Bab 27

1K 33 0
                                    

    Mikhail sudah sampai di Tealive terlebih dahulu sebelum Fiza.Sungguh hatinya tidak tenteram saat ini,hanya kebimbangan sahaja yang memenuhi kotak fikirannya.Ya,dia bimbang akan keselamatan Fiza yang dia sendiri pun tidak pasti akan statusnya kini.Tidak lama kemudian,Mikhail dapat melihat Fiza yang sudah tiba sedang menuju ke arahnya.Bagi mengelakkan Fiza mengesyaki sesuatu,Mikhail mempamerkan senyuman manis bagi mengaburi penglihatan Fiza.

      "Hai,Mikhail.Sorry sebab saya lambat sikit.Ada hal tadi."Jelas Fiza.

        "Takpe,saya tak kisah pun.Jemput duduk dulu,Fiza."Pelawa Mikhail berbasa-basi.

         Sejurus selepas Fiza melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang brrhadapan Mikhail,Mikhail terus mengubah riak wajahnya menjadi serius.Setelah itu,Mikhail mengambil nafas seketika bagi menghilangkan debaran yang semakin menggila di dalam dadanya ketika ini.

          "Fiza,saya nak terus terang dengan awak sekarang.Saya dah fikir masak-masak tentang perkara ni sejak semalam lagi,dan saya yakin ini yang terbaik untuk kita berdua."Kata Mikhail,masih berkias-kias mengenai perkara tersebut.

            "Apa benda sebenarnya yang awak nak bagitahu saya ni,Mikhail?Awak buat saya rasa tak sedap hati lah."Balas Fiza,bimbang.

             "Saya nak kita berdua nikah hujung minggu ni jugak.Muktamad."Kata Mikhail,lalu menghembuskan nafas lega.Ya,dia lega setelah berjaya menuturkan hasrat yang dipendamnya sejak semalam lagi.

     
               "Apa?Awak nak kita nikah hujung minggu ni?Bukan kah kita dah bincang hari tu,yang kita akan langsungkan pernikahan hujung minggu depan,selepas dua minggu dari tarikh pertunangan kita?"Soal Fiza,inginkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kata-kata Mikhail sebentar tadi.

                   "Ya,saya tahu tu,Fiza.Tapi,sekarang ni saya nak kita percepatkan tarikh pernikahan kita sebab saya dapat rasakan ada orang yang berniat tak baik untuk porak-perandakan hubungan kita ni."Kata Mikhail lagi.

                   "Hmmm,kalau awak dah kata macam tu...saya ikut je.Sebab saya yakin,awak tahu yang terbaik untuk kita berdua."Balas Fiza sambil mengukirkan senyuman ikhlas kepada Mikhail.

                    "Maknanya,awak setuju lah ni,kan?Terima kasih,Fiza.Terima kasih sangat-sangat!"Ucap Mikhail  dengan gembira.Nasib baiklah tunangnya ini senang dibawa berunding,kalau tak.Hmmm,tak tahu lah apa yang bakal terjadi pada mereka berdua.

                    ..........................

Yeay!Mikhail ngan Fiza dah nak kahwin.Alhamdulillah....harap-harap lepas ni,Mikhail dan Fiza akan lebih tabah hadapi cabaran dalam rumah tangga diorang.

      Hmmm,agak-agak korang lah kan,siapa yang nak porak-perandakan hubungan Mikhail dan Fiza ni?Raffiqi?Helena?Tunggu......

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now