Semenjak berpisah dengan Mikhail,Fiza jadi semakin pendiam.Dia lebih banyak menyendiri tatkala menetap di Mersing ini.Syukurlah keluarga Hanis memahami situasi Fiza dan mereka menerima Fiza seperti ahli keluarga mereka sendiri.
"Kak Sya!Kak Sya!"Jerit adik lelaki bongsu Hanis,Hanif.Hanif baru berusia lapan tahun,disebabkan perbezaan umur yang agak jauh itulah Hanif seringkali dimanjakan oleh keluarganya.Malah,Fiza juga selalu melayan karenah lelaki kecil ini.Oleh kerana Fiza anak bongsu dalam keluarganya,Fiza amat menyayangi Hanif seperti adik kandungnya sendiri.
Hanif tiba di hadapan Fiza sambil memegang plastik di tangannya.Dengan senyuman ikhlas yang menghiasi wajah keanak-anakan Hanif itu,sudah cukup untuk merawat luka dihati Fiza meskipun tidak semuanya.
"Kak Sya,nah aiskrim Cornetto.Akak nak perisa vanila kan?"Kata Hanif sambil menghulurkan plastik di tangannya.
"Ya,akak nak vanila.Terima kasih Hanif.Susah-susah jer belikan aiskrim ni untuk akak.Akak baru nak pergi beli,tapi Hanif dah tawarkan diri nak pergi beli tadi.Maaf ya,Hanif."Tutur Fiza sambil mengusap lembut rambut Hanif yang kemas itu.
"Alah,Hanif tak kisah lah akak.Lagipun,Hanif dah anggap kakak ni macam kakak kandung Hanif sendiri.Okeylah akak,Hanif nak pergi main dulu eh?Nanti kita cerita lagi tau.Bye."Kata Hanif meminta diri.Sempat juga dia melambaikan tangan ke arah Fiza sebelum berlari riang ke arah rakan-rakannya yang sudah berkumpul di hujung sana untuk bermain bersama.
Fiza hanya menjadi pemerhati setia kepada sekumpulan kanak-kanak berusia sekitar tujuh hingga sebelas tahun yang sedang riang bermain sesama mereka tidak jauh dari tempat duduknya.Sesekali,Fiza tersenyum gembira melihat reaksi mereka yang mencuit hati itu.
Hanis yang sedari tadi mencari Fiza di merata tempat,akhirnya berjalan tenang ke arah sahabatnya itu.Hanis melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Fiza dan turut sama memerhatikan gelagat kanak-kanak yang riang bermain sesama mereka tidak jauh dari tempat Fiza dan Hanis duduk.
"Fiza,awak kenapa ni?Awak rasa rindu nak balik rumah ke?Kalau awak dah rindu,awak balik je lah.Tak perlu seksa perasaan awak tu lagi."Nasihat Hanis sambil merangkul bahu Fiza lembut.
"Saya memang rindu nak balik rumah Hanis,tapi saya belum bersedia lagi nak berhadapan dengan Mikhail lepas apa yang dah jadi ni.Saya takut saya akan semakin membenci Mikhail.Saya tak nak semua tu jadi..."Kata Fiza sayu.Kelihatan cecair jernih mula terbit pada kelopak matanya.
"Saya yakin apa yang jadi ni hanya salah faham.Saya tak percaya yang suami awak sanggup nak buat perkara terkutuk macam tu pada awak.Sabarlah Fiza...satu hari nanti,kita semua akan tahu juga siapa dalang di sebalik perbuatan tak bermoral ni."Pujuk Hanis lagi.
"Hanis...saya nak bagitau awak sesuatu."Kata Fiza serius.
"Apa benda tu,Fiza?Macam serius aje bunyinya."Kata Hanis sambil mengerut keningnya.
"Saya dah mengandung dua minggu,Hanis."Kata Fiza sambil tunduk memandang perutnya yang masih kecil,kemudian mula diusapnya dengan penuh kasih sayang.
"Awak mengandung,Fiza?Alhamdulillah...saya tumpang gembira mendengarnya.Kalau Mikhail dengar berita ni,saya pasti dia amat gembira sekarang."Kata Hanis sambil mengesat air mata gembira yang menitis pada pipinya.Tidak sangka,meskipun sahabat baiknya ini diuji dengan ujian yang berat,Allah SWT menghadirkan anugerah terindah buatnya.
"Awak tak nak bagitahu suami awak tentang kandungan awak ni?"Soal Hanis lagi.
"Saya pun tak pasti sama ada saya patut beritahu hal ni pada Mikha ataupun tidak.Saya belum bersedia untuk bersemuka dengan Mikha lagi."Balas Fiza lemah.
"Keluarga awak dah tahu ataupun tak pasal ni?"Soal Hanis lagi.
"Saya baru bagitahu Abang Qri pasal ni tadi,tapi saya suruh Abang Qri rahsiakan dulu hal ni daripada keluarga kami.Abang Qri pun suruh saya berehat dulu kat sini,nanti bila saya dah okey,baru saya balik rumah.Abang pun dah janji tak akan ceritakan perkara pada sesiapa pun terutamanya pada Mikhail."Kata Fiza.
"Awak buat lah apa yang awak rasa terbaik untuk diri awak Fiza.Saya takkan halang niat awak selagi niat awak tu betul.Yang penting sekarang ni,anak awak dalam kandungan tu.Awak kena jaga anak tu dengan baik dan pastikan anak awak selamat sehinggalah dia lahir nanti."Kata Hanis sambil mengusap lembut perut sahabatnya yang semakin membesar itu.
"Ya Allah,kau kuatkanlah hati sahabatku dalam menempuh segala dugaan yang mendatang dalam rumah tangga yang dibina.Semoga suatu hari nanti,sahabatku dapat menerima kembali suaminya dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka berdua."Doa Hanis dalam hati.
"Saya tak sabar nak tengok baby tu.Mesti baby tu cantik macam mama dia ni kan?Saya janji,saya akan jaga awak sebaiknya.Kalau awak ada rasa mengidam nak makan apa-apa,awak bagitahu jer kat saya.InshaAllah,saya akan cuba dapatkannya untuk awak."Kata Hanis menawarkan bantuan kepada Fiza seikhlas hatinya.
"Tak susahkan awak ke,Hanis?"Soal Fiza yang agak terharu dengan kesungguhan sahabatnya ini.
"Alah,awak kan sahabat saya,Fiza...tak susah apa-apa pun."Balas Hanis sambil mencuit lembut pipi Fiza.
