Bab 28

1K 37 0
                                    

      Fiza pening kepala tatkala memikirkan hal tadi.Kenapa pula Mikhail ingin mempercepatkan hari perkahwinan mereka?Bukannya Fiza tak suka,cuma dari cara Mikhail bercakap tadi macam ada sesuatu yang tak kena.Macam ada perkara yang dibimbangkan oleh Mikhail.

      Tiba-tiba pintu bilik Fiza diketuk oleh seseorang.Fiza terus duduk bersila di atas katilnya sebelum bertanya,"Siapa tu?"

         "Adik,mama ni.Boleh mama masuk?"Kata Puan Linda dari luar.

          "Oh,mama rupanya.Masuklah ma,pintu tak kunci."Balas Fiza kembali.

           Puan Linda pun masuk ke dalam bilik puteri bongsunya sambil tersenyum membawa sebuah kotak berwarna merah baldu di tangan kirinya.

             "Adik,ni mama ada benda nak bagi kat adik ni.Dah lama dah mama simpan benda ni.Lagipun,mama rasa sekarang ni,masa yang sesuai untuk adik miliki benda ni."Ujar Puan Linda sambil membuka kotak berwarna merah baldu tersebut.Fiza dapat melihat dengan jelas terdapat seutas gelang tangan berwarna emas di dalamnya.Puan Linda meminta Fiza menghulurkan tangan kanannya sebelum memakaikan gelang itu pada pergelangan tangan kanan milik Fiza.

       "Gelang ni,nenek yang beri pada mama masa hari perkahwinan mama dan papa dulu.Katanya,gelang ni warisan turun temurun keluarga kita."Jelas Puan Linda setelah selesai memakaikan gelang tersebut pada pergelangan tangan puteri bongsunya.

         "Mama tak sangka,anak manja mama yang seorang ni dah nak kahwin tak lama lagi.Rasa macam baru je semalam mama hantar kamu ke taska."Ucap Puan Linda,sedikit sebak.

          "Alah,mama ni.Adik nak kahwin jer lah.Bukannya adik nak tinggalkan mama dan papa.Dah,dah...tak mau sedih-sedih ni.Bukankah mama patut happy bila adik tak lama lagi nak jadi isteri orang?"Pujuk Fiza sambil melihat ke dalam kedua anak mata Puan Linda,dalam.

           "Tu mama tahu.Cuma,mama tak sangka yang adik akan berkahwin dalam usia semuda ni.Apa-apa pun mama,papa dan abang sentiasa doakan kebahagiaan adik.Bila dah kahwin dengan Mikhail nanti,ikut kata dia.Jangan tinggi suara pada suami,jaga nama baik suami,jaga hubungan baik dengan keluarga mentua.Jangan sakitkan hati mentua,sebab redha mentua sama macam redha ibubapa.Redha ibubapa sama macam redha Allah.Adik ingat tu,lagi satu kalau boleh,lepas ni adik jaga aurat adik dengan sempurna,biarlah khusus untuk suami sahaja.Ingat pesan mama tu."Kata Puan Linda,panjang lebar.

          Inshaallah,mama.Adik akan cuba untuk berhijrah menjadi lebih baik.Pasal tudung tu,bila adik dah sedia sepenuhnya adik akan pakai.Mama doakan adik ya,ma.Terima kasih sebab selalu sokong apa yang adik buat selama ni,terima kasih sebab dah besarkan adik dan beri didikan yang sempurna untuk adik dan abang.Adik sayang mama sangat-sangat."Kata Fiza lalu memeluk Puan Linda erat ke dalam pelukannya.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now