Bab 16

1.2K 30 0
                                    

   Mikhail tersenyum sepanjang pemanduannya.Dari mereka mulakan perjalanan sampailah dah dekat setengah jam mereka berada di atas lebuh raya,senyuman di bibir Mikhail langsung tidak mengendur.Kerana itulah,Fiza tidak mengalihkan pandangannya dari wajah kacak Mikhail.Akhirnya,setelah penat berteka-teki dengan hati sendiri,Fiza pun mula bersuara.

      "Mikhail,kenapa dari tadi saya tengok awak asyik tersenyum-senyum jer.Ada apa-apa berita gembira ke?"

       Mikhail yang mendengar pertanyaan Fiza itu makin tersenyum dibuatnya.Mukanya dipalingkan ke arah Fiza yang berada di sebelahnya ketika ini.

        
      "Ya,memang ada berita gembira pun.Berita yang betul-betul gembira buat saya."Ucap Mikhail bersungguh-sungguh.Jelas di situ,bahawa ada perkara yang betul-betul bermakna telah berlaku pada dirinya.

        Terus terjongket sebelah kening Fiza mendengar jawapan Mikhail.Apa benda yang happy sangat jadi dekat Mikhail sampai boleh buat dia tersengih-sengih macam tu.Nasib baik muka handsome,kalau tak....Faham-fahamlah sendiri ya?

         "Boleh awak bagitahu saya apa dia berita yang gembira sangat tu?"Soal Fiza,jujur.Sungguh,perasaan ingin tahunya membuak-buak ketika ini.

      "Awak akan tahu nanti."Balas Mikhail sebelum kembali fokus kepada pemanduannya.

       Fiza pula semakin tertanya-tanya dibuatnya.Apa benda agaknya ek?

              ________________________

"So,We're here now.Come on,Fiza.Follow me.I wanna brings you somewhere special."Ajak Mikhail.Siap speaking gituu!

      Mikhail terus berjalan ke hadapan sehingga Fiza jauh ketinggalan di belakangnya tanpa disedari.Fiza yang masih terpinga-pinga melihat kawasan sekeliling,terus berlari mengejar Mikhail yang semakin jauh ke hadapan.Takut pula dia jika di tinggalkan oleh Mikhail sendirian di situ.Bukannya Fiza tidak biasa dengan Putrajaya,cuma dia sudah lama tidak datang ke sini.Kali terakhir Fiza menjejakkan kaki di Putrajaya ialah tiga tahun yang lalu ketika dia masih menuntut di Universiti Putra Malaya bersama-sama rakan-rakan karibnya serta bekas teman lelakinya,Raffiqi.

             Mikhail yang sedang leka melangkah,baru menyedari Fiza tidak berjalan bersamanya.Mikhail berpaling ke belakang dan terlihat Fiza masih tercegat di samping keretanya.Mikhail terus memanggil Fiza untuk datang ke arahnya.

            "Fiza!Kenapa awak masih tercegat kat situ?Jomlah!"

             Terus terhenti lamunan Fiza dek kerana suara garau Mikhail.Fiza terus berlari-lari anak menuju ke arah Mikhail yang nun jauh dihadapan.Malu pula rasanya,bila terkantoi mengelamun dengan bakal suami sendiri.Hehehehe.....

               "Maaf sebab buat awak menunggu lama Mikhail.Saya lalai tadi."Kata Fiza sebaik berada di samping Mikhail.

                  "Lalai ke mengelamun?Awak mengelamun pasal apa?Teringat kenangan dengan Ex-boyfriend awak ke?"Soalan cepumas melontar keluar dari mulut Mikhail.Daripada nada suaranya juga menunjukkan bahawa Mikhail seakan-akan cemburu.

  Mikhail cemburu dengan Ex-boyfriend nya? Biar betul?Tak mungkinlah....bisik hati kecil Fiza.

      Betul ke?Hmmmm......

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now