Bab 43

974 34 0
                                    


Malam itu,Mikhail membawa Fiza ke satu tempat yang istimewa menaiki Limosin putih yang disewanya.Mata Fiza ditutup dengan sehelai kain berwarna merah sepanjang jalan.

"Abang,Abang nak bawa saya pergi mana ni?Kenapa saya kena tutup mata semua ni?Saya tak nampak apa-apa lah."Kata Fiza sambil tangannya meraba-raba sekeliling.

Mikhail hanya membiarkan sahaja pertanyaan isterinya itu malah dia langsung tidak berkata walau sepatah perkataan pun.Dia tidak ingin merosakkan saat-saat romantis mereka pada malam ini.

Akhirnya,mereka berdua pun tiba di sebuah restoran yang diberi nama 'Restaurant Clos Maggiore'.

Mikhail membuka kain yang menutupi mata Fiza perlahan-lahan lalu mengatakan,

"Suprise!Sayang suka tak dengan restoran ni?"

Fiza menekup mulutnya sambil matanya mulai berkaca-kaca.Memang benarlah,Mikhail seorang lelaki yang begitu romantik.Fiza memandang suaminya lantas memeluk tubuh Mikhail penuh erat sebagai tanda berterima kasih.

"Terima kasih sebab sudi buat semua ni,untuk sayang.I love you,Abang.For the rest of my life."Tutur Fiza setulus hatinya.Mikhail terharu mendengarkan pengakuan yang diutarakan oleh isterinya yang tercinta itu.

"I love you too,sayang.Okay,now lets eat and enjoy our night together."Kata Mikhail.Mikhail menarik kerusi di hadapannya lalu mempersilakan Fiza untuk duduk di situ.Manakala,Mikhail pula duduk berhadapan isterinya.Tidak lama kemudian,seorang pelayan muncul dan mengambil pesanan mereka.

Mikhail memesan beberapa hidangan makanan laut yang halal untuk dimakan,jus buah delima untuk mereka berdua serta hidangan pencuci mulut terkenal di London,Strawberry Scons.Mikhail turut berbisik kepada pelayan tersebut mengenai perkara yang Fiza sendiri pun tidak berapa pasti.

Setelah pelayan berlalu Mikhail memulakan perbualan mereka pada malam itu.

"So,what do you think about this place?It's wonderful,isn't it?"

Fiza tersenyum mengiakan kata-kata Mikhail lalu mengelus lembut tapak tangan suaminya.Sungguh,Mikhail lah lelaki yang terbaik pernah hadir di dalam seumur hidupnya.Kini,Fiza benar-benar yakin akan keputusannya untuk menikahi Mikhail merupakan keputusan yang paling tepat pernah dia lakukan.

Tidak jauh dari kedudukan mereka berdua,kelibat seseorang sedang ralit memerhatikan pasangan suami isteri tersebut.Atau lebih tepat lagi,beliau sedang ralit memerhatikan gerak-geri Fiza.Dia mengangguk-angguk seketika sambil meneruskan pemantauannya ke arah Fiza.

Makanan yang dipesan oleh Mikhail sudah sampai.Mereka mula menikmati hidangan makanan laut yang enak pada malam itu.Isinya yang masih segar menambahkan lagi selera Mikhail dan Fiza.Sungguh,makanan di restoran ini begitu berkualiti dari segi penghasilan,rupa,tekstur,dan rasa makanan yang disediakan.

Mikhail dan Fiza menikmati makan malam mereka sambil sesekali tertawa riang.Jelas sekali,mereka menikmati saat-saat indah mereka bersama.Selesai dengan hidangan utama,kini mereka beralih kepada pencuci mulut.Mikhail menceduk sedikit Strawberry Scons didalam pinggannya sebelum menyuap Fiza.Fiza turut melakukan perkara yang serupa untuk suaminya.

Tidak lama selepas itu,muncul seorang pelayan membawa satu dulang yang bertutup.Tatkala penutupnya diangkat,kelihatan sebentuk cincin berlian didalam kotak yang berwarna merah baldu.

Mikhail mengambilnya lantas menyarungkan cincin berlian itu pada jaring manis pada tangan kiri Fiza lalu mengucupnya lembut.Fiza terharu dengan perlakuan suaminya lalu menghadiahkan satu ciuman pada pipi kanan Mikhail.

Setelah selesai,Mikhail dan Fiza pun menaiki Limosin tadi dan kembali ke hotel penginapan mereka.

"Helo Cik Helena.Betul tekaan cik.Mereka memang ada di sini.Cik nak saya teruskan rancangan kita?"

"Kau buat jer macam yang kita dah rancang sebelum ni.Pastikan kau culik perempuan tu masa Mikhail takde dengan dia.Ingat,aku nak kau pastikan perempuan tu mampus!Ataupun kau kena bawa dia jauh dari Tengku Mikhail,faham?"Kata Helena dihujung talian.

"Baik Cik.Saya akan cuba untuk bawa dia jauh dari Tengku Mikhail macam yang Cik arahkan sebelum ni."Kata jejaka tersebut.

"Bagus!Lepas kau dah settle kan kerja kau,aku akan bayar kau RM 500,000 yang selebihnya tu."Kata Helena lalu mematikan talian.

Di kegelapan malam,Helena ketawa penuh kejahatan!

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now