Bab 37

965 34 0
                                    

        Mikhail keluar dari bilik mandi lengkap berpakaian.Mikhail mengesat rambutnya yang basah sambil matanya ligat memandang Fiza yang sibuk mengemas pakaian dan barangan penting yang perlu dibawa semasa mereka berbulan madu.

          Fiza yang baru perasan akan kehadiran Mikhail itu terus tersenyum ke arah suaminya sambil tangannya terus sibuk memasukkan beberapa barang peribadi miliknya ke dalam beg bagasi.

          Mikhail akhirnya menapak ke arah Fiza sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan isterinya yang tercinta.

            "Sayang,dah siap kemas barang-barang dan pakaian sayang yang perlu dibawa ke England nanti?"Soal Mikhail sambil memeluk manja bahu isterinya.

               "Dah Abang.Sekarang ni,saya nak kemas pakaian dan barang keperluan Abang pula.Saya nak kemas sekarang sebab takut malam nanti tak sempat nak kemas."Tutur Fiza penuh kasih.

                 "Alah,sayang ni...tak payahlah kemaskan beg Abang.Abang boleh buat sendiri kan?"Kata Mikhail cuba mengambil hati isterinya.

                   "Mana boleh macam tu...saya kan isteri Abang?Jadi semua ni dah jadi kewajipan saya sebagai seorang isteri."Jelas Fiza.

                    "Thanks sayang.Ni yang buat Abang sayang sangat kat sayang ni.Rasa tak nak lepaskan sayang lagi lepas ni.Biar Abang peluk sayang sampai Abang puas."Kata Mikhail lantas mengeratkan pelukannya pada tubuh Fiza.

                     Fiza tertawa melihat perlakuan suaminya itu.Seketika,handphone Fiza berbunyi menandakan ada Whatsapp yang masuk.Ternyata ianya daripada Fiqri.

        Abang Qri Handsome😇

-Adik,mlm nnti ajk Mikhail dtg rmh ye.

         Fiza👸
-ok abg.nnti adik bgtw Mikhail.InshaAllah,mlm ni kmi dtg

        Abang Qri Handsome😇
-Ok dik.Jgn x dtg lak,bye

          Fiza👸
-Bye,Abang.Jumpa mlm nnti

  
        Setelah itu,Fiza terus menutup handphone dan perbuatannya itu disedari oleh Mikhail.

         "Mesej daripada siapa sayang?"

          "Oh,tadi Abang Qri yang mesej.Abang ajak kita datang rumah malam ni."Jelas Fiza.

           "Oh,bagus juga tu.Alang-alang boleh lah kita bagitahu mama dan papa yang kita nak pergi honeymoon lusa.Kalau macam tu,lepas isyak kita gerak ke rumah papa,sayang."Terang Mikhail dengan penuh terinci mengenai perjalanan mereka ke rumah keluarga Fiza malam ini.

            "Baik,Abang.Okeylah,kita pun dah siap kemas barang yang nak dibawa nanti.Sayang nak mandi dulu lah,Abang."Kata Fiza lalu bangkit mengambil tualanya yang bersangkut di belakang pintu bilik.

             Mikhail tersenyum mendengar kata-kata Fiza.Gaya miangnya sudah datang.Lantas,Mikhail memanggil Fiza dengan seruan yang berleret-leret.Saja jer tu,nak menggatal.

            "Sayaaaang..."Panggil Mikhail.

              Fiza menoleh ke arah suaminya dengan muka yang tertanya-tanya lalu menjawab,
   
            "Ada apa,Abang?"

             Mikhail bangun lalu maju ke arah Fiza sebelum mencempung tubuh isterinya lalu berkata manja,

           "Jom,mandi sama-sama,sayang."

              Muka Fiza terus berbahang mendengar kata-kata suaminya itu.Dia pantas menyangkal permintaan suaminya.

             "Abang kan baru lepas mandi?"

             "Alah,tadi tu mandi sekejap aje.Lagipun,tadi Abang mandi sorang-soranglah sayang."Kata Mikhail manja.Serentak dengan itu,Mikhail terus melangkah ke bilik air bersama isterinya di dalam pelukan.

              Fiza terus memukul dada bidang Mikhail menggunakan kedua-dua belah tangannya lembut lalu berkata,

               "Gatal lah,Abang ni!"

              

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now