"Mikhail....what're you doing here?"Tegur Helena dengan gediknya.Helena rasa sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan jejaka tampan dan kaya seperti Mikhail.Tiba-tiba,dia terpandang seorang gadis yang memakai dress ungu berada di samping Mikhail.
"Hai,Helena.Saya nak beli baju baru tadi.Saja,nak try trend terkini.Baru nampak bergaya."Balas Mikhail berbasa-basi.Helena dari tadi asyik memerhatikan gadis yang bersama Mikhail ketika ini.Siapa perempuan ni?Saudara Mikhail ke?Tak pun,maid baru Mikhail?Hmmmm.....
"Oh,lupa pula nak kenalkan.Ini,Fiza "bakal isteri" saya."Ucap Mikhail dengan senyuman yang semakin melebar.Perkataan"bakal isteri" sengaja ditekan agar Helena dapat mendengar kenyataan tersebut dengan lebih jelas.Mikhail dapat melihat riak tidak puas hati di wajah Helena apabila Helena mendengar kenyataan yang menyakitkan itu.Puas hatinya dapat mengenakan perempuan gedik tak bertempat macam Helena tu.Kau ingat,kau kaya dan cantik aku minat kat kau lah?Boleh blah!
"But why?Why,Mikhail?What do you see in this girl?I seribu kali lebih cantik daripada dia.Dahlah nampak kolot,entah-entah orang kampung....Ishhh!Takde kelas langsung!Hei,perempuan tak sedar diri!Kau ni siapa hah?Kenapa kau nak rampas Mikhail daripada aku?Mikhail ni milik aku seorang jer.Entah-entah kau ni datang dari kampung,lepastu kau nak hidup senang,kau cari lelaki yang kau rasa dapat beri kau kemewahan,kau goda diorang sampai diorang masuk dalam perangkap kau kan?!!Dasar perempuan takde maruah!!!Pelac*r takde harga diri!!!"Kutuk Helena sepuas hatinya.Pangggg!
Satu tamparan yang cukup kuat dilemparkan oleh Mikhail pada pipi kiri Helena.Sungguh,membara api kemarahan dalam dadanya tatkala mendengar Fiza dihina sedemikian.Fiza perempuan yang baik dan Fiza tidak menggodanya.Langsung tidak!Mikhail sendiri yang telah jatuh hati kepadanya kerana peribadi mulia yang dimiliki.Fiza bukan pelacur!
Air mata mula bertakung pada kelopak mata Helena.Jelas ketara kesan tamparan Mikhail pada pipi kirinya.Helena menekup kesan tamparan itu menggunakan sebelah tangannya sebelum berkata dengan suara seperti ingin menangis."Berani you tampar I...hanya kerana you nak pertahankan perempuan ni???Tapi,kenapa Mikhail?I betul-betul cintakan you tapi dari dulu,you tak pernah nak balas cinta dan sayang I. Why,sayang,why????"
"Saya tak pernah ada apa-apa perasaan pun kat awak,Helena.Saya cuma anggap tak lebih dari seorang kenalan.Jadi,saya harap awak hormati keputusan saya.Sekali lagi awak hina perempuan yang saya cinta,awak tahulah apa nasib awak lepasni!"Balas Mikhail dengan serius.Mikhail terus menarik tangan Fiza dan terus berlalu dari pusat membeli-belah itu,meninggalkan Helena yang sedang membara dan penuh dengan kebencian serta dendam terhadap Fiza.Ya,sebab perempuan tak sedar diri tulah Mikhail sanggup menamparnya.Tak mengapa,kita tunggu dan lihat apa yang akan jadi kepadanya nanti!Helena terus keluar dan memandu keretanya dengan laju menuju ke kediamannya.Otaknya ligat menrencanakan sesuatu.Kau tunggu Fiza,aku akan musnahkan hidup kau!