Bab 29

1K 38 1
                                    

  Seperti yang diinginkan oleh Mikhail,mereka berdua melangsungkan pernikahan secara sederhana di masjid.Kesemua ahli keluarga Fiza menghadiri pernikahan tersebut.Namun,berbeza hal nya di pihak Mikhail.Hanya Dato'Tengku Zainal yang mewakili pihak pengantin lelaki kerana mummynya enggan hadir atas alasan,majlis pernikahan Mikhail terlalu murah dan bertaraf biasa-biasa.Qashri pula ada hal yang ingin diselesaikan bersama kawan-kawan di kolejnya.

        Fiza berdebar menanti upacara ijab kabul dijalankan.Mamanya,Puan Linda serta Mak Tam setia berada di samping Fiza sambil mereka menanti kehadiran tok kadi.

           Mikhail yang gugup ditegur oleh daddynya.

            "Mikha,ok tak ni?Nervous ke nak jadi suami Fiza sekejap lagi?"Usik Dato'Tengku Zainal sambil cuba mengurangkan rasa gugup Mikhail.

               "Nervous tu of course lah daddy.Cuma,Mikha takut Mikha tak dapat ucapkan lafaz akad nikah dengan baik."Kata Mikhail lalu tersenyum kelat memandang wajah daddynya.

              Baru sahaja Dato' Tengku Zainal ingin menambah kata-kata semangat buat anaknya,Tok kadi telahpun tiba.Tok kadi mengambil tempat duduknya berhadapan Mikhail sebelum mengeluarkan borang pernikahan dan meminta Mikhail serta Fiza untuk menurunkan tanda tangan mereka berdua sebelum majlis dimulakan.

        "Tengku Mikhail bin Dato'Tengku Zainal."Bicara Tok kadi.

          "Ya,saya."Balas Mikhail,yakin.

           "Aku nikahkan dikau dengan Syafiza binti Abdullah berwakil walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."

            "Aku terima nikahnya Syafiza binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."Ucap Mikhail dalam sekali lafaz sahaja.

             "Sah!"

             "Alhamdulillah...."Ucap mereka semua yang berada dalam majlis ringkas itu.Rata-rata mereka mengungkapkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.

                  Fiza mengalirkan air mata kesyukuran di atas pernikahannya yang ringkas bersama Mikhail.Maka,mulai saat itu sah lah Fiza menjadi isteri kepada Tengku Mikhail bin Dato'Tengku Zainal.Ehhh,jap...

                   Fiza tergamam seketika.Biar betul apa yang baru didengarinya tadi.Rasanya telinga masih elok lagi...

                     Mikhail mara ke arah Fiza sambil tersenyum sumbing.Mikhail menyarungkan cincin pernikahan bertatahkan berlian 24 carat pada jari manis Fiza.Fiza turut melakukan perkara yang sama kepada Mikhail dalam getar lalu mencium kedua tangan Mikhail.Tidak semena-mena,Mikhail mengucup dahinya lama.Fiqri tidak melepaskan peluang merakamkan saat-saat bahagia adiknya.

                  Mikhail menarik bibirnya dari dahi Fiza dan membisikkan sesuatu di telinga Fiza.

                    "I love you,sayang...truly love you..."bisiknya penuh romantis.

                     Fiza malu tatkala mendengar luahan perasaan penuh ikhlas yang terbit dari bibir Mikhail, suaminya.Sungguh,inilah kebahagiaan yang dicari-cari Fiza selama ini.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now