Pada pagi itu,Mikhail dan Fiza membawa semua pakaian dan barangan keperluan mereka untuk dibawa ke rumah baru.Qashri dan daddy turut membantu mereka mengemas apa yang patut dibawa dan semuanya diletakkan ke dalam kereta Lamborghini milik Mikhail.Mummynya langsung tidak menghiraukan mereka semua pada pagi itu kerana merajuk dengan Mikhail yang berkeras ingin berpindah keluar dari rumah tersebut.
"Hah,dah bawa semua barang yang kamu perlukan?"Soal Dato' Tengku Zainal ingin memastikan mereka berdua tidak tertinggal satu barang penting pun di situ.
"Dah,daddy.Mikha dah double check tadi.Inshaallah,takde barang yang kami tertinggal dekat sini lagi."Kata Mikhail lalu menutup pintu bonet kereta.
"Hah,kalau macam tu eloklah kamu berdua gerak sekarang.Bukan apa,takut kamu lambat sampai rumah nanti kelam-kabut pula nak kemas semua barang ni."Kata Dato' Tengku Zainal lagi.
"Baiklah,daddy.Kalau macam tu kami gerak dulu ya.Nanti senang-senang,daddy dengan Qashri datanglah singgah rumah kami ya.Kalau boleh,ajaklah mummy sekali ya.Assalammualaikum."Kata Mikhail lalu menyalam tangan daddy nya dan menepuk perlahan bahu Qashri.Fiza turut bersalaman dengan daddy dan menghadiahkan sebuah senyuman manis pada Qashri.
"Waalaikumussalam.Hati-hati bawa kereta tu."Kata Dato' Tengku Zainal dan Qashri serentak.
Mikhail mengangguk dan mula menggerakkan kereta.Tidak lama selepas itu,kereta Mikhail meninggalkan kawasan rumah daddynya dan dalam perjalanan menuju rumah baru mereka.
____________________________
Mikhail dan Fiza singgah sebentar di pasar raya dan membeli barang runcit bagi menyediakan makan malam mereka hari ini.Bagi memudahkan kerja,mereka berdua telah menetapkan bahawa salah seorang perlu membeli bahan kering dan seorang lagi perlu membeli bahan basah.
Mikhail menuju ke bahagian bahan kering dan memasukkan beberapa barang yang diperlukan ke dalam trolinya.Mikhail sempat juga mengambil beberapa paket snek dan dua tin minuman ringan sebagai kudapan mereka di rumah.Setelah memastikan semua barangan kering yang diambilnya mencukupi,Mikhail terus menuju ke arah Fiza di bahagian bahan basah pula.
Fiza sudah selesai membeli beberapa bahagian ayam dan daging.Kini,Fiza beralih pula pada ikan dan makanan laut.Fiza membeli beberapa jenis ikan,beberapa ekor udang,sotong serta ketam.Ikan yang paling wajib dibeli haruslah ikan siakap.Maklumlah,mereka suami isteri kan mempunyai makanan kegemaran yang sama iaitu ikan siakap masak tiga rasa.So sweet gitu.
"Sayang,dah siap dah beli bahan basah ke?Kalau dah,jom kita bayar dan balik rumah sekarang.Abang rasa penatlah pula.Nak balik rumah cepat dan nak rehat."Kata Mikhail ingin balik segera.
"Dah siap dah Abang.Jomlah kita balik rumah sekarang.Saya tahu Abang penat memandu jauh-jauh dari rumah daddy ke rumah baru kita."Kata Fiza.Mereka pun menolak troli barang ke kaunter dan membayar semua barang yang telah dibeli dan terus pulang ke rumah.
_______________________________
Malam itu mereka menikmati makan malam yang enak berdua.Mikhail suka sekali dengan masakan Fiza.Tambahan lagi,malam ini Fiza menyediakan menu kegemarannya,ikan siakap masak tiga rasa.Apa lagi,sampai tiga kali tambah nasi dan lauk Mikhail dibuatnya.Fiza pula tersenyum gembira melihat respon positif Mikhail pada masakannya.Syukur alhamdulillah...
Selesai menikmati makan malam dan mengemaskan dapur dan pinggan kotor,Mikhail dan Fiza pun menonton cerita aksi di televisyen bersama-sama.Setelah cerita tamat, mereka berdua pun masuk tidur kerana kepenatan.
