Bab 76

935 33 0
                                    

    Mikhail pun menetap semalaman di rumah keluarga Hanis. Kesemua ahli keluarga Hanis menerima kedatangan Mikhail dengan hati yang terbuka,malah adik lelaki Hanis telah rapat dengan Mikhail dalam sekelip mata,,mungkin kerana sifat Mikhail yang peramah dapat menwujudkan kemesraan di antara mereka.

     "Hah,Mikhail...makanlah nak,kamu jangan malu-malu.Kamu kan tetamu kat sini?Lagipun,Pak Cik sekeluarga dah anggap kamu sebahagian daripada ahli keluarga ni."Kata ayah Hanis penuh ramah mesra.

       "Betul tu,Mikha...bila lagi awak nak rasa masakan orang Terengganu kalau bukan sekarang?Kalau nak tunggu mak buyung tu yang masak,memang lambat lagi lah jawabnya."Usik Hanis pula.Apa lagi,berdekah-dekah ketawa mereka mendengar usikan Hanis itu.Wajah Fiza yang semakin merah dek kerana malu,terus dengan spontan tangannya mencubit manja lengan Hanis yang duduk di sebelahnya hingga mengerang kesakitan Hanis dibuatnya.

       "Eleh... sekarang boleh lah awak gelar saya mak buyung lah,itu ini lah...takpe,awak tunggu kalau awak dah kahwin.Nanti awak pun masuk kategori mak buyung macam saya jugak."Bidas Fiza sambil menarik muka masam dihadapan Hanis.Apa lagi,makin galak ketawa Hanis dibuatnya.

        "Alah,kalau nak tunggu saya jadi mak buyung,lambat lagi lah nampaknya.Maklumlah...saya ni belum ada calon suami lagi."Keluh Hanis bersahaja.

       "Siapa kata awak belum ada calon suami?Abang Qri kan ada?Abang Qri tu dah lama tau tunggu awak,dari zaman kita sekolah lagi.Tapi,awak langsung tak peduli usaha Abang Qri nak tackle awak selama ni.Kesian Abang saya..."Kata Fiza pura-pura mengeluh sambil matanya melirik memandang Hanis yang sudah menahan malu yang teramat.Fiza tahu bahawa Hanis sudah sekian lama menyimpan perasaan terhadap Abangnya.Malah,sejak mereka menjalin persahatan ketika tingkatan 1 lagi.

     "Eiii...awak ni saja je kan,nak malukan saya depan mak ayah saya.Depan suami awak,tak nak kawan!"Rajuk Hanis sambil berpeluk tubuh.

       "Marah tu tandanya betul..."sambung Mikhail pula.

        Dan,sekali lagi tawa mereka meletus.Malam yang hening kini riuh dengan gelak tawa mereka semua.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now