5: BERTEMU SEMULA

2.2K 308 57
                                    

Boom!

One hit!

Ada satu kuasa datang secara mengejut bersama aura bewarna jingga gelap. Yang lebih mengejutkan pabila kuasa tersebut berjaya membuatkan seluruh pihak musuh terbuang jauh ke belakang. Hanya satu serangan, 1000 tentera DIA berstatuskan manusia yang memilih jalan kejahatan tumbang di atas tanah.

Ryan dan Grey yang berada di bahagian tengah sudah ternganga. Hilang saja habuk di udara , gerangan yang membantu mereka memusingkan kepalanya sambil melakarkan senyuman amat manis sekali.

"Miss me?" sengih si dia, mengusik.

"Aunty Mai!"

Maisara tergelak kecil lantas muncul di hadapan mereka berdua. Kepala Ryan dan Grey sempat diusap manja.
Kedua-dua jejaka tersebut sekadar tersenyum kacak. Syukur tak mati hari ni. Fuh, nasib baik!

Untunglah Maisara ada kuasa. Datang-datang je bagi diorang tu semua 'tidur' terus. Kalau nak harapkan diorang berempat yang manusia ni, ceh! Belum tentu hidup.

"Aunty Mai!"

Dari jauh, kelihatan Double R melangkah seribu ke arah mereka bertiga. Tiba saja, tubuh Maisara dipeluk erat oleh Riley. Rasa gembira Maisara datang sebagai penyelamat.

"Aunty Mai datang sorang je ke?" soal Roland.

Sekali sekala kepalanya terjengul mencari kehadiran yang lain. Kut-kut diorang nak datang berziarah ke. Untung-untung raya awal. Sempat lagi Roland berfikiran tak waras.

"Ha'ah," jawapnya.

Kira-kira lima minit mereka berbual, barulah kaki masing-masing mengorak langkah untuk masuk ke dalam kereta tentera. Sepanjang dalam perjalanan ingin ke istana Tzar Tazaki Genji, Roland melirik pada Maisara melalui ekor matanya.

Air muka wanita tersebut tampak begitu ceria. Seakan-akan membawa berita gembira. Harapan Roland agar Maisara membawa khabar gembira buat dunia ini. Kut-kut Maisara nak kata yang DIA tu dah mati terlanggar tiang jalan. Huh, tapi Roland tahu tu semua mustahil.

Mana mungkin DIA tu mati dengan mudah. The Master tu pun kebal semacam, apatah lagi tuan sebenar yang menciptakan pelbagai makhluk berkuasa.

Usai tiba, kelibat Honey (I'm A Fighter!) menyapa pandangan mereka berlima. Riak wajah gadis itu nampak sedikit gelabah.

"Triple Han mana? Jangan kata..."

"Diorang okay, aunty. Diorang kena stay lama sikit kat sana untuk pertahankan bahagian A. Ingat tak?" peringat Grey.

Honey melepaskan keluhan lega. Ingatkan diorang dah tewas dalam 'gelanggang harimau'. Kalau diorang takde, entah apa nak jadi dengan bahagian A. Lokasi A tu banyak sumber asli yang dilindungi oleh kerajaan Jepun. Tu pasal ramai manusia yang tamak haloba khusus orang jahat memilih untuk menentang askar Jepun atas nama DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

"Well done! Aku gembira korang masih selamat!"

Serentak semua memandang ke arah Tazaki Genji. Lelaki itu segak memakai baju besi tanda baru pulang dari bertarung. Muka ketua kerajaan tersebut pula kelihatan sedikit kotor dengan arang-arang hitam atau seumpamanya.

"Kitorang akan terima tu sebagai pujian," jawap Ryan, mendatar.

"Mai! Lama tak jumpa!"

Tengku Nurfaiza turun dari tingkat atas bersama tangan yang erat menjinjing jari kecil Tazaki Zulkanain. Si kecik berlari mendapatkan ayahnya lalu memberikan kucupan pada pipi.

"Tahniah! Papa masih hidup hari ni! Yeah!" sorak Zulkanain.

Tazaki Genji terkebil-kebil. Apesal ayat tu macam dia pernah dengar erk?

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now