Fiza sedang membetulkan dress ungu yang dipakainya agar kelihatan lebih cantik.Nak tahu kenapa Fiza suka dengan dress ungu ni?Sebab ni lah dress pertama yang Mikhail hadiahkan kepadanya.Setelah menyembur sedikit minyak wangi pada tubuhnya,Fiza akhirnya keluar dan turun ke bawah di mana Mikhail telah setia menanti Fiza bersiap dari tadi.
Mikhail yang sedang seronok berbual bersama Qashri mengenai syarikat miliknya,terhenti setelah Qashri mencuitnya supaya mengalihkan pandangan ke arah tangga.Mikhail yang hairan melihat reaksi Qashri seakan-akan terpana itu terus berpaling ke arah tangga.Terus tak berkelip kelopak matanya melihat Fiza yang sedang menuruni anak tangga di dalam dress ungu pemberiannya itu.Mikhail mengaku,isterinya kelihatan amat menawan malam ini.
"Ehem..."Sampuk Qashri cuba untuk menyedarkan Mikhail dari khayalannya sebentar tadi.Fiza sudah terpacak di hadapan abangnya sambil tersenyum kecil."Ah,manis sungguh Fiza ni.Jelas terpancar kejelitaannya malam ini".Bisik batin Qashri,namun dia cepat-cepat mengusir perasaan itu jauh-jauh.Gila ke apa nak jatuh cinta dengan isteri abang sendiri.Nak mampus awal ke apa?
"Sayang nampak cantik sangat malam ni.Terpikat abang dibuatnya."Gurau Mikhail sambil mengenyitkan mata pada Fiza.
"Ishhh,abang ni.Nak mengayat je kerjanya."Balas Fiza,malu.
"Alah,bukannya mengayat orang lain juga.Isteri abang yang sah,tak salah kan?"Kata Mikhail lagi.
"Apa-apalah abang.Suka hati abanglah nak buat apa pun."Kata Fiza lembut.
"Hah,macam ni baru isteri abang.Kalau dah siap,jom kita gerak sekarang,sayang?Nanti lambat pula nak sampai kat restoran tu."Kata Mikhail lalu memimpin tangan Fiza keluar.
"Qash,aku dengan Fiza keluar dulu,ek?Kau tak pergi mana-mana ke malam ni?"Tanya Mikhail pada Qashri yang berdiam diri di situ.
"Hah,korang pergilah.Aku rasa aku nak stay rumah je malam ni,malas pula nak keluar.Anyway,enjoy your dinner."Ucap Qashri sambil mengukir senyuman.Jelas senyumannya itu dibuat-buat.
"Okaylah,kitorang pergi dulu ya.Bye."Balas Mikhail,ringkas.
