Yang Mulia Raja menghembuskan nafas Baginda perlahan sebelum kembali menyambung ucapannya yang terhenti sebentar tadi.
"Yang sebenarnya Anakanda Sulung Beta,Prince George Henry Manhattan adalah Encik Abdullah,bapa kepada pengantin perempuan,Syafiza Binti Abdullah alias Syafiza Henry Manhattan."Sebaik sahaja baginda selesai mengucapkan kata-kata tersebut,semua tetamu yang hadir terus memandang Encik Abdullah dan Puan Haslinda yang sedang menuju ke arah Yang Mulia Raja England lalu menunduk hormat.Encik Abdullah tidak dapat menahan rasa sebaknya lantas memeluk Yang Mulia Raja England sambil mengalirkan air mata kegembiraan.Setelah bertahun-tahun terpisah dengan keluarga Baginda akhirnya mereka semua bertemu semula di hari yang penuh bahagia dan seribu satu kenangan ini.
"George...I'm miss so much.I'm totally missing you.It's been a long time,my dear son."Tutur Yang Mulia Raja England penuh sayu.
"I'm missing you too,Daddy.I'm so sorry because I never come home to England all this times.I'm such a disobidient son."Luah Encik Abdullah a.k.a Putera George Henry Manhattan.
"It's not your fault son.I'm understand why you doing all this.This is for your family's safety."Kata Yang Mulia Raja England lalu melepaskan pelukannya pada Encik Abdullah.
Para tetamu yang hadir menepuk tangan kerana gembira dengan penemuan semula Putera George Henry Manhattan.Fiza turut mengalirkan air mata kerana terharu dapat melihat papanya begitu gembira setelah telah lama tidak bertemu dengan keluarga kandungnya yang berada nun jauh di negara England sana.
Raffiqi yang lewat sampai di majlis resepsi Fiza dan Mikhail terpinga-pinga melihat perkara yang sedang berlaku.Jelas sekali wajahnya penuh dengan seribu tanda tanya.
Setelah majlis selesai,ramai dari kalangan tetamu yang hadir menghampiri Encik Abdullah sekeluarga bagi berkenal-kenalan dengan lebih mesra.
Raffiqi yang terlihat Fiza dan Mikhail sedang berbual sesama mereka tanpa ditemani sesiapa terus mengatur langkah menghampiri mereka berdua.
"Assalamualaikum,Fiza dan Mikhail.Saya minta maaf sebab saya sampai lewat ke majlis perkahwinan korang.Ada hal sikit tadi."Kata Raffiqi sambil tersenyum dan menghulurkan tangan pada Mikhail untuk bersalaman.
"Waalaikumussalam,Raff.It's okay.Kami berdua faham.Anyway,Thanks for coming today.Aku pun tak sangka kau akan datang hari ni.Yalah,aku kan dah rebut cinta pertama awak."Kata Mikhail ingin bergurau.Mereka bertiga terus tertawa bersama.
"Okeylah.Aku dah terima dah hakikat yang Fiza ni bukan jodoh aku tapi Fiza ni jodoh kau.Kau jaga Fiza ni bagus-bagus ya,bro.Kalau aku dapat tahu kau sakitkan Fiza atau kau buat dia menangis aku tak teragak-agak akan rebut Fiza dari kau.Ingat tu."Kata Raffiqi buat-buat serius.
"Kalau kau nak rebut Fiza dari aku,langkah mayat aku dulu."Kata Mikhail pula lalu memeluk bahu Fiza erat.Mikhail takut Raffiqi akan merebut Fiza darinya.
"Hahahaha...kau ni kan,nak kata lurus bendul macam biadap pula.Aku gurau jer lah tadi tu.Gila ke nak cari pasal dengan Tengku Mikhail,jutawan terkemuka Asia Tenggara ni.Lagipun,tak lama lagi aku pun nak kahwin."Kata Raffiqi lantas mengeluarkan satu kad jemputan berwarna biru dan menghulurkannya kepada Mikhail.
"Lah...awak dah nak kahwin dah ke Raff?Alhamdulillah...dengan orang mana?"Soal Fiza.Dia gembira kerana akhirnya Raffiqi telah bertemu dengan pilihan hatinya setelah sekian lama hidup sendirian.
"Saya kahwin dengan kawan sekerja saya.Dia asal dari Perak.Maaflah sebab masa kami tunang dulu saya tak dapat jemput korang.Saya ada pergi rumah korang tapi,keluarga korang kata korang berdua pergi honeymoon kat London.So,saya pun baliklah rumah."Kata Raffiqi menerangkan perkara sebenar.
"Oh...macam tu ke.Err,awak saya sebenarnya ada benda nak bagitau awak ni."Kata Fiza pada Raffiqi.
"Hah,awak nak bagitau apa kat saya,Fiza?"Kata Raffiqi pula.
"Yang sebenarnya apa yang awak nampak dekat dalam tadi tu berkenaan dengan identiti sebenar saya.Saya sebenarnya puteri kepada Putera George Henry Manhattan yang hilang lima tahun lalu.Putera George tu ialah ayah saya,ataupun lebih dikenali sebagai Encik Abdullah."Kata Fiza dengan tenang.
"Serius ah?Kenapa lah awak tak pernah jujur dengan saya sebelum ni.Tiba-tiba rasa rugi pula lepaskan awak dulu.Yalah,dah tak dapat jadi menantu Raja.Melepas saya.Untunglah kau dapat jadi suami Fiza Mikhail."Kata Raffiqi lalu menepuk perlahan bahu Mikhail.
"Memang aku untung pun.Tapi,aku nak ucap banyak-banyak terima kasih kat kau tau,Raff."Kata Mikhail pula.
"Dah kenapa pula kau kena berterima kasih dekat aku?"Soal Raffiqi hairan.Apa yang dia dah buat?
"Betul lah.Terima kasih sebab kau putus dengan Fiza dulu.Kalau tak kami tak akan berjumpa dekat Popular dan Fiza tak akan kahwin dengan aku."Ucap Mikhail ikhlas.
"Hahahaha..macam-macamlah kau ni.Okeylah,aku kena gerak dulu tau.Sorry sebab tak dapat singgah lama-lama kat majlis korang."Kata Raffiqi meminta diri untuk beredar.
"Lah...Yakah?Kau nak pergi mana sebenarnya ni?"Tanya Mikhail pada Raffiqi.
"Aku nak pergi ambil tunang aku sebab lepas ni kami nak pergi fitting baju pengantin lepas ni.Oh,lupa pula.Aku sebenarnya ada bawa hadiah untuk korang.Sebagai meraikan perkahwinan korang berdua.Aku doakan korang berdua bahagia sampai bila-bila dan kalau boleh cepat-cepatlah dapat baby,ya."Ucap Raffiqi sambil tersenyum.
"Amiiin...terima kasih untuk hadiah ni dan terima kasih untuk doa kau tu.Jangan risau ya,nanti masa majlis kau,kami akan datang.Inshaallah..."Kata Mikhail lantas memeluk Raffiqi.
Raffiqi membalas pelukan Mikhail dan berkata,"Terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk Fiza.Bahagiakan dia,bro.Dia berhak dapat suami yang hebat macam kau."Kata Raffiqi sebelum melepaskan pelukannya pada Mikhail dan beredar dari majlis itu kerana dia perlu menjemput tunangnya pula.
Fiza mengiringi langkah Raffiqi dengan ekor matanya lalu tersenyum."Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya walaupun untuk masa yang singkat Raff.Saya harap yang awak akan bahagia dengan isteri awak nanti sampai ke akhir hayat.Inshaallah..."Kata Fiza dalam hati.