"Sayang,macam tak percaya kan yang Helena akhirnya dah kahwin?"Soal Mikhail pada Fiza yang sedang sarat mengandung di sebelahnya.Mereka kini,berada di majlis resepsi Helena Binti Tan Sri Baharin dengan pasangannya Tengku Badrul Bin Dato'Tengku Jusni.Fiza tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.Jelas terukir senyuman manis dibibirnya talkata melihat kebahagiaan Helena dan juga pasangannya.
"Yalah,Abang.Akhirnya,Helena dapat temui cinta sejatinya kan?Nampak serasi betul mereka berdua tu,Fiza harap rumah tangga mereka akan kekal bahagia ke akhir hayat."Balas Fiza lalu mengusap lembut perutnya yang semakin membesar itu,tunggu masa sahaja Fiza akan bersalin.Mikhail mengenggam erat tangan isterinya lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup menawan kepada Fiza.
Tidak lama kemudian,mereka dapat melihat pasangan pengantin dua sejoli yang diraikan pada hari itu menghampiri mereka berdua.Jelas terpancar kebahagiaan pada wajah mereka berdua.
"Hai,Mikha,Fiza.Thanks sebab sudi datang ke majlis I hari ni.I happy sangat-sangat bila nampak you guys hadir pada hari bahagia I."Ucap Helena memulakan bicara antara mereka.Empat mata saling bertentangan antara satu sama lain.
"Hai Lena,mestilah kami berdua datang majlis awak.Yalah,awak kan tumpuan utama hari ni,lagipun majlis awak ni kan"Wedding Of The Year"?So,rugi lah kalau kami tak hadir.Betul tak Abang?"Jawab Fiza dengan ramah sekali.
"Betul tu,Lena... walaupun saya tak terima cinta awak,tapi tu tak bermakna yang kita tak boleh berkawan kan?"Balas Mikha sambil tersenyum pada Helena dengan gembira.Akhirnya,dia dapat menamatkan semua masalah yang berlaku di antara mereka.
"Dan,bro.Kau ni Tengku Badrul kan?Or should I call you,Benny?Congrats sebab akhirnya kau dapat juga kahwin dengan pilihan hati kau ya.Jaga Helena baik-baik bro.Kau memang layak dapat perempuan macam dia.Itu aku pasti."Kata Mikha lalu menepuk perlahan bahu Benny.
"Thanks bro.And,congrats juga sebab tak lama lagi kau akan jadi ayah.Untunglah..."Seloroh Benny lalu mereka semua tertawa gembira.
Tiba-tiba,Fiza berasa perutnya amat sakit sekali,rasa seperti hendak bersalin.
"Aduh,Bang...perut saya sakitlah.Saya nak bersalin dah ni,aduh!!!"Erang Fiza sambil mengenggam hujung baju Mikhail dengan kuat.Apa lagi,terus kelam-kabut mereka bertiga saat itu terutamanya Mikhail.
"Ya Allah,isteri aku dah nak bersalin!Apa aku nak buat ni?Err...hah,tolong call ambulance sekarang! Emergency,Isteri aku nak bersalin ni woi!!!"Jerit Mikhail lantang kerana terlalu gelabah.
__________________________
"Assalammualaikum anak Abi.Handsome nya anak Abi ni,sama macam Abi dia.Hah,Umi dah bangun tu,kesian Umi sebab penat Umi semata-mata nak tunjukkan dunia ni pada anak Abi."Bisik Mikhail lembut pada bayi yang berada dalam dukunganya.
Fiza yang baru terjaga,tersenyum penat melihat suaminya yang jelas sekali amat gembira melihat putera sulung mereka.Mikhail mendekati Fiza lalu menyerahkan putera sulung mereka kepada Fiza.Fiza mengambil bayi mereka lalu mengucupnya penuh kasih.Air mata kegembiraan terus mengalir dari tubir matanya.Terus hilang semua rasa sakit yang dialami apabila dapat bersua dengan anaknya.
"Anak umi..."Bisik Fiza pada dirinya sendiri.
Tidak lama selepas itu,muncul ahli keluarga mereka di hospital.Ada mama,papa,Fiqri serta Qashri di situ.Mereka semua jelas sekali nampak gembira apabila melihat Fiza serta bayinya dalam keadaan selamat.