Bab 20

1.2K 39 0
                                    

     Datin Fazrina sedang menikmati minum petang bersama Helena di anjung banglo miliknya.Beliau menyedari riak wajah Helena yang asyik muram dari tadi.Habis berkerut dahi licin dan putih gebu milik  Helena dibuatnya.Disebabkan terlalu ingin tahu,Datin Fazrina akhirnya memulakan perbualan bersama Helena.

      "Helena,kenapa dengan kamu ni?Dari tadi auntie tengok kamu asyik muram aje.What's wrong?Kamu muram ni sebab Mikha ke?"

       "Auntie!Mikha tu lah...sampai hati dia tampar Lena dekat shopping mall hari tu.Sakit tau tak!Buat malu Lena je."Adu Helena,gedik.

         "Hah,Mikha tampar Lena?Kenapa pula?"Soal Datin Fazrina,semakin ingin tahu cerita sebenar.

         "Mikha tampar Lena sebab dia sibuk pertahankan "perempuan murahan"tu.Lena bukan apa Auntie,sakit hati Lena bila tengok perempuan tu asyik menggedik saja kerjanya.Lepastu,boleh pula dia hina Lena.Dia kata yang Lena ni,pelacur auntie..."rengek Helena,memutarbelitkan cerita.

Bila masa pula Fiza menggedik dengan Mikhail?Hina dia?Padahal,Helena tu yang sibuk-sibuk nak menggedik tak tentu pasal dengan Mikhail.Dia yang hina Fiza,bukannya Fiza yang hina dia.Ishh,Ishh,Ishhh...

         
        "Ya?Melampau betul perempuan tu.Mikha tu pun satu,yang dia nak bela sangat perempuan tu dah kenapa?Honestly,Auntie pun tak suka dengan perempuan tu.Dah lah hodoh,miskin pula tu!Auntie tak faham lah dengan Mikha tu.Uncle pun dah suka sangat dengan perempuan tu.Katanya sesuai sangat kalau nak digandingkan dengan Mikha.Auntie tak faham betul lah dengan dua beranak tu!"Bebel Datin Fazrina panjang.Suhu pendingin hawa dinaikkan.Rasa panas pula bila bercakap tentang Fiza!Geram hati aku.

        Tersenyum senget Helena dibuatnya.Nampaknya,Datin Fazrina pun tidak menyukai Fiza.Malah,Datin Fazrina juga percaya akan setiap kata-katanya.Hm,rasanya makin cerah lah peluang aku nak bersuamikan Mikhail lepas ni.Dah lah poket tebal,kacak pula tu!Sukanya aku.

         Helena memandang jam tangan Swiss miliknya.Nampaknya dah pukul lima petang.

            "Auntie,dah lewat ni.Rasanya,Lena kena minta diri dulu ni.Nanti kalau Lena free,Lena datang sini lawat auntie lagi,okey?Bye,Auntie.Mmuah!"Kata Helena sebelum berlaga pipi dengan Datin Fazrina dan meminta diri.

            ___________________________

      Mikhail tiba di rumah tepat pada pukul lima setengah petang.Dia baru saja pulang selepas menghantar Fiza ke rumahnya.Rasa penat sangat,tapi Mikhail tak kisah.Sebab,penat dia hari ni sangat berbaloi.Lama betul dia keluar dengan Fiza hari ni.Rasa tak sabar pula nak bertunang dengan Fiza.Tak lama lagi,Fiza akan rasmi menjadi tunang Tengku Mikhail bin Dato'Tengku Zainal.

       Mikhail terus naik ke biliknya bagi merehatkan diri.Selesai mandi dan solat Isyak,Mikhail membaringkan dirinya di atas tilam yang empuk.Teringat pula dia tentang petang tadi apabila dia menyeka wajah Fiza yang comot terkena aiskrim.Dia sendiri pun tidak mengerti kenapa dia berkelakuan sedemikian.Tangannya menyeka wajah Fiza tanpa sedar.Sungguh,dia amat bersyukur kerana bertemu dengan Fiza.Ya,benar kerana Fiza merupakan cinta pertama dan terakhir buatnya.

        

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now