Bab 50

1K 36 0
                                    

    Fiza membuka matanya perlahan-lahan.Entah kenapa kepalanya rasa pening sekali.Tatkala sedar,Fiza terperanjat melihat di mana dia berada sekarang ini.Sebuah bilik gelap yang buruk dan sunyi sepi.Fiza cuba untuk menggerakkan tubuhnya namun tidak berjaya.Dia baru perasan dirinya telah diikat pada sebuah kerusi.

     "Anybdy,please...help me!Let me go!"Jerit Fiza sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.Tanpa disangka air mata mengalir laju di pipinya.Fiza takut kerana suaminya tidak ada bersama.

       Pintu terbuka secara tiba-tiba.Masuk seorang lelaki yang berpakaian seperti samseng ke dalam bilik itu sambil tersenyum sinis kepadanya.Lelaki tersebut mara ke arah Fiza yang sedang terikat pada kerusi.

      "Hush...kenapa menangis ni?Takut?"Soal lelaki itu,lembut sambil menyentuh pipi Fiza yang dibasahi air mata lantas menyekanya.

       "Kau jangan sentuh aku!Kau ni siapa hah??!Apa yang kau nak daripada aku?!!!"Jerit Fiza lantang.

         Tidak semena-mena,pipi Fiza ditampar kuat oleh lelaki tersebut hingga pecah bibir Fiza dibuatnya.

         "KAU DIAM PEREMPUAN!!!SEBELUM AKU BUNUH KAU,BAIK KAU DUDUK SINI DIAM-DIAM!!!"Jerkah lelaki tersebut kasar sambil menunjal kepala Fiza.

           Fiza menangis dengan lemah sekali.Bibirnya terasa sungguh sakit.Terdapat darah yang mengalir pada pipinya yang pecah dek kerana tamparan lelaki tersebut.

           "Macam tu lah...kan bagus kalau kau dengar cakap aku dan duduk diam-diam.Tak lah kau kena lempang dengan aku tadi."Balas lelaki itu sambil tersenyum sambil mengusap kepala Fiza yang sedang menggigil ketakutan.

             "Aku patut bunuh kau ataupun tak ya?Tapi,kalau aku bunuh kau terus macam sia-sia jer..."Kata lelaki tersebut sambil memandang Fiza dari atas sampai ke bawah dengan ralitnya.Fiza yang menyedari pandangan bermakna lelaki itu terus memejam matanya rapat sambil air matanya mengalir.Di dalam hati,Fiza tidak putus-putus berdoa kepada ALLAH agar dirinya tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.

         "Kau jangan risau.Hari ni,mood aku baik.Jadi,aku tak akan sentuh kau pun.Tapi,kalau aku nak kau...kau kena bagi yang aku nak,faham?"Kata lelaki tersebut dengan lembut.Sekali pandang,macam gaya orang psiko pun ada.

           "Lepas aku dapat duit aku,aku lepaskan kau.Tu pun,kalau kau masih hidup lagi lah...Aku nak kau telefon laki kau sekarang dan minta duit tebusan RM1,000,000 kat laki kau yang jutawan tu.Kau bagi nombor telefon laki kau sekarang!"Kata lelaki tersebut memberikan arahan sambil mengeluarkan sebuah telefon bimbit.Fiza memberi nombor telefon Mikhail dalam keadaan terpaksa.

     "Bagus...sekarang ni,aku nak kau diam.Biar aku yang cakap dengan laki kau."Kata lelaki itu sambil menekap telefon pada telinganya.

             ________________________

        Mikhail yang gundah gulana di hotel sedang berjalan bermundar- mandir di dalam biliknya.Sudah seharian,Fiza tidak kelihatan.Mikhail terpaksa membatalkan penerbangan mereka untuk kembali ke Malaysia semalam kerana Fiza hilang tanpa sebarang jejak.Mikhail tidak memaklumkan hal ini kepada keluarga Diraja England kerana Mikhail tidak ingin mereka bimbang.Tidak semena-mena,handphone miliknya berdering.Tertera satu nombor tidak dikenali sebagai pemanggil.Mikhail berasa teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut,namun digagahkan jua hatinya.

      "Helo,Tengku Mikhail?"Soal seseorang di talian.

        "Helo,ya saya Tengku Mikhail.Siapa di sana?"Kata Mikhail.Pelik,kerana individu tersebut ternyata mengenali dirinya.

        "Cis,kau tak perlu tahu aku siapa.Tapi,aku rasa kau kenal dengan pemilik suara ni,bukan?"Soal lelaki tersebut lantas mendekatkan telefon itu pada Fiza.

         "ABANG!!!TOLONG SAYA ABANG!SELAMATKAN SAYA!!!"Laung Fiza sambil tersedu-sedan.

         Mikhail tergamam mendengar suara isterinya.Ternyata,lelaki itu telah menculik Fiza!

          "Sayang!Sayang dekat mana ni?Bagitau Abang.Sayang!Sayang!"Balas Mikhail panik.

               
       Lelaki tersebut menarik kembali telefonnya dan kembali berbicara dengan Mikhail.

       "Kalau kau nak bini kau selamat,kau bagi aku RM1,000,000 sebagai tebusan.Aku bagi kau tempoh sampai malam esok untuk serahkan aku duit tu.Kita jumpa dekat bangunan usang dihujung The Old City of London.Kau mesti datang dengan duit yang aku nak,kalau tak...bini kau akan mati dalam genggaman aku!Kau faham tu?"Jelas lelaki tersebut dengan penuh serius.

     "Baiklah!Aku bagi kau duit yang kau nak tu.Esok kita jumpa dekat sana.Dan,pastikan kau tak apa-apakan isteri aku.Kalau tak...kau tahulah apa nasib kau!"Balas Mikhail yang semakin bengang.

       "Bagus,Tengku...baiklah kita jumpa esok.Dan,ingat jangan berani nak tipu aku."Kata lelaki It lalu talian dimatikan.Dia tersenyum sinis,nampaknya tidak lama lagi dia akan jadi kaya-raya!

         Mikhail meletakkan telefonnya di atas katil.Satu keluhan berat dilepaskan.Nampaknya,nyawa Fiza dalam bahaya sekarang ni.Mikhail harus fikirkan satu rancangan bagaimana untuk menyelamatkan Fiza dari penculik tersebut.

            __________________________

    Alamak!Fiza kena culik lah guys!Ni mesti angkara Helena ni.Tak guna betul lah perempuan ni.Rasa macam nak tonyoh-tonyoh jer muka dia yang perasan cantik tu atas jalan raya!

      Macam mana Mikhail nak selamatkan isteri tercinta ni?Selamatkah mereka berdua nanti?

      Kita tunggu di chapter seterusnya.Stay tune!

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now