Fiza dan Mikhail tiba di rumah keluarga Fiza tepat seperti dijanjikan.Malam itu,mereka sekeluarga menikmati makan malam dengan penuh berselera.
"Hah,Mikhail...jangan malu-malu ya,nak.Makanlah kenyang-kenyang.Lagipun Mak Tam masak banyak malam ni.Sekali sekala,apa salahnya?Kamu pun bukannya selalu dapat balik rumah papa ni."Pelawa Encik Abdullah sambil menghulurkan lauk ikan siakap tiga rasa kepada menantunya.
Mikhail menyambut mesra huluran bapa mertuanya dengan senang hati.Kebetulan pula,lauk ikan siakap tiga rasa ni memang makanan kegemaran Mikhail sejak kanak-kanak.
"Baik,pa.Mikhail pun memang minat lauk ikan siakap tiga rasa ni dari dulu.Salah satu daripada makanan favourite Mikha ni,pa."Jelas Mikhail penuh semangat sambil menceduk sedikit lauk ikan siakap tiga rasa dan kuahnya ke dalam pinggan.
"Lah,Yakah?Mikhail pun suka juga makan lauk ikan siakap tiga rasa ni rupanya.Samalah macam Fiza tu.Papa rasa korang berdua ni,memang jodoh yang dah ditakdirkan.Sampaikan makanan favourite pun,sama.Bertuahlah kamu,sebab dapat isteri macam Fiza ni."Beritahu Encik Abdullah penuh semangat.
"Sayang pun suka ikan siakap masak tiga rasa ni?Abang tak pernah tahu pun sebelum ni."Kata Mikhail sambil memandang ke arah Fiza.
"Memanglah Abang tak pernah tahu,dah tak pernah tanya.Apalah,tu pun nak kena bagitahu ke."Kata Fiza sambil ketawa kecil.
Keluarga Encik Abdullah pun menikmati makan malam dengan penuh gurau senda pada malam itu ditambah lagi dengan kehadiran anak dan menantu kesayangannya.
________________________
Selesai menikmati makan malam,mereka sekeluarga duduk berkumpul di ruang tamu sambil berbual-bual sesama mereka.
"Mikha,kalau Mikha nak tahu adik abang ni memang manja sikit orangnya lepastu Fiza ni kuat merajuk tau.Hah,kalau Fiza dah start merajuk tu,jenuhlah nak pujuk dia ni.Maklumlah,anak manja lah katakan."Ejek Fiqri lalu dihadiahkan satu jelingan tajam daripada Fiza yang sedang duduk bersebelahan dengan Mikhail.
"Alah,Abang Qri ni...adik tak manja okey.Saja jer tu nak buat cerita depan Mikhail.Yalah,orang tu kan dah ada geng sekarang nak menyakat adik.Apa lagi,suka lah tu,ya bang?"Rajuk Fiza lantas menarik muka masam kepada Abangnya.
Reaksi Fiza itu membuatkan mereka semua geli hati.Merajuk lah tu.Ayok,tak tahu...ni Fiqri punya pasal lah ni.Hah,kau pujuklah adik kau tu sendiri sampai hati dia sejuk.Hehehe...
Disebabkan Mikhail merupakan orang pertama yang pulih dari sindrom ketawa sebentar tadi,maka Mikhail pun memulakan bicara.
"Papa,mama,Abang Qri...sebenarnya Mikha dengan Fiza ada benda nak bagitahu ni."
"Hah,apa bendanya tu Mikhail.Macam serius saja bunyinya."Kata Encik Abdullah yang tertarik pada kata-kata Mikhail.
"Jangan cakap yang Abang bakal dapat anak saudara.Adik dah mengandung ke?Cepat betul tu.Baru tiga hari kot,korang kahwin takkanlah adik dah mengandung?"Tanya Fiqri dengan penuh teruja.
Fiza yang mendengar kata-kata Abangnya itu terus menyangkalnya.
"Hish,Abang Qri ni.Ke situ pula dia...Adik belum mengandung lagilah.Awal lagi kot."Kata Fiza.
"Yalah,Abang teka jer.Mana lah tahu kan,kot-kot rezeki sampai awal ke."Kata Fiqri.
"Hah,bagitahu lah kami Mikhail apa hal yang sebenarnya nak diberitahu."Kata Puan Linda,tidak sabar mahu tahu perkara sebenar.
"Macam ni,sebenarnya Mikha dan Fiza dah rancang nak pergi honeymoon lusa ni.Daddy hadiahkan pakej honeymoon sempena pernikahan kami."Kata Mikhail lagi.
"Oh,korang nak pergi honeymoon ke?Papa ingat apa lah tadi."Kata Encik Abdullah sambil mengangguk-angguk faham.
"Korang nak pergi honeymoon dekat mana?"Tanya Puan Linda pula.
"Daddy dah book flight kami ke England mama.Rasanya sekitar London kot."Beritahu Mikhail.
Riak wajah seluruh ahli keluarga terus berubah mendengar jawapan Mikhail.Mereka ingin bercuti di England?
"Err,Mikha boleh kami nak cakap dengan Fiza sekejap.Mikhail dengan Fiza bolehlah tidur sini malam ni.Biar mama tunjukkan bilik korang ya?"Pelawa Encik Abdullah lantas Puan Linda terus bangun dan mengajak Mikhail ke bilik tidur Fiza.
"Jom,Mikhail.Mama tunjukkan bilik kamu."
"Takpe ke kalau kami tidur sini pa?Takut susahkan papa dengan mama pula."Kata Mikhail.
"Susah apanya?Kamu tu anak menantu papa.Setakat hal kecik macam ni,takde hal lah."Balas Encik Abdullah.
"Kalau macam tu,Mikha masuk bilik dulu ya,papa,Abang."Kata Mikhail meminta diri.
Setelah mereka betul-betul pasti Mikhail sudah selamat masuk dalam bilik,Encik Abdullah memulakan bicaranya.
"You know why I'm doing all this right,sweetie?"Soal Encik Abdullah kepada anak gadisnya dalam bahasa inggeris.
"Yes,Your Highness."Jawab Fiza.
"Good.Now,when you and your husband arrives at England,make sure you don't bump into the Royal Family.Or,incase you are accidentaly meet them,you must told Mikhail the truth about our family.One more thing,send my regards to the Royal Family and tell them that I'm fine here in Malaysia."Pinta Encik Abdullah lagi.
"I'm gratefully accepting It,Your Highness."Kata Fiza lalu tunduk hormat kepada papanya.
"Okey,sekarang ni kamu pergi masuk bilik temankan suami kamu tu.Esok kamu dah nak balik rumah dah.Lusa pula dah nak flight ke England."Kata Encik Abdullah lagi.
"Baiklah papa.Fiza masuk bilik dulu."Pamit Fiza kemudian terus berlalu ke biliknya.
______________________
Apa?!!Fiza tu berketurunan Diraja England?!!
Nampaknya satu demi satu rahsia bakal terbongkar.Rahsia Fiza akan terbongkar tidak lama lagi.Macam mana pula dengan rahsia Mikhail bahawa dia merupakan seorang jutawan?
