Bab 19

1.1K 38 0
                                        

  "Dahlah.Kita lupakan saja pasal apa yang dah berlaku.Sekarang ni,kita cuma perlu fokus pada diri kita saja.Oh,ya.Sekarang dah pukul 2 petanglah.Ada apa-apa lagi yang awak nak beli ke?"Soal Mikhail sambil melirik pada jam tangannya.

     "Errm,saya rasa takde kot.Kalau macam tu,apa kata kita balik sekarang nak tak?"Cadang Fiza kepada Mikhail.Bukannya apa,dia cuma bimbang kalau-kalau mereka dicari oleh ibubapa mereka.

      "Masih awal lagi,ni.Apa kata kita pergi jalan-jalan?Tak pun,kita pergi makan aiskrim,nak tak?"Balas Mikhail.Dia tidak risau kerana dia telahpun memaklumkan kepada daddynya bahawa hari ini,dia ingin keluar bersama Fizi.Alang-alang dah keluar,pergi lah lepak-lepak dulu,betul tak?

         "Makan aiskrim?Nak,nak!Kalau macam tu,awak tunggu kejap ek.Saya nak whatsapp Abang Qri bagitahu yang saya balik lewat sikit hari ni."Kata Fiza,sebelum mengeluarkan telefonnya dari dalam beg tangannya.Setelah selesai memaklumkan kepada abangnya mengenai kelewatannya pulang ke rumah dan mendapat keizinan untuk pergi berjalan-jalan bersama Mikhail pada hari tersebut,Fiza dan Mikhail pun membayar harga pesanan mereka dan keluar dari restoran tersebut.

          ___________________________

   Mikhail membawa Fiza pergi bersiar-siar di sekitar taman reakreasi yang terdapat di situ.Agak ramai juga pengunjung yang turut berada di taman tersebut.Mikhail dan Fiza mengambil keputusan untuk duduk di sebuah bangku kayu yang terletak di bawah pohon yang rendang bagi berteduh kerana cuaca pada hari itu agak panas.

      "Hm,tenang betul dekat sini kan?Rasa aman je.Saya suka pergi tempat-tempat yang macam ni."Luah Fiza kepada Mikhail yang duduk disampingnya.

        "Betul apa yang awak cakap tu.Bila kita duduk dekat taman ni,saya rasa gembira aje.Tambahan lagi,bila awak ada dekat sini dengan saya sekali."Kata Mikhail sebelum mengenyitkan matanya pada Fiza,nakal.

          "Ishh,awak ni,ada-ada jer!"Kata Fiza yang malu tatkala Mikhail mengucapkan kata-kata itu sebentar tadi.Rasa bahagia apabila Mikhail berkata begitu kepadanya.

          Tiba-tiba datang satu motorsikal penjual aiskrim di taman tersebut.Kebanyakkan pengunjung yang berada di taman itu menuju ke arah penjual aiskrim bagi membelinya.Mikhail yang terpandang penjual itu,terus bangun dan sempat berpesan kepada Fiza,

           "Saya nak pergi beli aiskrim dulu.Awak tunggu saya dekat sini,eh?Jangan pergi mana-mana.Saya pergi sekejap aje."

           Fiza sekadar menganggukkan kepalanya kepada Mikhail kerana matanya sedang ralit memerhatikan kanak-kanak yang sedang bermain dengan riang di taman tersebut.

            Tidak lama kemudian,Mikhail datang ke arahnya sambil membawa dua kon aiskrim.Satu berperisa vanila dan satu lagi berperisa coklat.

            "Nah,saya belanja awak aiskrim.Awak nak yang mana satu?"Tanya Mikhail selepas melabuhkan punggungnya di sebelah Fiza semula.

        "Hm,saya nak yang coklat.Sebab aiskrim coklat ni favorite dari saya budak kecil lagi."Kata Fiza lalu mengambil aiskrim coklat yang berada dalam tangan Mikhail.

        "Oh,awak suka askrim perisa coklat,eh?Saya pula suka aiskrim vanila.Bagus untuk tekak."Kata Mikhail sebelum membuka pembalut aiskrim miliknya.

          Mikhail dan Fiza pun menikmati aiskrim masing-masing sambil tertawa.Tiba-tiba,pipi Fiza sedikit comot apabila terpalit aiskrim coklatnya.Mikhail yang menyedari hal tersebut,terus menyeka pipi Fiza menggunakan tangan kirinya membuatkan Fiza sedikit tersentak.

        Tanpa mereka sedari,tingkah laku mereka berdua diperhatikan dengan perasaan terlalu cemburu oleh seseorang.

        
         

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang