4: RISHA KEMBALI

2.5K 340 94
                                    

#Comment and vote.

Tok Mariam berdehem kecil bila semua orang memandangnya. Dia sedar mereka tertanya-tanya dengan perkara yang baru berlaku. Mustahil tak nak tahu en. Mahu tak mahu, Tok Mariam terpaksa buka mulut.

"Tok ada kuasa."

"Aku dah agak! Tok nampak muda daripada umur yang sebenar!" pintas Ciko, laju.

"Kenapa tok tak bagitau kitorang semua?" tanya Xender agak berkecil hati.

"Perkara ni bukan satu benda yang senang orang nak caya. Kalau tok bagitau, tentu kamu anggap tok gila," logik Tok Mariam berhujah.

Tengku Haikal mengangguk. Dulu pun masa Anneliese kata boleh nampak hantu, dia mana caya. Siap ejek bagai. Rupanya pompuan tu ada kuasa. Ikutkan hati yang hitam ni eh yang putih, sampai sekarang Tengku Haikal tak nak caya.

"So, apa kuasa tok?"

"Pantulan. Tok boleh pantulkan segala jenis magik yang ada dalam dunia kita," beritahu Tok Mariam.

"Berapa ramai orang ada kuasa?"

Riko mengerutkan dahinya. Selain Genji, Liese, Mia, Risha dan Tasya, ada orang lain turut mempunyai kuasa seperti mereka.

"Aku dah pernah kata DIA dah ciptakan banyak makhluk selepas 01-05. Makhluk-makhluk tu semua ada kuasa masing-masing. Tanah, air, angin, putarkan masa, manipulasi rupa, manipulasi emosi, laser, halimunan, kelajuan, terbang, telepati, telepotasi, pembesaran, baca fikir dan macam-macam lagi. Dan makhluk yang mempunyai kuasa ni hanya lahir kat dimensi kedua. Bukan dimensi manusia," jelas Maisara.

Hampir ternganga mulut Triple Ko. Asal best sangat kuasa diorang ni? Nak join boleh?

"Kitorang tak boleh ada kuasa macam diorang ke?" tanya Xendra, naif.

"Tak boleh, sayang. Semua kuasa ni datang daripada DIA. Hanya ciptaan dia boleh ada kuasa ni. Dan kamu semua cuma manusia biasa. Normal."

Eryn mengusap kepala Xendra. Gadis itu terangguk-angguk faham. Baru je pasang niat nak jadi superhero bandar. Huhu tak kesampaian.

"Habistu, apa kuasa arwah papa mama Risha?" tanya Tengku Haikal, pula.

"Diorang normal. Tok je yang ada kuasa sebab suami Tok, The King persembahkan roh tok pada DIA. Untuk tambah pengikut, tok diberi kuasa ni tapi tok tak nak jadi jahat. Jadi tok stay kat sini untuk tak libatkan diri dalam pertempuran DIA," ulas Tok Mariam.

"Jap, jap tak faham."

"Habistu camne Risha ada kuasa padahal arwah mama papa dia manusia biasa?" giliran Joshua, bertanya.

"Tu sebab Risha memang dah wujud 1800 tahun yang lalu."

Okay, sekarang diorang dah faham. Putri Risha tu memang original datang dari 1800 tahun lalu sama juga macam Genji, Mia, Liese dan Tasya. Beberapa saat berlalu, akhirnya empunya yang ditunggu-tunggu keluar daripada bilik.

Alice keluar setelah menyembuhkan Putri Risha. Riak wajah penjaga kepada 03 itu kelihatan tenang sama seperti tuannya, Mia Aurora.

"Dia dah bangun."

Xender mengangguk. Niatnya ingin menapak masuk ke dalam bilik si isteri dihalang oleh Tok Mariam.

"Takpe, biarkan tok urus," kata Tok Mariam.

Kemudian, wanita tersebut masuk ke dalam bilik setelah menerima anggukan Xender sebagai tanda mengizinkan. Masuk saja, figura Putri Risha yang sedang duduk di tepi katil seraya melemparkan pandangan ke arah luar tingkap menangkap perhatian Tok Mariam.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now