Bab 7

1.6K 57 0
                                    

KLIA 2

Fiza telah tiba di balai ketibaan ditemani oleh Pak Hamid.Nampaknya hari ini,ramai yang menanti kepulangan orang tersayang.Tidak lama kemudian,muncul sekumpulan orang yang baru keluar dari pesawat MH394.Mata Fiza melilau melihat sekitarnya,mana tahu terlihat kelibat Fiqri di sana.

Panjang umur,Fiqri muncul bersama bagasinya di sebalik kelompok manusia yang terlalu ramai itu.Fiqri melontarkan sekuntum senyuman tatkala terpandang adik kesayangannya bersama Pak Hamid.
Fiqri melajukan langkahnya dan tiba di hadapan Fiza dan Pak Hamid.

"Assalamualaikum adik,Pak Hamid.Heyy girl,don't you miss me?"Soal Fiqri lalu mencubit pipi kiri Fiza lalu tertawa.

"Soalan apa ni?Mestilah adik rindu Abang.Lima tahun kot tak jumpa....soalan sengal macam ni pula yang keluar?"Kata Fiza lalu menarik muka dan berpaling dari melihat wajah yang paling dirinduinya itu.Alah,sekali-sekala bermanja dengan abang sendiri kan?Hehehehe....

"Alololo,manjanya dia.Okey,sorry adik.Janganlah merajuk.Okey,sebagai tanda minta maaf seikhlas hati dari Abang adik yang handsome ni,Abang ada belikan adik hadiah dari Sydney.Nahh,ambil lah."Kata Fiqri sambil menghulurkan beg hadiah berwarna merah jambu.Fiza terus tersenyum penuh kegembiraan tatkala melihat beg hadiah yang berada di tangan Fiqri.Fiza pun menyambut huluran Fiqri dan terus memeluknya erat.

"Terima kasih Abang Qri.Adik gurau jer tadi tu.Dahlah Abang Qri,jom kita balik rumah.Adik dah lapar ni..."rengek Fiza manja lalu memaut lengan Fiqri penuh mesra.Mereka pun berjalan menuju ke kereta dan Pak Hamid memandu mereka pulang ke rumah.

_________________

Fiza membantu Fiqri untuk membawa masuk bagasinya ke dalam rumah.Fiqri pula terus menuju ke dapur kerana terhidu bau yang lazat.Masuk sahaja ke dalam dapur,Fiqri terlihat pelbagai hidangan kegemarannya sudah terhidang di atas meja.Mak Tam tersenyum melihat wajah Fiqri yang kelaparan itu.Mak Tam meletakkan Sejag jus oren yang sejuk di atas meja sebagai pelengkap hidangan makan tengah hari mereka.

"Wahh,Mak Tam ni macam tahu jer Qri tengah kebulur ni.Langkah kanan betul!"Kata Fiqri sebelum memanggil Fiza dan Pak Hamid untuk menyertai mereka makan malam bersama.Bagi keluarga Fiza,Mak Tam dan Pak Hamid juga merupakan ahli keluarga mereka kerana Pak Hamid dan Mak Tam sudah berkhidmat buat keluarga mereka sebelum kelahiran Fiqri lagi.

______________

Selepas menikmati makan malam,Fiza mambantu Mak Tam untuk mencuci pinggan di dapur.Sejurus selepas menyelesaikan tugas mereka di dapur,Fiza dan Mak Tam pergi ke ruang tamu untuk menyertai Pak Hamid dan Fiqri yang sedang rancak berbual.

"Hah,Fiqri.Berapa lama kamu cuti kali ni?"tanya Pak Hamid kepada Fiqri,memulakan perbualan mereka pada malam itu.

"Oh,kali ni saya rasa saya nak stay terus kat Malaysia sebab saya dah habis belajar minggu lepas dah graduate dah pun."Kata Fiqri dengan tenang.

"Abang Qri dah graduate?Yeah!Adalah kawan adik lepasni.Taklah adik bosan sorang-sorng kat rumah ni."Kata Fiza dengan gembira.

"Alah,adik ni.Boyfriend adik kan ada?Kalau bosan ajaklah boyfriend adik keluar.Tengok wayang ke,makan ke tak pun shopping. Hah,kan dah tak bosan."Usik Fiqri.

Fiza terdiam tatkala mendengar cadangan Fiqri sebentar tadi.Terus Fiza teringat akan janji yang dibuatnya bersama Mikhail.Seperti dirancang,handphone Fiza berdering.Fiza melihat ke arah skrin dan ternyata Mikhail yang menelefon.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now