Bab 44

936 34 0
                                    

    Fiza bangun awal pada pagi itu.Mikhail pula masih enak dibuai mimpi disebelahnya.Fiza tersenyum apabila teringatkan makan malam mereka malam tadi.Cincin berlian  pemberian Mikhail  terletak elok pada jari manisnya.

       Fiza bangun dari katil dengan penuh berhati-hati kerana bimbang Mikhail akan terjaga.Setelah mencapai tuala,Fiza terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan menyegarkan diri.

       Mikhail terjaga dari tidurnya sambil tangannya merayap-rayap mencari tubuh isterinya di sebelah.Matanya terus terbuka setelah menyadari Fiza tidak ada disampingnya.Mana pula isteri aku?Mikhail bangun dari tidurnya dan mengemaskan tempat tidur mereka.Tidak lama kemudian Mikhail terdengar bunyi air dari bilik mandi.Sah lah bahawa Fiza sudah bangun terlebih dahulu dan mandi.

       Fiza keluar dari bilik mandi dengan memakai bathrobe dan melilit rambutnya yang basah menggunakan tuala.Mikhail tersenyum melihat kelibat isterinya lalu melangkah ke arah bilik mandi.Ketika melintas di sebelah Fiza,Mikhail mengucup lembut pipi isterinya dan mengucapkan selamat pagi lalu masuk ke bilik air untuk mandi.

       Fiza hanya senyum melihat tingkah laku suaminya dan turut mengucapkan selamat pagi.Fiza memakai pakaian yang ringkas pada hari ini iaitu baju t-shirt putih berlengan pendek,seluar jeans berwarna hitam dan sehelai jaket kulit berwarna perang.Rambutnya pula ditutup menggunakan topi yang dikait menggunakan benang sutera berwarna merah jambu.

          Mikhail yang sudah selesai mandi turut mengenakan pakaiannya.Hari ini,Mikhail mengenakan pakaian serasi bersama Fiza cuma Mikhail memakai jaket kulit yang berwarna hitam dan tidak memakai topi seperti Fiza.
  
           Mereka keluar dari bilik dan menuju ke kafe yang terdapat di hotel tersebut untuk menikmati sarapan pagi.

             __________________________

            Setelah selesai menikmati sarapan,Mikhail dan Fiza berjalan-jalan disekitar kota London menaiki teksi.Mereka melawat banyak tempat menarik seperti London Eye,London Bridge,Hyde Park dan berbagai lagi tempat menarik di Kota London.

            Mikhail dan Fiza menangkap gambar bersama di setiap lokasi yang mereka lawati.Tapi,salah satu tempat yang menjadi kegemaran Fiza ialah City of London.Terdapat pelbagai perkara menarik di situ dan ianya merupakan tempat yang bersejarah sekali.Banyak bangunan dan binaan-binaan lama di kawasan tersebut.Mikhail tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar yang menarik di kawasan tersebut.Setelah itu,mereka turut pergi membeli-belah beberapa cenderahati buat keluarga mereka di pasar Camden yang terletak di Camden,London.

            Setelah lebih dua jam di pasar Camden,Mikhail dan Fiza meneruskan perjalanan mereka ke pusat bandar London bagi melihat Big Band,sebuah jam gergasi yang terletak di tengah kota London dan menjadi tarikan utama pengunjung yang hadir ke London.

             Setelah penat berjalan-jalan, Mikhail dan Fiza akhirnya kembali semula ke hotel dan merehatkan badan setelah seharian meneroka kota London yang penuh bersejarah itu.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now