Fiza dan Mikhail bangun bagi mendirikan solat subuh berjemaah pada pagi itu.Selesai solat subuh,Fiza terus masuk ke dapur bagi menyediakan sarapan pagi sebagai santapan mereka suami isteri.
Mikhail pula sedang bersiap di bilik tidurnya kerana pada pagi ini dia akan masuk ke tempat kerja setelah lama bercuti untuk menyelesaikan hal perkahwinan mereka berdua.Setelah memastikan pakaiannya terletak elok pada tubuh,Mikhail pun keluar menuju ke dapur bagi menikmati sarapan pagi sebelum pergi bekerja.
Mikhail tersenyum melihat isterinya yang cantik mengenakan pakaian pejabat.Rambut Fiza pula hanya diikat dengan menggunakan getah rambut sahaja.Fiza hanya memakai solekan ringkas pada hari ini,namun tetap nampak menawan pada mata Mikhail.Mikhail terus memeluk manja pinggang isterinya lalu mengucapkan selamat pagi sebelum turut menyertai Fiza menikmati sarapan.
"Good morning,Abang.Abang nak minum kopi atau pun jus oren?"Tanya Fiza sambil mengambil sebiji cawan untuk suaminya.
"Abang nak kopi lah sayang."Kata Mikhail pada Fiza.Fiza mengangguk lalu menuangkan air untuk Mikhail dan dirinya.Setelah itu,mereka makan sambil berbual-bual.
"Sayang,nanti Abang kenalkan sayang dengan staf kita dengan office.Sayang jangan risau,Abang akan maklumkan dekat diorang awal-awal yang sayang ni isteri Abang."Kata Mikhail bersungguh-sungguh.
"Aik?Biasanya kalau isteri kerja dengan suami sendiri,mesti diorang rahsiakan hubungan mereka daripada pekerja."Kata Fiza,hairan.
"Sayang ingat ni cerita dalam novel ke apa?Mula-mula rahsiakan yang kita sebenarnya dah kahwin dari sesiapa lepastu,at the end semua terkejut bila dapat tahu kita ni sebenarnya suami isteri dan barulah semua orang berhenti bergosip?"Kata Mikhail mengejek.
"Alah...saya tahulah kenapa Abang buat semua ni.Abang takut staf Abang nak try saya sebenarnya.Betul tak?"Teka Fiza.
"Memang Abang takut staf Abang try sayang pun.Maklumlah,sayang Abang ni kan cantik.Nak-nak pula,puteri Raja.Dah lah staf lelaki Abang dekat office tu perangai serupa ulat bulu.Tak pasal-pasal ada yang kena buang kerja nanti sebab Abang jealous tak tentu pasal.Tak ke naya namanya tu?"Kata Mikhail lagi.
"Ada-ada jerlah Abang ni.Dah cepat habiskan sarapan tu.Kang kita lambat pula nak masuk office."Arah Fiza pada Mikhail.
"Aik?Sekarang ni siapa yang bos sebenarnya?Sayang ke Abang?"Gurau Mikhail lagi.
"Mestilah Abang yang jadi bos.Tapi,kalau Abang dari tadi asyik nak main aje P.A Abang yang cantik ni lah kena ambil alih kerja Abang sebagai bos tu.Faham,Abang bos kesayangan beta?"Senda Fiza lalu tertawa kecil.
"Faham Tuan Puteri merangkap P.A cinta hati Abang bos."Kata Mikhail turut bergurau.Mereka berdua akhirnya tertawa bersama.
