"Helo,Lena...Auntie ni.Lena free tak sekarang?Auntie nak jumpa Lena sekejap boleh?Jap lagi,auntie sent location kat Lena tau?Jumpa nanti."Kata Datin Fazrina lalu menamatkan panggilan.Dia tersenyum sinis.
__________________________
"Helo,auntie...mmuah,mmuah..." Helena tatkala dia tiba di Dome'Cafe'.Helena tampak cantik memakai blaus berlengan panjang berserta seluar palazo berwarna krim.Dia kini,tidak lagi gemar menggayakan pakaian yang terlalu menjolok mata,malah Helena juga sudah berhenti dari mengunjungi kelab malam."Helo,Lena.Wow,what happen to your outfit?Mana dress Lena yang cantik-cantik tu?"Soal Datin Fazrina sedikit terperanjat melihat rupa dan gaya terkini Helena.
"Owh...Lena dah tak minat lah auntie nak pakai dress.Sekarang ni,Lena selesa pakai palazo dengan blaus takpun kemeja.Hah,ada apa auntie ajak Lena jumpa ni?"Soal Helena terus ke point utama pertemuan mereka pada hari ini.
"Auntie nak minta tolong dengan Lena sikit.Hal ni berkaitan rumah tangga Mikha."Kata Datin Fazrina sedikit serius.
"Hah?Apa dia tu auntie?"Soal Helena sedikit bingung.
"Auntie nak kamu kahwin dengan Mikha.Tak kisah lah,berapa banyak pun hantaran yang kamu minta,Auntie akan bagi yang penting kamu jadi isteri Mikha dan jadi menantu auntie."Kata Datin Fazrina penuh semangat.
"Tapi,kan Mikha dah kahwin dengan Fiza auntie?Lena tengok Mikha dah bahagia hidup dengan Fiza tu.So,buat apa lagi Lena nak ganggu diorang.Lagipun,Lena dah boleh terima kenyataan yang cinta Mikha bukan untuk Helena,tapi cinta Mikha hanya untuk wanita yang bergelar isterinya iaitu Fiza."Kata Helena,pasrah namun dia tidak menampakkan reaksi kecewa ketika mengatakannya.
"Lagipun,tak lama lagi Lena dah nak kahwin dengan pilihan Lena auntie."Sambung Helena lagi sambil mengeluarkan sekeping kad jemputan ke majlis perkahwinan daripada beg tangannya lalu dihulurkan kepada Datin Fazrina.
"Lena nak kahwin???Tapi,Lena kahwin dengan siapa?"Soal Datin Fazrina kerana terkejut.Sangkanya,Helena hanya mencintai Mikhail seorang selama ini.Tidak sangka rupanya Helena sudah menemui teman hidupnya."Lena bakal berkahwin dengan Tengku Badrul,anak kepada Dato'Tengku Jusni.Lagipun,Lena dah boleh move on dari Mikha lah auntie.Lena faham,yang selama ni Mikha cuma anggap Lena sebagai seorang kawan dan tak lebih dari tu.So,Lena dah fikir masak-masak yang Lena dah tak nak ganggu rumahtangga Mikha dan Fiza lagi lepas ni.Lena nak berhenti buat semua ni.Sorry auntie..."Kata Lena lembut sambil memegang erat tangan Datin Fazrina.
Datin Fazrina terdiam selepas mendengar penjelasan daripada Helena itu.Tiba-tiba,hadir satu perasaan aneh dalam hatinya.Hmm,adakah itu bermakna dia sudah boleh menerima Fiza sebagai menantunya dan mereka semua bakal hidup bahagia selamanya?
