Mikhail sudah selamat tiba di Kuala Terengganu,Terengganu.Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Fiqri,rumah Hanis berada tidak jauh dari sini.Mikhail menghantar whatsapp kepada Fiqri bagi memaklumkan bahawa dia sudah selamat tiba di sini.Fiqri memberikan nombor telefon Hanis kepada Mikhail supaya Mikhail lebih senang untuk bertemu dengan Fiza nanti.
"Assalamualaikum,maaf bertanya ni Hanis ke?Kawan baik Syafiza?"
"..........."
"Saya Mikhail,suami Fiza.Saya dimaklumkan Fiza tinggal dengan awak sekarang ni.Boleh tak kalau saya nak jumpa dengan isteri saya?"
".........."
"Baiklah,terima kasih sebab sudi bantu saya.Saya hargai pertolongan awak,Hanis.Kita jumpa kat sana dalam setengah jam lagi.Assalamualaikum."
Sikit saja lagi,Mikhail dapat bertemu semula dengan isterinya.Sayang,Abang dah tak sabar nak jumpa sayang ni.
____________________________
Fiza yang baru muncul dari dapur menegur Hanis yang baru saja menamatkan panggilan telefon dengan seseorang sebentar tadi.
"Hanis,siapa yang telefon awak tadi?Pasal kerja ke?"Tanya Fiza seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak dihadapan Hanis.Tangan Fiza memegang sebuah mangkuk yang berisi beberapa potongan buah.Fiza mengidam buah sejak mengandung ni,mujurlah ibubapa Hanis sudi membelikan buah yang diinginkan Fiza dengan senang hati.Mereka turut gembira diatas berita kehamilan Fiza.
"Oh,takde siapa lah.Kawan."Kata Hanis,berbasa-basi.Riak mukanya juga dikawal agar Fiza tidak menaruh rasa curiga terhadapnya.
"Kawan ke pakwe ni?Oh...dah ada pakwe dah sekarang ni.Lepastu,tak nak share dengan saya.Okey,takpe.Saya nak merajuk."Kata Fiza saja,ingin bermanja.
"Saya mana ada pakwe lah.Tadi tu,kawan saya yang telefon.Saya cakap betul ni.Saya tak ingin pun lah nak tipu mak buyung macam awak ni.Nanti,awak merajuk siapa yang susah?Saya juga yang kena pujuk."Kata Hanis lalu tertawa.
"Awak gelar saya apa tadi?Mak buyung?Takpe...nanti kalau awak dah kahwin,awak pun akan jadi mak buyung macam saya juga."Kata Fiza lalu tertawa bersama Hanis.
Hanis mencuri pandang ke arah Fiza yang sedang riak bergelak ketawa dihadapannya.Fuh,lega...sikit lagi rahsia terbongkar.Kalau terbongkar tadi,mesti kesian kat Mikhail sebab dia dah penat-penat memandu dari jauh semata-mata nak pujuk Fiza semula.Sabarlah,Mikhail...