sendiri.