Malam itu Mikhail dan Fiza menikmati makan malam dirumah daddy bersama daddy dan Qashri saja sementara mummy pula tidak kelihatan bersama mereka malam itu.Sudah lama rasanya mereka berdua tidak berjumpa dengan mummy mereka.Mereka makan sambil berbual-bual mengenai hal kerja dan sebagainya.
"Hah,Qashri.Bila kamu nak graduate?Rasanya kamu dah habis exam dua minggu lepas?"Soal Dato' Tengku Zainal pada Qashri.
"Inshaallah,Qash tinggal satu semester jer lagi daddy.Bulan depan dah boleh dah graduate and dapat sijil Phd."Kata Qashri dengan bangga.
"Lah...tak lama lagi dah jadi Dr.Qashri Iskandar dah anak daddy ni.Kalau macam tu,baguslah.Bolehlah kamu kerja dekat company daddy nanti,tak pun kamu kerja dekat company Mikhail.Mikha takde masalah kan,kalau Qashri kerja dengan kamu nanti?"Soal Dato' Tengku Zainal pada Mikhail.
"Mikha okey jer daddy.Lagipun senang sikit kalau dia kerja dengan Mikha,bolehlah Mikha ajar dia apa yang penting dalam hal menguruskan company."Kata Mikhail bersetuju.
"Hah,bila Qash dah biasa kerja dengan Mikha nanti,bolehlah Qash handle company daddy pula.Lagipun,siapa lagi yang nak waris company daddy tu kalau bukan kamu,Qash?Nak bagi pada Mikha,Mikha sendiri dah ada company yang maju.So,kamulah satu-satunya calon yang layak."Kata Dato'Tengku Zainal bersungguh-sungguh.Mana taknya?Anaknya cuma Mikhail dan Qashri sahaja.Hanya mereka akan mewarisi kekayaannya apabila dia sudah tiada.
"Oh,ya..lupa pula nak tanya.Fiza nak tak kerja dekat company Mikha?Lagipun,hari tu Mikha kata P.A Mikha dah berhenti kerja kan?Elok jugalah Fiza kerja dengan kamu.Takdelah dia bosan asyik duduk terperap dalam rumah."Kata Dato' Tengku Zainal lagi.
"Bagus juga tu,daddy.Mikha baru. jer nak tanya Fiza pasal hal tu tadi.Sayang okey kan,kalau jadi P.A Abang nanti?"Kata Mikhail lalu menoleh ke arah Fiza."Saya okey jer kalau nak kerja dengan Abang.Betul juga apa yang daddy cakap tu,baik saya kerja jadi P.A Abang daripada asyik duduk terperap dalam rumah."Kata Fiza dengan berbesar hati.
"Kalau macam tu,sayang dah boleh masuk kerja dengan Abang minggu depan.Nanti Abang kenalkan sayang dengan semua staf kita kat syarikat nanti.Cakap pasal rumah...Mikha baru teringat nak bagitau daddy yang Mikha dengan Fiza nak pindah rumah esok.Rumah kami pun dah ada.Tak jauh sangat pun dari rumah daddy ni.Adalah dalam dua jam perjalanan dan dekat dengan company."Jelas Mikhail pada daddy dan Qashri.
"Mikha nak pindah rumah?No!Mummy tak izinkan!"Kata Datin Fazrina yang baru muncul entah dari mana.Terkejut semua yang ada di meja makan dibuatnya.
"Lah...awak ni dah kenapa,Yang?Biarlah Mikha dengan Fiza pindah rumah.Mikha kan dah ada keluarga sendiri sekarang ni.Tahulah dia macam mana nak mengurus keluarganya."Kata Dato' Tengku Zainal menyokong keputusan Mikhail dan Fiza yang ingin berpindah rumah.
"Entah mummy ni.Biarlah Mikha tinggal rumah dia sendiri.Lagipun dia dah besar kan?Dah ada isteri dah pun.Takkanlah dia nak tinggal dekat rumah daddy dan mummy sampai dah tua bangka nanti?"Sokong Qashri lagi."Oh,semua dah pandai nak melawan cakap mummy ya sekarang.Ni mesti sebab perempuan kampung yang miskin ni yang hasut Mikha untuk pindah rumah dan tinggalkan mummy.Betul kan?"Kata Datin Fazrina main serkap jarang saja.
"Untuk pengetahuan mummy,Mikha sendiri yang nak ajak Fiza pindah rumah dan ini semua takde kena-mengenanya dengan isteri Mikha.Dan satu lagi,Mikha nak ingatkan kat mummy yang isteri Mikha ni bukannya perempuan kampung yang miskin dan takde taraf.Kami semua kenal Fiza ni siapa.Cuma mummy jer yang belum tahu hal yang sebenar.Takpe,satu hari nanti mummy akan menyesal sebab hina isteri Mikhail macam ni."Kata Mikhail dengan tegas sambil membela isterinya daripada terus dicaci dihina.
"Suka hati kamu lah,Mikha.Semua pun asyik nak bela perempuan kampung miskin ni."Kata Datin Fazrina lalu pergi dengan rasa sakit hati dan marah.Benarlah seperti kata Mikhail sebentar tadi,hanya mummynya sahaja yang belum tahu mengenai identiti sebenar Fiza dan keluarganya.Ini kerana Datin Fazrina enggan menghadiri majlis resepsi Mikhail dan Fiza yang penuh gilang-gemilang dan kejutan istimewa tempoh hari.
"Kamu jangan terasa dengan apa yang mummy cakap tu,ya?Mummy seorang jer yang belum tahu identiti kamu yang sebenar."Pujuk Dato' Tengku Zainal.
"Takpelah daddy.Fiza tak nak mummy terima Fiza sebagai menantu disebabkan oleh status Fiza sebagai puteri Diraja England.Fiza cuma nak mummy terima Fiza sebagai seorang anak perempuan orang yang biasa-biasa.Fiza yang sekarang ni."Kata Fiza sayu.
"Sabarlah ya,Fiza.Saya yakin suatu hari nanti mummy akan dapat nampak awak sebagai menantu yang terbaik dia pernah ada dan dia akan terima awak pada masa tu."Kata Qashri cuba untuk menenangkan hati kakak iparnya itu.Dia tidak ingin Fiza bersedih hanya kerana sikap mummynya yang terlalu keterlaluan itu.
"Betul apa yang Qash cakap tu,sayang.Abang yakin suatu hari nanti mummy pasti akan dapat terima sayang sebagai isteri Abang dan menantu mummy."Pujuk Mikhail sambil mengusap lembut belakang isterinya bagi menghilangkan rasa rendah diri dan kecewa yang ada dalam hati Fiza dek kerana sikap mummynya sendiri.
Fiza hanya mengangguk dan tersenyum mengiyakan kata-kata yang diucapkan oleh semua orang."Ya Allah,Kau lembutkanlah hati ibu mertua ku agar dia dapat menerimaku sebagai menantunya yang sah dengan penuh ikhlas suatu hari nanti."Doa Fiza dalam hati.
Mikhail mengeluh halus melihat wajah isterinya yang ternyata kecil hati diatas sikap mummynya tadi.Mikhail berasa kasihan melihat isterinya yang tercinta diperlakukan sedemikian rupa oleh ibu kandung suaminya sendiri.Jika Mikhail mempertahankan isterinya pun,dihari yang lain mummy akan tetap melakukan hal yang serupa meskipun sudah puas dinasihati.Untung saja mereka bakal segera berpindah keluar dari rumah itu dan menetap di rumah mereka sendiri.Tidaklah Mikhail begitu bimbang pada Fiza.