Bab 18

1.1K 43 0
                                    

 
"Hai,Raff.Saya pun tak sangka yang kita akan berjumpa dekat sini.Mestilah saya masih ingat kat awak,takkanlah saya nak lupa pula,kan?"Kata Fiza sebelum tertawa kecil.

     Mikhail yang mendengar perbualan'mesra'di antara Fiza dan lelaki tersebut,mula berasa tidak selesa.Cemburukah dia?Mestilah dia cemburu bila dia melihat bakal tunangnya berbual mesra dengan lelaki lain.Bagi mengelakkan sakit hatinya semakin parah,dia terus berdehem dengan kuat bagi menarik perhatian Fiza dan lelaki tersebut.

   Fiza yang perasan wajah cemberut Mikhail,terus bertindak menjernihkan suasana.

      "Oh,lupa pula saya nak perkenalkan.Raff,ini Mikhail.Mikhail ni bakal tunang saya.Dan,Mikhail,ini pula Raffiqi,kawan saya masa study dekat UPM dulu."

         Raffiqi yang  mendengar bahawa lelaki yang bersama Fiza ketika ini merupakan tunangnya,berasa terkejut.Sungguh,dia tidak menyangka bahawa Fiza kini telah menjumpai pengganti bagi dirinya.Ya,memang benar dahulu Raffiqi yang memutuskan hubungan mereka kerana dia curang dengan perempuan lain.Namun,setelah tiga tahun tidak berhubung dengan Fiza telah menyemarakkan kembali rasa cinta terhadap Fiza di dalam hatinya.Dia fikir,jika dia dapat bertemu semula dengan Fiza,dia ingin menyambung kembali ikatan percintaan mereka yang pernah terputus di tengah jalan.Namun,Raffiqi sudah terlambat kerana Fiza telahpun menjumpai pengganti bagi dirinya dan mereka berdua bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi.Baru sekarang dia merasakan penyesalan di atas tindakannya melepaskan Fiza dahulu.

      "Oh,macam tu rupanya.Saya ingatkan yang awak masih single lagi sekarang.Rupanya,awak dah nak bertunang tak lama lagi.Anyway,tahniah di atas pertunangan korang.Err,saya sebenarnya ada hal nak buat ni.So,saya gerak dululah.Bye."Kata Raffiqi sebelum meminta diri.

   Setelah Raffiqi pergi,Mikhail terus memandang tepat ke arah Fiza sambil menyilangkan tangan di dada.Dia inginkan penjelasan yang lebih terperinci dari mulut Fiza sendiri.

    "So,there's anythings you wanna told me about him?"Soal Mikhail.Fiza dapat mendengar dengan jelas bahawa terselit nada cemburu dalam tutur kata Mikhail itu.Fiza menarik nafas panjang,sebelum mula menerangkan keadaan sebenar kepada Mikhail mengenai hubungannya dengan Raffiqi.

    "Macam ni,awak.Raffiqi tu sebenarnya Ex-boyfriend saya masa kitorang study sama-sama dulu..."

      "Jadi,awak nak bagitau saya yang awak masih cintakan dialah?Awak masih tak dapat nak lupakan semua kenangan-kenangan indah yang pernah korang berdua lalui sebelum ni,kan?Betul tak apa yang saya cakap ni?"kata Mikhail,penuh sinis.

         "Bukan macam tulah,Mikha.Saya jujur dekat awak yang saya dah tak cintakan Raff lagi.Saya dah lupakan pun semua kenangan-kenangan indah kami bersama dulu.Semenjak dia putuskan hubungan kami dulu,saya memang dah buang jauh-jauh rasa cinta saya pada dia.Buat apa saya nak kembali pada dia yang dah buang saya dulu?Yang dah hancurkan hati saya ni?Lagipun,saya kan dah ada awak sekarang.So,cinta saya hanya untuk awak seorang je.Percayalah cakap saya Mikha.Saya betul-betul ikhlas cintakan awak sepenuh jiwa dan raga saya.Hanya awak seorang jer lelaki istimewa di hati saya selepas papa dan juga abang saya."Ucap Fiza dengan sepenuh hati.

     Mikhail yang mendengarkan pengakuan jujur Fiza itu,berasa terharu.Dia tidak sangka bahawa dia begitu istimewa buat diri Fiza.Jujur,Fiza lah satu-satunya wanita yang benar-benar dia cintai.Fiza lah cinta pertama dan terakhir baginya.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now