Mikhail pulang ke rumah dalam keadaan kusut.Pening kepala kerana terlalu banyak masalah menimpa dirinya hari ini.First,masalah pasal projrek company,Then pasal Si Helena si Minah Sewel yang tiber tuduh dia buat bukan-bukan kat office tadi.Lastly,of course lah pasal isterinya.Kalaulah dia ikut Fiza makan tengah hari bersama tadi,semua ini pasti tak akan berlaku!
~flashback~
Fiza menutup pintu bilik Mikhail dan pergi menyertai rakan sekerja barunya makan tengah hari.Mikhail mengeluh sejenak sambil merenung pintu dihadapannya.
"Sorry Sayang.Abang bukan tak nak lunch dengan sayang hari ni,but kerja banyak sangat yang nak kena siapkan."Keluh Mikhail.Tangannya ligat menyiapkan kerja-kerja dihadapannya dengan harapan dia dapat menyiapkannya secepat mungkin dan dia dapat menyertai Fiza untuk makan tengah hari bersama.
Tiba-tiba pintu biliknya terkuak perlahan,sangkanya Fiza kembali kerana ingin menemankannya di pejabat.Rupanya,malang datang tak berbau.Helena meradang tatkala dia mendapat tahu yang Mikhail sudah melangsungkan perkahwinan bersama Fiza daripada mulut Datin Fazrina sendiri.
"You buat apa lagi datang cari I.You pun dah tahu yang I dah kahwin pun dengan Fiza.Apa lagi yang You nak daripada I,Lena?I penat ni."Keluh Mikhail tanpa memandang wajah Helena yang sedang berdiri dengan perasaan membara dihadapannya tika ini.
"You tanya I apa yang I nak?Hei!!!Berapa kali I nak cakap dekat You yang I ni cintakan You,sayangkan You!Of course lah I nak bersama dengan You,sayang...."Rayunya.
"Kalau I tak boleh dapatkan You,tiada orang lain yang boleh dapatkan You juga lebih-lebih lagi Fiza perempuan murahan tu!!!"Bentak Helena tidak puas hati.
"Dah lah tu,Lena.You lupakanlah I,ramai lagi lelaki yang boleh bahagiakan You kat luar sana,malah diorang tu seribu kali ganda lebih baik dari I,kaya dari I.Kalau You cari betul-betul,mesti You akan jumpa.I nak ingatkan You,sekarang I dah bergelar sebagai suami orang tau.You tak boleh suka-suka hati nak jumpa I macam ni,datang office I mengejut apa segala.I ni dah sah jadi milik Fiza tau.I ni hak dia."Kata Mikhail lembut namun kedengaran sinis sekali pada pendengaran Helena.
"No!I tetap nakkan You seorang Mikha,and I'm sure that,You want me too,dear."Kata Helena.Tidak semena-mena,lengan dress yang dipakainya dikoyakkan.Skirt nya pula diselak hingga nampak hampir keseluruhan pahanya yang putih mulus itu.Dia mara ke arah Mikhail sambil jarinya berusaha sedaya upaya untuk menanggalkan butang kemeja yang dipakai Mikhail dan cuba merayunya.
"I tahu yang You tak boleh lawan godaan I,kan?I seribu kali ganda lebih baik dari isteri You!Please,be mine Mikhail....And I'm all yours."Rayunya dengan suara yang cukup menggoda sehingga mampu menggetarkan lutut Mikhail.Namun,secebis iman di dada menjadi pelindung diri Mikhail dan menahannya dari melakukan perbuatan terkutuk itu.
"You keluar dari office I sekarang!I tak nak wife I salah faham bila dia tengok You macam ni,You berambuslah!!!"Tengking Mikhail.Sudah tiada guna berlembut dengan orang yang tidak faham bahasa Melayu ni.So,kekerasanlah jawabnya.
Helena tersentak tatkala ditengking sedemikian rupa oleh Mikhail.Sebelum ini,Mikhail tidak pernah terlalu berkasar dengannya.Ya,memang benar Mikhail pernah menengkingnya dahulu,namun tidaklah seteruk ini.Tidak semena-sema Helena jatuh terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak.Tidak lama kemudian,Fiza membuka pintu dan salah faham terus berlaku.Mikhail cuba untuk menerangkan hal yang sebenar pada isterinya,namun Helena dengan pantas menuduh Mikhail ingin memperkosa dirinya.Mikhail dapat melihat wajah kecewa Fiza tatkala mendengar kenyataan palsu itu.Fiza berlari keluar dari syarikat mereka dan menaiki teksi tanpa sempat dihalang oleh Mikhail.
"Abang minta maaf sayang.Semua ni salah Abang."Keluh Mikhail seorang diri.Sedari tadi Mikhail setia menanti kepulangan Fiza namun,penantiannya hanya sia-sia kerana Fiza tetap belum pulang ke rumah mereka.Mikhail sudah mencari Fiza di rumah daddynya,namun dia hampa apabila Fiza tidak ada disitu.Dia juga sudah menelefon Abang Fiqri dan bertanyakan kalau-kalau Fiza ada pulang ke rumah ibubapanya namun Abang Fiqri mengatakan Fiza tidak ada di sana juga.Mikhail juga tidak mengenali rakan-rakan isterinya.Mungkin Fiza lari pulang ke England dan tinggal di sana?Ish...tak mungkin Fiza sanggup buat macam tu.Lagipun,passport Fiza masih ada di laci bilik mereka.
Mikhail mencapai sehelai baju milik Fiza dan menghidunya.Bau minyak wangi Fiza ternyata masih terlekat pada baju tidur itu.Mikhail menghidunya lama hingga dia tidak sedar air matanya menitis.
"Abang minta maaf sayang..."tutur Mikhail sayu dalam kegelapan malam yang hening itu.