Mikhail menghantar Fiza pulang ke rumah setelah selesai membeli-belah.Fiza mengucapkan terima kasih dan melambaikan tangannya ketika Mikhail berlalu pergi.Fiza teringat mengenai saranan daddy Mikhail supaya mereka berdua disatukan.Tanpa sedar,Fiza tersenyum sendiri sambil membayangkan dirinya duduk di atas pelamin yang cukup indah dan mewah.Fiza yang sedang berkhayal tidak menyedari abangnya,Fiqri telahpun berada di belakangnya.Dengan berhati-hati,Fiqri menyergah adiknya dengan suara yang kuat.
"Hah!!!"
Fiza terkejut lalu terlompat.Fiza berpaling ke belakang dengan muka tidak puas hati lagi-lagi apabila Fiza melihat Fiqri sudah terkekek-kekek ketawa sambil menekan perutnya.
"Eeeiiii....Abang Qri ni kan,suka tau buat orang terkejut macam ni!Kalau adik pengsan tadi,macam mana?Abang sanggup angkat adik bawa masuk bilik?Ishhh...tak nak kawan dengan Abang!"Kata Fiza lalu menarik muka masam.
"Alah...adik Abang yang seorang ni.Janganlah,marah...Abang gurau aje lah.Bukan apa,dari tadi Abang tengok adik termenung sambil tersengih-sengih.Jadi,Abang saja je lah nak kejutkan adik.Dah,dah....jom kita masuk dalam....dah lewat dah ni."Kata Fiqri sambil merangkul bahu Fiza dan mengajak Fiza masuk ke dalam kerana hari telahpun senja.
