Mikhail dalam perjalanan menuju ke The Old City of London menaiki teksi.Dari tadi,hatinya tidak putus-putus berdoa agar Fiza baik-baik saja.Beg bimbit berisi sejumlah wang dipeluk erat pada tubuhnya.Dia tidak kisah kalau kehilangan sejumlah wang yang banyak kerana semua itu tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan nyawa Fiza yang teracam itu.
Sejurus membayar sejumlah wang tambang pada pemandu teksi,Mikhail mengeluarkan handphone dari poket seluarnya dan mendail nombor penculik tersebut.Ianya berdering,lalu tidak lama kemudian lelaki tersebut mengangkat panggilan telefon.
"Helo,aku dah sampai.Aku ada bawa duit yang kau nak tu.Semua sekali berjumlah RM1 000,000 macam yang kau mahukan.Sekarang kau bagitau aku kita nak jumpa dekat mana."Kata Mikhail serius.
"Hahahahaha...bagus Tengku.Kita jumpa dekat bangunan terbiar yang ada kat hujung tempat ni.Ingat,jangan berani nak kenakan aku.Kalau tak,nyawa isteri kau jadi taruhannya."Balas lelaki itu lalu mematikan talian.
Mikhail berlari selaju yang mungkin hingga sampai dihadapan bangunan tersebut.Pintunya yang reput berbunyi dengan kuat tatkala dikuak oleh tangan sasa Mikhail.Tidak lama kemudian,Mikhail terdengar derap langkah seseorang menghampiri dirinya.
"well,well,well...akhirnya kau sampai juga.Bagus sebab kau tepati janji.Mana duit aku?"Kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya meminta wang tebusan yang dijanjikan.
"Tak semudah tu.Kau bawa aku jumpa isteri aku dulu,baru aku serahkan duit ni pada kau."Kata Mikhail memainkan psikologi.
"Okey,kalau itu yang kau nak.Mari kita pergi tengok bini kau yang cantik tu.Hahahah..."Gelak lelaki itu dengan kuat.Mereka pun berjalan sehingga sampai di bilik tempat Fiza ditahan.Mikhail yang melihat wajah isterinya luka terus berlari mendapatkannya dengan bimbang.
"Sayang!Bangun,sayang!Abang dah sampai untuk selamatkan sayang."Kata Mikhail sambil cuba mengejutkan isterinya yang sedang pengsan itu,namun tiada respon.
Mikhail memandang lelaki yang menculik isterinya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.Dengan pantas,Mikhail terus meluru ke arah lelaki tersebut lalu mencekak leher bajunya.
"Apa yang kau dah buat kat isteri aku?!!Aku dah bagi amaran dekat kau supaya jangan sentuh dia kan?!!Kau nak mati ke,hah??!!"Jerit Mikhail sekuat hati.Sebuah penendang dihadiahkan kepada Mikhail oleh lelaki tersebut dan dia berjaya melepaskan diri.
"Kita lawan lah!Satu lawan satu...kau ingat aku takut dengan kau ke,hah?!!Kalau berani,marilah datang dekat.Biar aku tumpaskan kau dekat sini.Baru kau tahu siapa lagi kuat."Cabar lelaki itu sambil mula memasang kuda-kuda dan mengacah-acahkan penumbuknya pada Mikhail.
Mikhail tertawa sinis.Dia menyinsing lengan bajunya lantas dia mengeluarkan penumbuk.Nampaknya,Mikhail langsung tidak gentar ingin berhadapan dengan lelaki tersebut.
Lelaki itu meluru ke arah Mikhail lantas ingin menumbuk wajah Mikhail kuat.Malang sekali,Mikhail dapat mengelakkan serangan tersebut dengan pantas lalu dia menangkap tangan lelaki tersebut dan dipulas ke belakang.Lelaki itu mengerang kesakitan lalu dia menendang perut Mikhail membuatkan Mikhail terduduk menahan sakit pada perutnya.Peluang itu digunakan dengan sebaiknya oleh lelaki tersebut lantas dia cuba untuk memukul kepala Mikhail menggunakan kayu yang ada di dalam bangunan lama itu.
Mikhail tidak dapat mengelakkan pukulan lelaki tersebut lalu terbaring lemah di atas lantai.Dia memegang kepalanya lalu terdapat darah yang mengalir diatas tangannya.Mikhail cuba untuk bangun sambil mengepalkan penumbuknya lalu dia menumbuk tubuh dan wajah lelaki itu bertubi-tubi tanpa henti sehingga mata tubuh dan wajah lelaki itu luka.
Fiza yang baru tersedar dari pengsannya terjerit melihat suaminya sedang bertarung bersama lelaki yang menculiknya.Dia dapat melihat ada darah yang mengalir dari kepala Mikhail.Fiza tidak dapat menahan rasa sebaknya lalu dia menangis sekuat hati sambil melaungkan nama suaminya yang tercinta.
Mikhail yang sedang leka bertarung mengalihkan pandangan ke arah Fiza tatkala mendengar namanya diseru oleh isteri tercinta.Entah mengapa,apabila dia melihat tangisan isterinya yang berterusan itu seakan-akan memberikan satu tenaga luar biasa pada tubuhnya.Mikhail terus bertarung dengan lelaki tersebut sehingga akhirnya lelaki itu terkulai lemah dengan kecederaan yang parah pada seluruh tubuhnya di atas lantai lalu tidak sedarkan diri.Mikhail terus meluru ke arah Fiza dan melepaskan ikatan pada tubuh isterinya.Fiza memeluk Mikhail erat sambil menangis teresak-esak.
Tidak lama selepas itu,muncul pihak polis di tempat kejadian dan terus menggari kedua belah tangan lelaki tersebut.Rupa-rupanya,Mikhail telah menghubungi pihak polis sebaik tiba di tempat itu bagi memohon bantuan.
Mikhail membantu Fiza untuk berdiri lalu mereka bergerak ke arah penculik itu bersama.
"Baik kau mengaku dengan aku sekarang.Kenapa kau culik isteri aku dan ugut untuk bunuh dia?Kau ada masalah dengan isteri aku...ataupun kau ada masalah dengan aku?"Soal Mikhail sinis dihadapan lelaki itu."Aku buat semua ni sebab ada orang yang upah aku untuk bunuh bini kau.Aku hanya mengikut arahan."Kata lelaki itu mengaku akan kesalahannya.
"Siapa yang upah kau untuk bunuh isteri aku?Baik kau mengaku sekarang sebelum makin teruk kau aku kerjakan!"Ugut Mikhail.
"Cik Helena.Helena Tan Sri Baharin.Dia yang upah aku untuk culik dan bunuh isteri kau."Akui lelaki itu.
"Helena?!!Perempuan ni memang nak kena dengan aku!Kau tunggu aku sampai Malaysia,meringkuk kau dalam penjara sana!"Tutur Mikhail,sakit hati.
Fiza pula terkejut mendengar kenyataan tersebut.Dia tidak menyangka Helena sanggup memperlakukannya sebegitu rupa hanya kerana dia gagal memiliki Mikhail sebelum ini.
"Baiklah,kalau itu jer kau nak bagitahu...kami gerak dulu."Balas Mikhail lalu menarik tangan Fiza untuk keluar dari situ.
__________________________
Mikhail merawat luka pada wajah isterinya menggunakan first aid kit mini yang dibawanya ke England.Nampaknya,mereka berdua perlu tinggal semalaman lagi di England kerana Mikhail telah menempah tiket penerbangan pulang ke Malaysia untuk mereka berdua awal pagi esok.
Fiza mengalirkan air mata melihatkan kepala suaminya yang berbalut kerana luka.Dia tidak sangka suaminya sanggup berkorban demi keselamatan dirinya sendiri.
"Abang...terima kasih sebab selamatkan saya dari penculik tu.Kalaulah Abang tak datang tadi,tentu saya dah takde sekarang."Kata Fiza sambil mengalirkan air mata sayu.
Mikhail menyeka air mata isterinya lalu tersenyum memandang wajah mulus Fiza yang pucat itu.Mungkin kerana efek daripada penculikkan yang terjadi ke atas dirinya.
"It's okay,Sayang...lagipun sayang kan isteri Abang?Jadi,itu semua memang dah jadi tanggungjawab Abang untuk lindungan sayang dari sebarang bahaya.Dah,tak mau nangis-nangis ni.Nanti tak cantiklah.Semua dah selamat sekarang."Kata Mikhail lalu menarik Fiza ke dalam pelukannya.
"I love you so much,Abang.Abanglah satu-satunya lelaki yang saya sayang dan cinta hingga ke akhir hayat saya."Ucap Fiza dengan ikhlas dari lubuk hatinya.
"I love you too,my love.Sayanglah satu-satunya wanita yang akan jadi isteri dan ibu kepada anak-anak Abang sampai bila-bila."Kata Mikhail lalu mengucup ubun-ubun Fiza penuh kasih.
