Bab 82

1.2K 38 2
                                    

      Pagi esoknya,Fiza bangun lebih awal daripada suaminya.Fiza mandi dan bersiap-siap terlebih dahulu sebelum mengejutkan Mikhail.

        "Good morning,sayang."Ucap Mikhail yang masih terpisat-pisat menggosok matanya.

          "Good morning,Abang.Hah,sekarang ni Abang pergi mandi dan bersiap dulu.Saya nak turun siapkan sarapan dulu tau."Kata Fiza sambil menghulurkan tuala kepada Mikhail.

          "Okey,sayang.Abang mandi dulu.Nanti kita jumpa kat bawah ya."Kata Mikhail sebelum hilang disebalik pintu bilik air.Fiza mengemaskan katil mereka sebelum turun ke ruang makan.

            Ketika Fiza tiba di ruang makan,sarapan pagi telah tersedia di atas meja.Datin Fazlina juga sudah tercongok di situ sambil tersenyum ke arah Fiza.Pelik,biasanya mummy tak sudi nak sarapan jika dia ada bersama.

            "Eh,Fiza dah bangun?Hah,jom sarapan dengan mummy sekali."Pelawa Datin Fazlina penuh mesra.Dia mempelawa Fiza supaya duduk bersebelahan dengannya.Sarapan untuk Fiza juga sudah tersedia disebelahnya.

             Fiza yang tidak mengesyaki apa-apa tersenyum riang mendengar pelawaan Datin Fazlina itu.Fiza terus duduk disebelah Datin Fazlina.Tidak lama kemudian, Dato'Tengku Zainal, dan Mikhail tiba di ruang makan.Mikhail yang baru tiba terkejut melihat layanan mummy nya terhadap Fiza.Namun,perlahan-lahan Mikhail turut tersenyum melihat hubungan antara Fiza dan mummy nya yang semakin baik.Sekurang-kurangnya itu sangkaan Mikhail.

          "Hah,Fiza mari lah rasa bubur oat yang mummy prepare untuk kamu ni.Mummy buat sendiri tau.Makanlah,oat ni bagus tau untuk kandungan kamu tu."Kata Datin Fazlina sambil menyuahkan mangkuk berisi bubur oat yang dimaksudkannya sebentar tadi kepada Fiza.Terdapat beberapa potongan strawberi di dalamnya yang menjadikannya nampak lebih lazat.

            "Wah,terima kasih mummy!Hmm,sedapnya bau...Fiza makan ya."Kata Fiza sebelum mengambil sesudu bubur oat itu.

              "Makanlah bubur tu dan lepas tu kau akan keguguran!Bila kau dah gugur,tentu anak aku akan benci kau dan kamu berdua akan bercerai!Ya,bercerai!Bila kau dah berambus dari hidup anak aku,aku akan kahwinkan dia dengan Helena.Hahahaha!"Luah Datin Fazlina dalam hatinya.

             
                Tiba-tiba,mangkuk bubur Fiza jatuh ke lantai lalu pecah berderai kerana Qashri tidak sengaja melanggar meja makan akibat dia berlari ke meja makan.Habis bersepah bubur oat itu dibuatnya.

                 "Alamak!Er...sorry kak.Qash tak sengaja nak jatuhkan bubur akak.Salah Qash sebab gopoh sangat."Kata Qashri seraya tunduk bagi mengutip serpihan mangkuk yang pecah di lantai.Mikhail mengambil bakul sampah dan membuang serpihan mangkuk itu ke dalamnya.Orang gaji mereka pula membersihkan sisa bubur yang bersepah di atas lantai.

                  "Alahai,ruginya...takpe lah Fiza.Kamu makanlah roti bakar ni ya,daddy dah sapu dengan jem strawberi.Kamu makan ya.Nampaknya,tak dapatlah kamu merasa bubur oat mummy kamu tu.Lain kali lah kamu rasa."Pujuk Dato'Tengku Zainal sambil menyuahkan dua keping roti bakar yang telah disapu jem strawberi kepada Fiza sebagai sarapannya.

                    "Terima kasih daddy."Kata Fiza lalu menyambut huluran Dato'Tengku Zainal dan memakannya.Setelah itu,mereka semua menikmati sarapan mereka seperti biasa.

                   "Tak guna!Dia tak makan pun bubur tu!Ish,kalau bukan sebab Qash yang langgar mangkuk tu tadi,tentu dia dah makan ubat tu dan kandungannya akan gugur!Takpe,aku akan fikirkan cara lain."Ngomel Datin Fazlina dalam hati.

                     "Nasib baik kak Fiza tak makan."Lega hati Qashri.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now