Fiza tertidur kepenatan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.Maklum sahaja,ibu mengandung.Lagi-lagi mengandung anak pertama mereka,tentulah Fiza berasa lebih penat berbanding biasa.
Mikhail sekadar mengerling sahaja ke arah isterinya.Dalam diam bibirnya mengukir senyuman.Tangan kanan Mikhail menyentuh perut Fiza yang mula terbentuk secara lembut.Anak mereka...Fiza sedang mengandungkan anak pertama mereka.Tanda kekuatan cinta yang dimiliki oleh mereka berdua.Tidak lama kemudian,mereka pun tiba di rumah.Mikhail tidak ingin mengejutkan isterinya,lalu Mikhail bertindak untuk mendukung Fiza masuk ke dalam rumah.
Setelah selesai meletakkan Fiza di atas katil,Mikhail berlalu ke bilik air dan mandi seketika.Sedang leka mandi,otaknya ligat membayangkan Fiza yang sedang sarat mengandungkan anak mereka.Comel sahaja isterinya meskipun bakal bergelar seorang ibu.Hai!Senangnya dalam hati,aku bakal jadi ayah...seperti dunia ana yang punya!_________________________
Fiza terjaga tatkala merasakan pelukan seseorang pada tubuhnya.Fiza membuka matanya perlahan-lahan dan ternyata tubuh Mikhail sedang lena beradu di sebelahnya sambil kedua tangan Mikhail memeluk erat tubuh Fiza seperti tidak ingin dilepaskan.Mungkin Mikhail bimbang Fiza akan melarikan diri darinya seperti sebelum ini.Fiza menggunakan peluang yang ada untuk mengamati wajah tampan milik suaminya.Fiza turut terdengar bunyi dengkuran halus yang terpacul keluar dari bibir seksi milik Mikhail.Penat sangat barangkali.
"Terima kasih sebab sudi jadi suami saya Mikhail...terima kasih sebab jadi kekasih saya yang sebenar.Disebabkan awaklah,saya dah kembali percaya pada cinta.I love you,Abang...I love you for the rest of my life." Bisik Fiza penuh romantis di telinga Mikhail.
Tiba-tiba,Mikhail menguntumkan sebuah senyuman lalu Mikhail membuka matanya dan membalas kata-kata cinta Fiza sebentar tadi.
"I love you too,sayang...I love you till the end of my life.Sayang lah cinta pertama Abang dan akan selama-lamanya jadi cinta Abang.Terima kasih sebab sudi jadi isteri Abang dan terima kasih juga sebab bagi Abang zuriat.thank you soo much,love."
Fiza tersenyum bahagia.
