Fiza,Maria dan Hasrul menikmati makan tengah hari mereka di Restoran Ayam Penyet Sahara.Tekak Fiza terasa seperti ingin menikmati ayam penyet hari itu,lalu Maria dan Hasrul hanya mengikut sahaja.
"So,boleh saya tanya macam mana awak dengan Tengku berjumpa and most importantly,macam mana korang berdua boleh kahwin?Setahu akulah kan,Tengku tu tak pernah pula nak layan mana-mana perempuan sebelum ni.Girlfriend pun takde.Tup-tup hari ni,Tengku masuk kerja terus bawa awak sebagai isteri.Tu yang kami semua terkejut tadi.Boleh awak cerita tak apa yang dah jadi sebenarnya?"Soal Maria kepoh.Biasalah kan,pengerusi persatuan makcik bawang tak diiktiraf.Tu yang banyak tu.
"Okey,sebenarnya saya dengan Tengku Mikhail tak sengaja berjumpa dekat kedai buku Popular tak lama dulu.Kebetulan,masa tu saya nak ambil novel dekat rak.Entah,macam mana novel tu terjatuh dan Tengku muncul entah dari mana nak tolong saya ambil buku tu,tapi kepala kami berlaga.Saya angkat muka lepas tu,Tengku minta maaf dan kami pun berkenalan.Oh,dan Tengku tolong bayarkan sekali novel tu untuk saya.Dari situ kami mula tukar number dan contact each other."Kata Fiza dengan tenang.
Muka Maria dan Hasrul bersinar-sinar apabila mendengar hikayat cinta antara Fiza dan Tengku Mikhail itu.So sweet!
"Wow,bertuahnya awak.Baru kenal dengan Tengku tak sampai sejam dah kena belanja novel.Untungnya lah...kalau saya jadi awak masa tu,saya dah peluk-peluk dah Tengku tau."Kata Maria sambil bertepuk suka.
"Betul apa yang Maria cakap tu.Setahu saya lah kan,Tengku tu susah betul nak berkawan dengan perempuan.Nak-nak pula korang tak sengaja jumpa pun sebab berlanggar dekat Popular.Jangan-jangan Tengku dah jatuh cinta dengan awak kot masa tu.Kalau saya jadi Tengku,saya sendiri pun akan jatuh cinta kat awak tau.Awak ni dah lah cantik,ala-ala kacukan inggeris pula tu.Gila tak suka."Kata Hasrul teruja.
"Macam-macam lah korang ni.Malu saya tau."Kata Fiza,mukanya juga bertukar merah seperti bunga mawar.
"Apa pula nak malu?Lagipun,kita bertiga kan kawan?Setakat benda macam ni,apalah sangat kan."Kata Hasrul lagi.
"Yalah.Hah,korang dah habis makan ke ni?Kalau dah,jom lah kita balik office sekarang.Waktu lunch pun dah nak habis ni."Kata Fiza sambil mengeluarkan dompet bagi membayar makanan mereka.
"Yakah?Atau awak dah rindu dekat Tengku,sebab tu awak nak balik cepat.Betul tak?"Usik Hasrul lagi lalu tertawa nakal.
"Hish!Awak ni kan,Rul...Ada jer nak sakat saya.Report kat Tengku kang,baru tahu!"Ugut Fiza manja.
"Alah...saya nak gurau jer pun.Awak tak payahlah report kat Tengku...kang tak pasal-pasal saya yang mati kering kena marah nanti."Pujuk Hasrul gentar tatkala nama Tengku Mikhail dibawa masuk dalam cerita mereka.
Maria dan Fiza sudah ketawa geli hati melihat wajah cuak Hasrul tu.Tulah..sakan lagi mengusik Fiza.Tahu pun takut!
