Fiza hanya mampu tidur sahaja sepanjang penerbangan mereka ke England disebabkan mabuk teruk yang dialaminya.Maklumlah,orang dah lama tak naik kapal terbang.Macam tu lah jadinya.
Mikhail yang duduk bersebelahan Fiza hanya tersenyum melihat isterinya yang sedang tidur.Meskipun wajah Fiza berubah pucat kerana mabuk yang dialaminya,sedikit pun tidak menjejaskan kecantikan wajah isterinya.
"Kesian sayang Abang ni.Mesti tak biasa naik flight ni,kan?Tidurlah sayang.Nanti dah sampai Abang kejut sayang eh?"Bisik Mikhail pada telinga isterinya.Rambut Fiza yang menutupi wajahnya dikuak oleh Mikhail ke belakang.
Tidak lama kemudian,datang seorang pramugari sambil membawa dulang makanan yang telah ditempah oleh Mikhail.
"Encik,ni dia makanan tempahan encik.Nasi lemak sambal ikan bilis dengan air nescafe."Kata pramugari tersebut sambil meletakkan makanan Mikhail di hadapannya.
"Terima kasih."Ucap Mikhail sambil melemparkan senyuman ke arah pramugari tersebut.Makanan yang dipesannya hanya diletak ke tepi.
Sejurus selepas pramugari tersebut berlalu,Mikhail menarik kepala Fiza dan disandarkan pada bahunya.Baru selesa sikit nak tidur.Mikhail memerhati setiap inci wajah isterinya.Kulit yang putih gebu,serta rambut yang hitam berkilat amat sesuai sekali buat isterinya.Tidak lama kemudian lampu di dalam pesawat dimatikan dan semua penumpang bersiap sedia untuk melelapkan mata.
Mikhail tidak membiarkan kesempatan yang datang begitu sahaja.Mikhail mendekatkan wajahnya kepada wajah Fiza dan akhirnya satu kucupan lembut dihadiahkan pada dahi licin Fiza.Selepas itu,Mikhail pun menutup matanya dan mengikut jejak langkah Fiza menuju ke alam mimpi.
___________________Sorry sebab update kali ni sikit jer.Author tengah buntu sekarang ni,tapi demi readers author gagahkan juga diri untuk siapkan chapter ni.Oklah,Cau dulu!
