Bab 62

957 30 0
                                    

      Mikhail dan Fiza tiba di syarikat milik Mikhail,Mike And Co.Fiza terpana sebentar melihat bangunan lima belas tingkat yang ada dihadapannya ketika ini.Meskipun dia sudah mendirikan rumah tangga bersama Mikhail lebih kurang tiga minggu,namun ini adalah kali pertama Fiza menjejakkan kaki di syarikat Mike And Co.

       Mikhail mengajak Fiza untuk masuk ke dalam pejabatnya.Fiza berasa sedikit gugup namun,Mikhail yang perasan isterinya kelihatan seperti gementar laju saja menggenggam tangan kanan Fiza erat.
   
        "Sayang jangan takut,okey?Abang ada."Kata Mikhail lalu menghadiahkan sebuah senyuman semanis madu kepada Fiza.Amboi!Habis bersemutlah mereka berdua nanti.Hehehehe....

            Akhirnya dengan berbekalkan doa di dada dan sokongan daripada suami tercinta,Fiza pun melangkah masuk dalam syarikat.Seorang pengawal yang berkawal dihadapan pintu masuk menyapa mereka berdua.

           "Selamat pagi Tengku,cik."

            "Selamat pagi Kevin,kamu sihat?Dah lama tak jumpa."Tegur Mikhail mesra.
 
              "Macam ni lah Tengku.Sihat jer.Tengku sihat ke?Saya tengok Tengku ni happy semacam jer.Ada apa-apa ke?"Gurau Kevin.

               "Haha...biasalah Kevin.Orang tengah bahagia sekarang.Oh,lupa pula nak kenalkan.Ini Syafiza P.A baru saya merangkap isteri saya."Kata Mikhail memperkenalkan Fiza kepada Kevin sambil memaut mesra bahu isterinya.

               "Lah...Tengku dah kahwin rupanya.Yang ni,siapa tadi?Puan Syafiza?Ya,ya...manisnya isteri Tengku ni.Cantik pun memang cantik ala-ala kacukan gitu.Pandai Tengku cari isteri."Kata Kevin sebelum tersenyum memandang Fiza dan Mikhail.

              "Ya,Kevin.Dah lama jugalah kami berdua kahwin.Adalah dalam tiga minggu,sebulan macam tu."Kata Mikhail lalu tersenyum bahagia.

               "Oh...pengantin baru ya.Hahaha....okeylah Tengku.Saya sambung kerja dulu ya.Oh,ya.Sebelum terlupa selamat pengantin baru,Tengku dan Puan Syafiza.Saya sambung kerja dulu ya."Kata Kevin sebelum meninggalkan Mikhail dan Fiza yang masuk ke dalam nak menaiki lif ke tingkat atas.

           Semasa Fiza dan Mikhail berjalan melintasi staf mereka,Mikhail perasan pandangan staf lelaki lebih tertumpu pada isterinya.Sabar,Mikhail...kejap lagi meloponglah diorang,kata hati Mikhail.

               "Selamat pagi Tengku."Sapa beberapa orang staf yang berada tempat masing-masing.

                "Selamat pagi semua.Errm,boleh kamu semua ke sini sekejap.Ada hal penting yang perlu saya umumkan."Kata Mikhail dengan suara yang lantang.
 
                 Semua staf terus keluar dan berdiri dihadapan Mikhail.Terdapat beberapa orang daripada mereka yang ralit memerhatikan perempuan cantik yang berdiri di samping bos mereka itu.

                  "Baiklah semua.Hari ini kita ada seorang staf baru,Syafiza.Syafiza akan menjadi P.A saya mulai hari ini.Jadi,saya minta tolong agar kamu semua boleh bekerjasama dan memberi tunjuk ajar pada Syafiza mengenai selok-belok pengurusan company."Kata Mikhail.

                    "Oh,ya...dan untuk makluman semua,saya dan Syafiza dah melangsungkan perkahwinan kami tiga minggu yang lalu.Maaf sebab saya tak dapat nak jemput kamu semua ke majlis perkahwinan kami kerana kami agak sibuk.Jadi,kepada staf lelaki yang ada niat nak mengorat Syafiza ni.Sila lupakan niat anda sebab Syafiza ni hanya milik saya seorang."Kata Mikhail sambil merangkul bahu isterinya mesra dihadapan semua staf mereka.

                 "Oh,jadi Syafiza ni isteri Tengku rupanya.Selamat pengantin baru,Tengku dan Puan Syafiza.Semoga perkahwinan Tengku dan Puan Syafiza kekal bahagia ke akhir hayat."Ucap kesemua staf mereka gembira.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now