Fiza terjaga dari tidurnya ketika mendengarkan pengumuman daripada juruterbang bahawa mereka sudah hampir dengan destinasi.Fiza membetulkan rambutnya yang sedikit kusut kerana terlalu lama terlelap.Fiza mengerling pada suaminya dan tersenyum kecil.Mikhail nampak sangat kacak ketika sedang tidur,membuatkan hatinya berdebar-debar.
Mikhail membuka kelopak matanya perlahan dan membetulkan duduknya di kerusi.
"Hai,sayang.Lama dah jaga ke?"Soal Mikhail dengan suara serak.
"Tak lah,Abang.Saya pun baru bangun ni.Tadi,ada pengumuman bagitahu yang kita dah nak sampai England.So,apa kata kita bersiap sedia untuk turun?"Cadang Fiza.
"Okey,sayang."Balas Mikhail.
_________________________
"Hello,London!Here we go!"Laung Mikhail sebaik sahaja keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa London itu.Fiza hanya tersenyum melihat kelakuan suaminya itu.Nampaknya,Mikhail begitu bersemangat hendak menjalani bulan madu mereka di negara yang begitu indah dan penuh bersejarah itu.
"Sayang,jom kita cari teksi untuk pergi ke hotel yang daddy dah reserve untuk kita."Cadang Mikhail.Fiza hanya mengangguk tanda bersetuju dengan idea Mikhail.Namun,hatinya masih berasa bimbang kalau-kalau mereka terserempak dengan ahli keluarganya di mana-mana.Ahli keluarga diraja England,keluarganya di sebelah Encik Abdullah.
Seketika kemudian,sebuah teksi berwarna kuning lalu dihadapan mereka lalu Mikhail terus melaung,"Taxi!Taxi,here!"
Teksi tersebut berhenti dihadapan mereka,kemudian pemandu teksi tersebut bertanya hala tuju mereka selepas ini.
"Where do you wanna go,Sir?"
"To the Corenthia Hotel,please."
"Okay,Sir.We are on the way."
Sejurus selepas itu,mereka pun memulakan perjalanan ke hotel lima bintang di London.Corenthia Hotel.Fuh,hebat juga pilihan daddy ni.Thanks daddy.Hehehe...
Suasana yang indah dan memukau menemani perjalanan mereka ke Corenthia Hotel.Fiza teruja melihatnya setelah lama tidak menjejakkan kaki di negara kelahiran papanya ini.Agak-agaknya,keluarga Diraja England tahu atau tidak mengenai keberadaan Fiza di negara ini.Sedikit sebanyak Fiza merasa sebak kerana dapat berada di kampung halaman papanya,Encik Abdullah alias Prince George Henry Manhattan.Kemain lagi nama papanya.Panjang betul....
Fiza tahu,biarpun mereka sekeluarga menetap di Malaysia selama ini,namun mereka masih berketurunan diraja.Secara ringkasnya,Fiza seorang puteri raja England.Gitew!
Namun,mereka masih perlu merahsiakan keberadaan mereka demi keselamatan pewaris keluarga Diraja daripada dijejaki musuh kerabat Diraja England.Musuh mereka semua masih berdendam dengan Prince George Henry Manhattan kerana beliau telah berjaya mengharumkan nama negara di atas penaklukan pulau Eel-Pie tidak lama dahulu.Malah,ada dikalangan musuh mereka yang mengancam keselamatan nyawa Prince George Henry Manhattan dan seluruh keluarga beliau.Oleh kerana itulah,Prince George Henry Manhattan mengambil keputusan untuk berlindung di negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia dan berazam untuk menggunakan identiti sementara sebagai seorang ahli perniagaan kebanyakan.
Apa-apa pun,sekarang Fiza hanya perlu fokus pada percutian berbulan madu mereka serta suaminya yang tercinta,Tengku Mikhail bin Dato'Tengku Zainal.