"Baiklah,kalau Mikhail nak sangat dengan perempuan murahan tak sedar diri ni,mummy izinkan Mikhail kahwin dengan dia."Kata Datin Fazrina sinis.
Mikhail yang mendengarkan kata-kata mummynya hanya mampu menahan rasa geram di dalam hati.Dia sudah tidak tahan hendak berlawan cakap dengan mummynya.
"Tapi,Mikhail kena ingat.Kalau Mikhail pilih perempuan tak guna ni,Mikhail jangan ingat,Mikhail akan dapat satu sen pun harta keluarga ni!"
Dato'Tengku Zainal terkejut mendengar kata-kata isterinya sebentar tadi.Takkanlah isterinya sampai hati memperlakukan putera sulung mereka sampai macam ni sekali hanya kerana Mikhail tidak ingin mengahwini anak gadis Tan Sri Baharin,Helena.
"Awak!Kenapa awak buat macam ni?Mikhail ni anak kita tau tak?Anak kita!Takkanlah sebab dia mencintai gadis biasa,awak perlu hukum dia sampai macam ni?Mana sifat belas kasihan awak sebagai seorang ibu?Awak boleh tak turunkan sikit ego awak tu?Lagipun ada apa pada pangkat,harta,kekayaan tu semua kalau etika sopan pun tak ada?Lagipun,saya yakin dengan pilihan Mikhail.Dia tentu tahu apa yang terbaik untuk masa,depannya."
Jujur,Fiza rasa bersalah yang teramat sangat pada ketika ini.Hanya kerana dirinya,Mikhail bakal hilang segala-galanya yang dia miliki.Aduh!Apa patut dia buat sekarang ni?Ya Allah bantulah hamba-Mu ini.....
Datin Fazrina yang sakit hati terus berlalu dari ruang tamu ke biliknya bagi menenangkan dirinya yang sedang terluka.Pemergiaanya diiringi oleh ekor mata Dato'Tengku Zainal,Mikhail dan juga Fiza.Setelah keadaan kembali aman,Dato' Tengku Zainal memohon maaf daripada Fiza di atas kelakuan isterinya yang kurang sopan sebentar tadi.
"Maafkan uncle,ya Fiza.Auntie tu memang selalu macam tu.Dia tu selalu nak orang ikut kehendaknya tanpa memikirkan perasaan orang lain."
"Takpe,uncle.Fiza tak ambil hati pun.Fiza faham,auntie mesti terkejut dengan semua ni.Fiza cuma nak uncle dan auntie tahu,yang Fiza ikhlas cintakan Mikhail.Fiza tak ada niat pun nak gunakan Mikhail sebab kekayaan yang dia miliki.Fiza betul-betul sayangkan Mikhail seadanya."
"Kalau Fiza cakap macam tu.Alhamdulilah...lega hati uncle dibuatnya.Macam ni lah,kalau Fiza setuju,uncle ingat nak jumpa orang tua Fiza nak bincang pasal korang berdua.Benda baik elok dipercepatkan...tak perlulah tunggu lama-lama."Kata Dato'Tengku Zainal sambil tersenyum senang.Jujur,dia memang berkenan jika Fiza menjadi menantunya.Rugi sekiranya dia melepaskan seorang gadis sebaik Fiza.Dia amat yakin bahawa Fiza memang seorang perempuan yang tepat untuk mendampingi anak sulungnya seumur hidup.
Mikhail yang mendengarkan kata-kata daddynya sebentar tadi,tidak mampu untuk menyembunyikan senyumannya yang semakin melebar.Nampaknya,sebentar sahaja lagi,dia bakal memiliki Fiza.
Fiza dengan senang hati memberikan alamat rumahnya serta nombor telefon papanya kepada Dato'Tengku Zainal.Fiza juga sempat memaklumkan kepada Dato' Tengku Zainal mengenai ketidakadaan papa dan mamanya di Malaysia sekarang ini kerana mereka mempunyai urusan di Sydney,Australia.
Selepas selesai berbincang secara ringkas dengan daddy Mikhail mengenai hubungan mereka berdua.Mikhail meminta diri daripada daddynya terlebih dahulu kerana Mikhail ingin mengajak Fiza ke pusat membeli-belah kerana Mikhail ingin membeli beberapa barang sebelum menghantar Fiza pulang ke rumahnya.
_____________________
Setelah sampai di pusat membeli-belah,Mikhail terus memasuki kedai pakaian berjenama,Brand Outlet sambil ditemani oleh Fiza.
"Fiza,saya rasa macam nak beli beberapa helai kemeja baru.Awak tolong saya pilih,eh?"Pinta Mikhail sambil membuat mimik wajah meminta simpati kepada Fiza.
Fiza tergelak kecil tatkala melihat mimik wajah Mikhail yang meminta simpati daripadanya.Persis kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun cuba untuk meminta dibelikan Beyblade kegemaran daripada ibunya.
"Okey,saya tolong awak.Jangan risau ya.Dah,jom kita cari kemeja yang sesuai untuk awak."Kata Fiza lalu menarik tangan Mikhail untuk mencari kemeja yang dikehendaki.
Fiza sibuk membelek-belek beberapa helai kemeja yang tergantung kemas di hadapannya sebelum memadankannya pada tubuh Mikhail.Disebabkan mata Fiza terlalu ralit pada kemeja-kemeja tersebut,dia langsung tidak menyedari bahawa Mikhail sedang sibuk mmemerhatikan dirinya sejak tadi lagi.Apabila Fiza mengangkat wajahnya,matanya telah bertembung dengan mata coklat gelap milik Mikhail.Mereka berdua terpana sebentar sebelum Fiza mengalihkan pandangannya kepada kemeja-kemeja yang berada di hadapannya kembali.Setelah selesai memilih beberapa kemeja buat Mikhail,abang serta papanya mereka pun menuju ke kaunter bagi membuat pembayaran.
"Awak,terima kasih tau sebab sudi belikan kemeja untuk abang dan papa saya.Susahkan awak jer."Tutur Fiza,malu.
"Eh,apa pula?Hal kecik jerlah Fiza.Lagipun bukannya untuk orang lain,bakal papa mertua dan bakal abang ipar saya jugak kan?"Usik Mikhail,nakal.
"Eeeiii,berangannya dia!Gatal!"Kata Fiza lalu mencubit manja lengan kiri Mikhail.Mikhail hanya mampu tergelak melihatkan perbuatan Fiza.Senang hatinya dapat bergurau dengan Fiza sebegini.Keserasian semakin dirasai oleh mereka berdua.Mikhail dan Fiza pun keluar dari kedai tersebut kerana mereka ingin pulang."Mikhail...."
Satu suara perempuan yang menegur Mikhail membuatkan langkah mereka berdua terhenti.Fiza dan Mikhail terus memalingkan badan mereka ke belakang bagi melihat siapakah gerangan perempuan yang menegur Mikhail sebentar tadi..........
*Hah!Saspens tak?Hmmm,readers rasa siapa perempuan tu eh?Apa hubungan dia dengan Mikhail?Nantikan di chapter yang seterusnya!*