Fiza dan Mikhail menaiki kenderaan khas yang disediakan oleh Dato' Tengku Zainal menuju ke rumah baru milik Mikhail.Pada mulanya,Dato' Tengku Zainal ingin menempah hotel bagi mereka berdua sekaligus mengadakan majlis resepsi,namun Mikhail menolak.Katanya,biarlah perkahwinan mereka dilakukan sekadar biasa-biasa sahaja.Padahal,dia lakukan semua itu agar tiada siapa pun yang tahu akan perkahwinan mereka kerana dia dapat rasakan orang yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka berada sangat hampir dengan mereka kini.
"Awak,kenapa ni?Ada masalah ke,tak nak kongsi dengan saya?"Soal Fiza yang perasan suaminya asyik termenung dari tadi.Entah apa yang menghantui fikiran suaminya itu,dia sendiri tidak tahu.
Mikhail yang tersentak dengan pertanyaan Fiza itu,terus mengukir senyuman manis ke arah isterinya yang cantik.
"Takpe apalah,sayang.Saya cuma fikir tentang syarikat saya,itu aje."Kata Mikhail lembut.
"Oh,pasal kerja rupanya.Saya ingat awak risau pasal apa tadi.Lega hati saya dengar."Kata Fiza gembira.
"Sayang,nak cakap sikit,boleh?"Kata Mikhail lalu merebahkan kepalanya pada bahu Fiza.Manja betul....
"Awak nak cakap apa?"Kata Fiza,membiarkan sahaja kepala Mikhail bersandar di bahunya.Dalam diam,dia menyukai sikap Mikhail itu.Comel...
"Boleh tak lepas ni kita tukar nama panggilan?Maksud saya,awak panggil saya abang,saya panggil awak sayang,boleh tak sayang?"Pinta Mikhail.
"Boleh...Abang."Ucap Fiza,malu-malu.Namun cukup untuk didengari oleh Mikhail.Apa lagi,tersenyum senanglah Mikhail dibuatnya.
"Terima kasih,sayang."Kata Mikhail lantas mengucup dahi Fiza penuh kasih.
