Bab 10

1.4K 58 3
                                    

Mikhail memimpin tangan Fiza untuk masuk ke dalam rumahnya.Fiza hanya mengikut semua yang dilakukan oleh Mikhail kerana dia sendiri masih berasa bingung mengenai tujuan sebenar Mikhail membawanya ke sini untuk bertemu dengan kedua ibubapa Mikhail.Dan,apa yang lebih mengejutkan Fiza ialah kedua ibubapa Mikhail telahpun maklum akan kedatangannya ke kediaman mereka dan kini ibubapa Mikhail sedang menantikan dirinya.
 
     Setibanya di ruang tamu,kelihatan ibubapa Mikhail telah pun berada di situ dan nampaknya mereka seperti telah bersedia dengan kehadiran Fiza.Fiza semakin cuak dengan situasi mereka sekarang.Sebenarnya,apa tujuan Mikhail membawa Fiza bertemu dengan ibubapanya?Jangan kata yang....

      "Let me straight to the point.This is Fiza,my girlfriend."Kata Mikhail dengan bersahaja sambil menggenggam erat tangan Fiza.Muka Mikhail juga penuh dengan keyakinan tatkala mengungkapkan kata-katanya sebentar tadi.

         "OMG!!!Biar betul Mikha ni???Ya,aku tahu yang aku dah bersetuju nak jadi "girlfriend"dia...tapi,kenapa perlu jadi sampai macam ni???Siap jumpa parent dia lagi???Ahhhh,lantaklah...yang penting aku mesti tolong Mikha."Kata batin Fiza.

            "Jadi...inilah perempuan pilihan Mikhail???Hmmmm,boleh tahan.Daddy suka dengan dia."Balas Dato'Zainal sambil tersenyum memandang Fiza dan Mikhail.Dato'Zainal yakin bahawa pilihan anaknya yang seorang ni merupakan pilihan yang tepat.Lagipun,dia boleh nampak ciri-ciri menantu idaman dalam diri Fiza.Fiza seorang gadis yang lemah-lembut dan penuh dengan kesopanan apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.

     Lain pula halnya dengan Datin Fazrina.Dia tidak gemar dengan penampilan Fiza yang nampak low class berbanding dengan anak-anak gadis kenalannya yang lain.Mereka kelihatan lebih bergaya dan lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Fiza.Lebih-lebih lagi Helena yang berdarah kacukan Perancis dan gemar memperagakan pakaian yang mahal serta bermutu tinggi.

     "Mikhail,apa yang Mikhail nampak dalam dia ni?Dahlah tak bergaya,pakaian pun tak berjenama.Entah-entah anak orang biasa jer.Mummy tak setuju dengan pilihan Mikhail.Helena tu,anak Tan Sri Baharin tau,belajar kat England,cantik,pakai pakaian berjenama,model pula tu!Nak dibandingkan dengan dia ni,memang jauh panggang dari api!No,mummy tak suka dia!"Kata Datin Fazrina dengan penuh sinis.
    
      Mendengarkan kata-kata Datin Fazrina sebentar tadi menimbulkan rasa sedih di hati Fiza.Ya,dia tahu dia tak pandai bergaya,tapi tak semestinya dia anak orang biasa-biasa.Dia ada Phd dari Australia tau!Ibubapa dia pun berpangkat Tengku,dia ada darah diraja England sebab Daddy Fiza merupakan putera mahkota kepada Raja dan Permaisuri England tau!Cuma,semenjak mereka pindah ke Malaysia,mereka memilih untuk hidup secara bersederhana dan mrnyembunyikan status diraja mereka daripada khalayak ramai agar mereka boleh hidup dalam keadaan yang selesa tanpa gangguan sesiapa lebih-lebih lagi musuh kerabat mereka!
    
       "Mikha tak kisah dia ni anak orang biasa-biasa ke,dia tak belajar dekat luar negara ke.Yang penting,Mikha tetap cintakan dia sejak dari pertemuan pertama lagi.Dan,biarpun Helena tu lebih baik daripada Fiza,semua tu tak akan dapat ubah rasa cinta Mikha terhadap Fiza."Balas Mikha kepada ibunya dengan sepenuh hati.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now